PB 18 - Kahwin?

1K 29 4
                                    

Apabila aku cuba menukar posisi kami, Haiza telah menghalangku dengan mengatakan bahawa dia hanya mahu melakukannya di dalam posisi ini sahaja, iaitu missionary. Disebabkan aku tidak dapat melakukan di dalam posisi lain, aku menjadi sukar untuk bertahan lama. Tetapi apa yang menjadi masalahnya di sini, Haiza telah mengunci kakinya di belakang punggungku. Bagaikan meminta aku melepaskan air mani ke dalam farajnya.

Setelah puas bergelut, akhirnya aku terlepas juga di dalam. Haiza hanya tersenyum melihat mukaku yang pucat. Aku tidak begitu faham apakah maksud senyumannya. Adakah kerana dia sudah memakan pil perancang? Tidak mungkin, dia hanya sehelai sepinggang sahaja. Aku menganggap mungkin hari ini merupakan hari selamat, oleh kerana itu dia begitu berani sekali. Tetapi tanggapanku ternyata silap.

Segala-galanya nampak biasa sahaja ketika dihantar Haiza ke rumah. Tetapi sebaik sahaja naik kerja, aku melihat pelbagai perkara yang aneh. Contohnya ketua-ketua jabatan, CEO dan juga COO dilihat seperti berada di dalam keadaan kelam-kabut.

First time nampak muka CEO depan-depan macam ni. Ingatkan hanya wujud di dalam majalah syarikat je,’ kataku di dalam hati.

Bukan itu sahaja, kelibat Haiza, Harlina dan juga Ieta sudah tidak lagi dapat dilihat di dalam pejabat. Sehinggalah pada waktu petang itu, aku dipanggil masuk ke dalam bilik CEO. Perkara itu bukan sahaja membuatkan pekerja-pekerja yang lain merasa terkejut, malah paling terkejut di dalam hal ini adalah aku. Masing-masing berbisik serta bertanya kesalahan apakah yang telah aku lakukan sehingga dipanggil CEO?

Situasi di dalam bilik CEO langsung tidak menjawab segala persoalan, malah lebih mengelirukan lagi. Muka CEO dilihat begitu pucat sekali, melutut di hadapan dua orang lelaki yang masing-masing memegang sepucuk pistol. Terdapat seorang lelaki yang aku kenali sedang duduk di atas meja CEO, iaitu bapa kepada Haiza.

Kedengaran lelaki itu berkata, “aku bagi anak aku kerja dekat sini, ingatkan kau boleh tolong tengok-tengokkan dia. Ini apa benda jadi pun kau tak tahu.”

Dengan nada perlahan CEO syarikat meminta maaf kepada lelaki tersebut tanpa berani mengangkat muka.

‘Apa dah jadi ni? Aku terlibat ke dengan semua ni?’ tanyaku di dalam hati. Bohong sekiranya aku mengatakan bahawa aku tidak gentar berhadapan dengan situasi sebegini.

Lebih-lebih lagi apabila bapa Haiza memanggilku, “kau sini…dulu kau beritahu aku pergi Kemaman pasal hal kerja, berani kau tipu aku?”

Kchak…

Aku tidak tahu bagaimana salah seorang lelaki telah berada di sebelahku, tetapi apa yang aku risaukan kini pistolnya telah diacukan pada tepi kepalaku. Kakiku menggeletar ketakutan. Apa yang bermain di fikiranku kini, hanyalah anak-anak. Mereka pasti merasa hairan mengapa bapa mereka tidak pulang ke rumah sekiranya aku mati ditembak di sini.

Di saat getir itu, tiba-tiba kedengaran suara datangnya dari belakang. Suara tersebut tidak lain dan tidak bukan milik Haiza, “papa, berhenti! Ini bukan salah dia! Ini silap Haiza sendiri sebab salah pilih kawan. Dia ni cuma mangsa keadaan.”

Bapanya meninggikan suara, “mangsa keadaan apanya? Aku tak suka orang menipu aku, lagi-lagi bila melibatkan keselamatan anak aku! Tembak dia!”

Aku terus memejamkan mata menerima nasib, tetapi Haiza telah menolak lelaki di sebelahku dan seterusnya berdiri di hadapanku, “kami berdua sebenarnya bercinta!”

Kata-kata Haiza bukan sahaja membuatkan bapanya melopong, malah aku, CEO dan dua lelaki memegang pistol itu juga turut melopong sama.

“Enci…eh, Abang Rosli dengan adik sudah lama bercinta…dan…kami pernah bersama…adik…adik tak nak cucu papa di dalam perut ni dilahirkan tidak berbapa…” sambung Haiza lagi memeluk lenganku sambil tersenyum malu.

Permulaan Baharu [Complete]Where stories live. Discover now