PB 15 - Bercuti

741 23 1
                                    

“Hmm…sedapnya,” keluhku perlahan.

“Sedap, kan? Saya biasa urut kepala papa saya, lebih kurang macam nilah…” kata Haiza.

‘Macam papa dia? Haha…apa lagi kau harapkan? Usia kau dengan dia pun memang jauh berbeza,’ kataku di dalam hati.

“Encik Rosli relakskan kepala sikit,” ujarnya sambil membaringkan belakang kepalaku di antara kedua-dua pahanya.

Bau wangi dari tubuh Haiza semakin kuat, tambahan pula kini kepalaku selesa berada di antara kedua pahanya. Urutan kepalanya begitu mengasyikkan, sehinggakan aku berfikir dia tidak sepatutnya bekerja di sini dan sepatutnya bekerja di spa sahaja.

“Dah okey?” tanya Haiza melihat wajahku.

Aku terdiam buat seketika kerana tertawan melihat mukanya begitu hampir dengan mukaku. Tetapi dia hanya tersenyum sahaja, tiada apa-apa yang berlaku selepas dari itu. Kami berdua kembali bekerja seperti biasa, begitu juga hari-hari berikutnya. Sehinggalah pada suatu hari, Haiza sekali lagi meminta pertolongan dariku dan kali ini ianya lebih besar daripada kertas tersangkut pada mesin fotostat.

“Hah? Kemaman? Jauhnya?” tanyaku terkejut.

“Bolehlah, Encik Rosli…sekali ni je. Papa saya dia strict, susah nak bagi lepas sekalipun semua kawan-kawan perempuan,” beritahu Haiza menyusun 10 jari bersama dua orang lagi kawannya.

“Jauh tu, Kemaman…apa-apa jadi dekat korang nanti, kan saya juga yang kena?” aku mempersoalkan mereka.

Haiza berkongsi pandangan dengan dua kawan perempuannya sebelum berkata, “Encik Rosli ikutlah sama…”

Sekaligus kepalaku berdenyut, baru sahaja hendak merasa berehat di rumah seorang diri. Minggu satu lagi sesi persekolahan baharu akan bermula. Di dalam erti kata lain, isteriku akan kembali menghantar anak-anak ke rumah dan aku perlu menjaga mereka seperti biasa.

“Bolehlah, Encik Rosli…bolehlah…” ketiga-tiga gadis tersebut merayu sambil memegang lenganku.

Setelah menipu bapa Haiza dengan berlagak sebagai pemandu syarikat, akhirnya kami tiba di Kemaman selepas perjalanan yang begitu panjang. Kalau bawa helikopter atau jet peribadi tu sedaplah juga, ini Proton Saga FLX yang disewa mereka bertiga. Lenguh jugalah menekan pedal minyak.

“Fuh…” aku menghempaskan badan sambil meluruskan kaki di atas sebuah sofa fabrik yang begitu empuk sekali. Mataku sayu sahaja seperti boleh tidur sekali.

“Ala, kesian Encik Rosli kita,” ucap Ieta, intern di Jabatan Sumber Manusia.

“Kami masuk bilik dulu ya,” ucap Harlina.

Aku hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Bukan main sedap lagi mereka bertiga tidur di dalam kereta tadi, tahu-tahu sahaja sudah sampai.

Sekali lagi aku dikejutkan dengan Haiza, begitu berani sekali mengurut kaki kananku yang lenguh, “kesian Encik Rosli…bekerja keras hari ni.”

Oleh kerana aku sudah tidak berdaya untuk membalas apa-apa, aku hanya menikmati sahaja urutan kaki yang diberikan Haiza sambil memejamkan mata. Tidak lama kemudian, salah seorang kawannya memanggil.

“Haiza, aku letak beg kau kat dalam almari tau,” beritahu Harlina.

“Haa…tahulah aku cari sendiri nanti,” ucap Haiza.

Di dalam masa yang sama, tangannya seperti sudah lari daripada mengurut paha dan lututku. Dengan segera aku melihat muka Haiza, dia benar-benar tidak tahu apa yang sedang dipegangnya. Sepenuh perhatiannya diberikan kepada Harlina. Mataku seterusnya bertentangan dengan mata Harlina, jelas dia mengetahui yang aku kini bagaikan terkena loteri. Tetapi dia tidak memberitahu kepada kawannya, sebaliknya dia melengah-lengahkan. Seolah-olah memberi peluang kepada zakarku untuk terus diurut tangan innocent kawannya.

Sebagai penutup dan tidak mahu Haiza merasa janggal sekiranya tahu sedang mengurut zakarku tanpa sedar, Harlina berkata, “eh, kau ambillah sendiri. Mana aku tahu baju mandi kau letak mana.”

“Ala, kau ni…mintak tolong pun susah,” rungut Haiza mengangkat punggung sehingga terdedah seluar dalam lace berwarna merah jambu di belakang seluarnya.

Manakala Harlina pula sempat mengenyitkan matanya kepadaku sebelum mengikut di belakang Haiza. Aku keliru dengan kenyit matanya, apakah maksudnya? Dia sengaja memberikan aku peluang? Untuk apa? Takkanlah dia mahu mengenakan kawan baiknya sendiri pula?

Tekaanku tidak lari begitu jauh sebaik melihat Haiza berjalan malu-malu keluar dari bilik. Tidak tahu apa yang disembunyikan di sebalik jubah mandi dipakainya. Lebih menghairankan lagi, Haiza keluar dengan tidak memakai tudung seperti selalunya. Jika mengikut rancangan, sepatutnya pada petang ini mereka bertiga akan mandi di pantai. Tidak mungkinlah Haiza akan keluar dengan tidak memakai tudung.

Namun, sangkaanku meleset sama sekali sebaik melihat Haiza melangkahkan kakinya keluar dari chalet. Biarpun terpaksa bersembunyi di sebalik dua kawan baiknya, namun dia akhirnya tiba di pantai. Segala-galanya membuatkan aku merasa pelik serta bertanya, apa sebenarnya yang berlaku?

Nasib baik juga pantai ketika ini tidak ada begitu ramai orang. Mungkin kerana bahagian pantai ini begitu privasi bagi pelanggan-pelanggan resort ini. Apa yang ada hanyalah beberapa anak-anak muda yang sedang meluncur ombak di tengah lautan.

“Hati-hati, pantai sini berkawah,” aku mengingatkan mereka.

“Kami mandi tepi-tepi ni je,” beritahu Ieta sambil menarik tangan Haiza untuk menyertainya.

“Bukalah cepat,” arah Harlina.

Mataku terpukau melihat Harlina dan Ieta hanya memakai bikini di sebalik jubah mandi. Tetapi, bagaimana pula dengan Haiza?

Perlahan-lahan tangannya menurunkan jubah mandinya, lalu mendedahkan tubuhnya juga memakai bikini seksi sebagaimana dua orang kawan baiknya. Cuma persoalannya, mengapa Haiza seperti terpaksa sahaja melakukannya?Adakah kawan yang rapat tergamak memaksa kawannya yang lain untuk melakukan sesuatu yang tidak diingininya?

Peewiiiittt…

Sepertimana biasa, buaya pun muncul. Lelaki-lelaki muda meluncur ombak tadi tiba-tiba sahaja naik ke persisiran pantai. Bagaikan dapat menghidu lauk telah disediakan untuk mereka. Harlina dan Ieta dilihat bersahaja melayani pemuda-pemuda tersebut, manakala Haiza pula dilihat malu-malu serta masih lagi bersembunyi di belakang badan Harlina atau Ieta.

Sesekali pandangan matanya hinggap ke wajahku, membuatkan aku tertanya, adakah dia memerlukan bantuan? Tetapi sebaik pemuda-pemuda tersebut perasan pandangan mataku, mereka meninggikan suara dengan berkata, “orang tua! Kau jangan nak sibuk urusan kami. Baik kau jaga hal kau sendiri!”

Aku mengeluh serta menggelengkan kepala, tiba-tiba timbul rasa menyesal membawa mereka bertiga ke sini. Sudahlah aku menipu bapa Haiza, sedikit sebanyak menambah rasa bersalah. Sedangkan aku sendiri juga seorang bapa. Sekiranya anak aku mempunyai kawan-kawan seperti Harlina dan Ieta, pasti aku juga akan sama risau sepertinya.

Pemuda-pemuda tersebut begitu bersahaja menyentuh tubuh Ieta, Harlina dan juga Haiza. Sementara Ieta dan Harlina membiarkan sahaja serta menunjukkan apa di sebalik bikini yang dipakai mereka, Haiza pula telah beberapa kali menepis tangan-tangan lelaki yang menyentuh bahagian tubuhnya yang terdedah seperti atas buah dada, perut, bahu, paha dan punggung.

Lelaki-lelaki tersebut begitu berani sekali, memandangkan Ieta dan Harlina telah memberikan lampu hijau untuk mereka melakukan dengan sesuka hati. Tambahan pula di pantai ini hanya terdapat kami sahaja dengan tidak ada pengunjung-pengunjung lain.

Permulaan Baharu [Complete]Where stories live. Discover now