Daniel yang baru sahaja menyiapkan tugasan yang diberi turun ke bawah menggunakan elevator. Dia tersenyum kepada pak cik guard yang sedang meronda sebelum keluar dari bangunan itu.Daniel memandu keretanya meninggalkan bangunan yang mungkin tingginya lebih dari 20 tingkat untuk ke klub yang jaraknya beberapa kilometer dari tempat kerjanya.
Dia berasa tidak sabar untuk meminum 'air kencing setan'. Yang penting dia dapat merasakan kegembiraan biarlah hanya beberapa ketika. Walaupun banyak duit yang perlu dikeluarkan untuk arak, dia tidak kisah. Yang penting rasa sakit hati dan rasa tertekannya hilang.
Setelah beberapa minit memandu, Daniel memarkirkan keretanya betul-betul dihadapan klub. Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari kereta, seorang rakannya yang berdiri di muka pintu klub berjalan menghampirinya.
"Yo. Lama tak jumpa."
Rakan Daniel yang bernama Aideel meletakkan tangan kanannya diatas bahu Daniel, satu tangannya lagi bersalaman dengan Daniel.
"Ibu aku tak bagi keluar malam lah sekarang ni. Ni pun aku cakap kena OT, ibu aku percaya jelah," kata Daniel bersahaja. Tanpa rasa bersalah.
"Dasar anak derhaka." Daniel dan Aideel bergelak ketawa tanpa menghiraukan sekeliling.
"Wei. Kau nak dengar tak?" tanya Aideel.
"Dengar apa, bro?"
"Aku ada tersuka dekat satu perempuan tu. Cantik giler." Muka Aideel kelihatan teruja.
"Pastu?"
"Aku minta nombor phone dia, tapi dia tak bagi." Tiba-tiba riak muka Aideel menjadi sedih.
"Pahal pulak? Kau hensem apa. Ruginya dia sebab dia reject kau."
"Kan... Dah lah cantik. Bagi aku, dia ni macam mahal. Sebab tu aku tertarik dengan dia." Pandangan Aideel kebawah, memandar jalan tar.
"Mahal? Apa maksud kau mahal? Aku tak faham."
"Kalau perempuan-perempuan yang lain pakai pakaian yang ketat, lepastu baju atas lutut. Dia lain, bro. Dia pakai seluar jean dengan hoodie. Dah lah longgar, tertutup pulak tu..." Jelas Aideel.
"Plus, mahal."
Aideel angguk. Setuju dengan tambahan Daniel.
"Rilek lah. Jangan sedih-sedih. Kau pergi dekat dia selalu, mesti dia akan tertarik dengan kau. Lepastu berkenalan, ajak couple." Daniel memberi sokongan.
Muka Aideel yang muram tadi kembali tersenyum.
"Aku masuk dululah. Rindu nak minum ni," kata Daniel.
"Pergi lah, bro. Ada diskaun harini. Ramai awek cun dekat dalam ni. Badan diorang cantik giler," kata Aideel sebelum mencium-cium belakang tangannya.
Daniel hanya tersenyum.
"Kau tak nak masuk?" tanya Daniel.
"Aku dah nak balik. Nanti girlfriend aku dekat rumah marah pulak. Aku pergi dulu. Aku pergi dulu, Amri." Aideel menepuk-nepuk bahu Daniel sebelum berlalu pergi, berjalan kearah keretanya.
'Dasar buaya. 1 perempuan tak cukup, nak lebih-lebih.'
Daniel berjalan masuk kedalam klub. Muzik yang dipasang begitu kuat membuatkan telinga orang lain pekak tapi tidak dengan Daniel. Dia rasa gembira. Sudah hampir sebulan dia tidak menjejakkan kakinya di klub.
Arak di pesan, hanya kadar alchohol yang sedikit. Dia bimbang jikalau dia mengambil arak yang mempunyai kadar alchohol yang tinggi, dia tidak dapat memandu ke rumah dan ibunya akan perasan dengan tingkah lakunya.
Dia duduk diatas kerusi yang telah disediakan. Gelas yang berisi arak diletakkan diatas meja. Daniel minum sedikit demi sedikit. Semakin lama, semakin khayal.
Dia tersenyum melihat perempuan-perempuan yang berjoget-joget dengan pakaian yang begitu terdedah. Beberapa orang wanita mengusap-usap bahunya. Daniel menggelengkan kepalanya.
'Dasar pelacur murahan,' bisik hati Daniel.
Daniel bangun dari tempat duduknya lalu berjalan kearah lantai dansa. Dia membuka butang baju kemejanya sehingga menampakkan dada bidangnya.
Perempuan-perempuan dibawah pengaruh arak menyentuh-nyentuh dadanya, Daniel tersenyum, merasakan dirinyalah yang paling berkuasa disitu.
Baru sahaja dia mahu bergembira dengan suasana yang telah lama dirindui, phone didalam poketnya bergetar.
Daniel berjalan keluar dari lantai dansa, phone didalam poket dikeluar kan.
'Daniel OT lagi ke? Dah lewat ni. Tak boleh ke kalau Daniel balik dulu? Sambung esok jelah kerja tu. Kalau Daniel lambat balik, ibu nak masuk tidur.'
'Daniel ada bawa kunci rumah, kan? Ibu dah mengantuk sangat ni. Ibu masuk tidur dulu lah. Selamat malam, anakku. Assalamu'alaikum.'
Daniel tidak membalas mesej itu, dia hanya baca. Daniel memasukkan semula phone kedalam poket seluar selepas mematikan phonenya.
'Suka hati kau lah, orang tua. Menyibuk je kerja kau,' bisik hati Daniel.
Dia berjalan semula kearah lantai dansa. Dia mahu menghiburkan hatinya, dia tertekan dengan kerja yang menumpuk. Lagipun, esok cuti. Dia mahukan dirinya berhibur dengan nikmat duniawi.
Muzik yang di pasang oleh DJ memekakkan telinga tapi tidak bagi Daniel. Itulah masanya untuk dia melupakan urusan dunia.
Kakinya bergerak ke kanan lalu ke kiri, tanganya bergerak-gerak mengikut rentak muzik. Bibirnya mengukir senyuman. Matanya dipejam, membiarkan fikirannya terawang-awang tanpa diganggu oleh manusia.
Setelah berjam-jam dia di atas lantai dansa tanpa erti penat, dia berjalan kearah meja yang didudukinya tadi. Jam di pergelangan tangan dilihat, 6:41 pagi.
Daniel bangun lalu berjalan kearah tempat pembayaran. Dia mengeluarkan kredit kad miliknya lalu dihulurkan kearah juru wang.
Setelah selesai membuat pembayaran, Daniel berjalan kearah keretanya. Enjin dihidupkan, Daniel memandu kereta meninggalkan tempat yang menjadi 'syurga' buatnya dikala hati tidak tenang atau tertekan.
Kereta masuk kedalam pagar rumah, dia memakirkan keretanya didalam garaj yang telah disediakan. Daniel berjalan kearah pintu utama lalu membukanya dengan perlahan-lahan, bimbang takut ibunya terdengar.
Daniel memandang ke sekeliling rumah, gelap dan tiada sesiapa di ruang tamu dan dapur. Dia perlahan-lahan berjalan menaiki tangga. Daniel membuka pintu biliknya perlahan-lahan, tidak mahu menimbulkan suara.
Baru beberapa saat dia baring diatas katil, pintu biliknya diketuk.
"Daniel. Daniel dah balik ke?" tanya ibu dari luar bilik.
"Haah. Daniel baru balik. Daniel nak rehat," jerit Daniel tanpa membuka pintu bilik untuk ibunya.
"Daniel dah solat? Lepas solat nanti, Daniel rehat lah," kata ibu sebelum berlalu pergi meninggalkan bilik Daniel.
'Sikit-sikit solat. Sikit-sikit solat. Kalau aku solat pun, belum tentu aku akan masuk syurga terus. Ibu pun satu hal, dah tahu yang aku ni penat, nak jugak aku solat. Solat bukanya penting sangat pun,' bisik hati Daniel. Dia rasa bengang.
Daniel bangun dari katil lalu berjalan kearah bilik air. Dia membersihkan diri dan memakai pakaian yang bersih sebelum tidur. Tidak sampai seminit, dia telah hanyut dibuai mimpi.
Walaupun cahaya matahari masuk kedalam biliknya melalui tingkap, dia masih boleh tidur. Suasana terang benderang tidak membuatkan tidur Daniel terganggu.
Ibu yang memahami Daniel membiarkan dia tidur walaupun sudah hampir waktu Zohor. Dia yakin bahawa anaknya akan solat walaupun qada'. Di dalam setiap doa ibu, dia memohon agar Allah membuatkan iman Daniel kuat dan tidak rapuh.
Daniel panggilan dirumah dan Amri pula untuk panggilan diluar rumah. Disebabkan itu, Aideel memanggilnya Amri dan ibu memanggilnya Daniel. Nama lengkapnya Muhammad Daniel Amri bin Abdul Manaf.
YOU ARE READING
Hijrah
RomanceDengan kematian ibunya, Daniel bertaubat untuk tidak menjejakkan kakinya ke klub malam lagi. Dia tekad untuk tidak meminum arak lagi. Setelah berhenti kerja, Daniel membawa dirinya ke Pusat Jagaan Al-Hakim. Dia berubah kearah yang lebih baik. Setela...