Setelah semua geran tanah nama ibu dipindahkan ke atas nama Daniel, Daniel memandu keretanya pergi meninggalkan pejabat tanah. Tidak disangka, ibu mempunyai banyak tanah.
Ibu tidak pernah memanjakan Daniel dengan harta. Ibu tidak pernah memberitahu Daniel yang dia mempunyai 5 geran tanah.
Baru semalam Daniel mengemas bilik ibu dan menjumpai geran tanah. Banyak perkara yang ibu rahsiakan darinya. Bermula dari penyakit yang dialami oleh ibu selama dia hidup, harta ibu yang begitu banyak tapi tidak pernah ditunjukkan kepada Daniel dan duit yang Daniel selalu bagi kepada ibu, ibu akan sedekahkan kepada pusat jagaan milik pak su dan pusat jagaan yang lain.
"Kenapa ibu tak pernah bagitahu Daniel yang ibu sakit?" Air matanya menitik.
"Kenapa ibu rahsiakan daripada Daniel? Daniel ni tak penting ke? Atau Daniel ni tak ambil kisah pasal ibu? Maafkan Daniel sebab jadi anak derhaka, ibu." Daniel bermonolog dengan dirinya sendiri. Dia kecewa dengan ibu dan selebihnya dia kecewa dengan dirinya. Stereng kereta digenggam.
Daniel memandu kebilik sewaannya. Dia mengemas barang dan pakaian lalu dimasukkan kedalam kereta. Kunci bilik di berikan kepada pemiliknya.
Daniel memandu pula ke pejabatnya. Setelah surat berhenti kerja dihantar, dia berjalan kebilik pejabat miliknya. Barang di letakkan kedalam kotak, fail disusun rapi di rak, pen drive yang berisi memori dia dan ibu diambil dari laci meja lalu dimasukkan kedalam poket seluar.
Dia berjalan keluar dari pejabat.Dengan ini, tiada lagi gelaran pengurus, tiada lagi gaji yang lumayan untuk Daniel. Dikernakan duit yang banyak, Daniel menjadi lalai, menyentuh barang terlarang, berjudi, pergi klub dan disko, karaoke sana sini.
Daniel tidak berasa menyesal dengan tindakannya untuk berhenti bekerja. Sedikit pun tiada. Dia mahu meninggalkan segala-galanya dan memulakan hidup baru.
Ketika dia baru sahaja mahu masuk kedalam kereta, Aideel datang menghampirinya.
"Amri! Lama tak jumpa." Aideel berjalan menghampiri kereta Daniel.
"Kau apa khabar sekarang? Kau buat apa dekat sini?" Daniel keluar semula dari dalam kereta.
"Bos aku suruh hantar surat dekat bos kau. Macam lah tak boleh e-mail, kan?" Aideel ketawa.
"Kau...tak kerja ke?" Aideel hairan kerana Daniel memakai baju t-shirt berwarna putih dipadankan dengan seluar khaki. Lagipun, ni bukan waktu pulang dari pejabat.
"Aku dah berhenti, bro. Nak mulakan hidup baru. Aku nak tinggakan hidup aku yang lama dan aku nak mulakan hidup baru."
"Dengar cerita, ibu kau meninggal dunia. Salam takziah, bro."
"Kenapa kau tak beritahu aku?" Sambung Aideel.
"Tak sempat. Sibuk sangat nak uruskan pusaka. Sorry, Aideel sebab aku tak bagitahu kau."
"Jangan risau, bro. Aku tak ambil kisah. Aku tahu, kau nak tenangkan diri kau dulu dan terima hakikat. Betul tak?"
"Apa-apa kita jumpa dekat klub. Cakap je bila-bila, aku on. Aku belanja kau." Sebelah kening Aideel dinaikkan beberapa kali.
"Ermm. Aideel." Daniel menggaru belakang kepalanya yang tak gatal.
"Apa, bro? Kau cakap je."
"Aku dah berhenti pergi klub. Aku dah berhenti minum arak. Tu semua...dosa besar." Entah mengapa, Daniel menundukkan pandangannya. Dia malu.
"Sejak bila kau berhenti? Sejak bila kau tahu tu semua dosa? Bukan ke selama ni kau tak ambil kisah? Kau ni dah kenapa tiba-tiba je nak berubah."
"Aideel. Sekarang ni dah akhir zaman. Bila-bila je boleh kiamat. Mati tidak kira usia dan tempat. Bila-bila masa kita boleh meninggal. Berubah lah, Aideel. Kita berubah sama-sama. Aku ada dengan kau. Aku support kau, kau support aku."
Aideel terdiam. Kawan yang selalu ajak minum arak, pergi klub malam kini telah berubah.
Tanpa membuangkan masa, Aideel pergi meninggalkan Daniel tanpa berkata apa-apa.
Daniel melepaskan keluhan kecil. Dia masuk semula kedalam kereta.
Dia memandu kereta kearah rumah ibu. Sesampainya dirumah, dia memasukkan barang yang diambil di bilik sewa dan pejabat tadi kedalam rumah.Daniel menghempaskan badannya ke sofa. Daniel perlahan-lahan menutup matanya. Belum sempat dia terlelap, Daniel teringat yang dia belum solat Zohor.
Jam dinding dilihat, 3:56 petang. Cepat-cepat dia berjalan kebilik air untuk mengambil wudhuk. Masuk kebilik tidurnya lalu menunaikan solat Zohor.
"Allahuakbar." Takbir diangkat lalu diikuti dengan takbiratul ihram. Daniel hanya membaca surah Al-Fatihah kerana dia telah lupa dengan surah-surah pendek yang lain.
Didalam sujudnya yang terakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Kecewa dengan dosa yang dilakukan olehnya. Sedih kerana telah banyak berbuat dosa.
'Ya Allah, ampunkan aku. Tempatkan lah ibu dan ayahku didalam syurga Firdaus-Mu. Ya Allah, sungguh aku menyesal dengan perbuatanku. Matikanlah aku dalam keadaan Khusnul Khotimah.' Itulah doa setiap akhir sujud Daniel. Berdoa dan menangis.
Sungguh dia rindu dengan perasaan tenang yang Allah beri kepadanya. Tenang dunia dan tenang yang Allah beri tidak sama. Ianya berbeza.
Setelah solat Zohor, Daniel qada' solat-solat yang dia telah tinggal. Sungguh dia telah jauh dengan Sang Pencipta.
•••••
Pada jam 3 pagi, Daniel bangun untuk menunaikan solat sunat Tahajjud. Mengambil wudhuk lalu solat. Setelah solat tahajjud, Daniel akan berzikir dan beristighfar.
Daniel masuk kedalam bilik ibu lalu duduk diatas kerusi kegemaran ibu. Al-Quran dibuka. Air matanya mengalir. Diri terasa hina. Surah An-Nas itu telah dihafal waktu Daniel masih kecil, tetapi sekarang, dia telah lupa cara membaca surah itu. Hanya Alif Ba dan Ta sahaja yang dapat dibaca.
Al-Quran ditutup lalu Daniel peluk Al-Quran didada. Air matanya terus mengalir tanpa henti. Daniel berzikir dan beristighfar bagi menenangkan diri. Memuji Tuhan tanpa henti.
Zikirnya terhenti setelah mendengar alunan azan Subuh. Dia masih ingat cara menjawab azan.
'Assolaatu Khoirum Minan Nauum..'
"Sodaqota Wabararta," jawab Daniel.
Setelah azan Subuh, Daniel membaca doa selepas azan lalu masuk kedalam bilik air. Wudhuk diambil lalu dia terus menunaikan solat Subuh didalam bilik ibu dan menggunakan sejadah yang selalu ibu guna.
YOU ARE READING
Hijrah
RomanceDengan kematian ibunya, Daniel bertaubat untuk tidak menjejakkan kakinya ke klub malam lagi. Dia tekad untuk tidak meminum arak lagi. Setelah berhenti kerja, Daniel membawa dirinya ke Pusat Jagaan Al-Hakim. Dia berubah kearah yang lebih baik. Setela...