Bab 7

3 1 0
                                    

Sudah sebulan Daniel menguruskan pusat jagaan tanpa bantuan pak su. Pada mulanya dia gelisah, risau jika tidak dapat memenuhi permintaan pak su. Dia juga kalut, tidak tahu mahu buat yang mana satu. Ternyata, tidak susah untuk menjaga pusat jagaan. Hanya mula-mula sahaja Daniel menjadi kalut. Macam mana nak cek stock makanan? Macam mana nak handle kes budak gaduh? Macam mana nak handle budak perempuan kena rasuk? Kadang-kadang, Daniel rasa kelakar pula.

Daniel sedang bermain sepak takraw dengan remaja-remaja lelaki yang lain. Pak cik, mak cik, remaja dan kanak-kanak yang lain membuat haluan masing-masing. Ada yang di kantin, di bilik, di taman permainan dan di bilik air. Daniel mula rasa gembira dengan persekitaran baru yang baginya tenang. Semuanya positif, hanya sedikit yang negatif.

Setiap hujung minggu, pak su dan mak su akan berkunjung ke pusat jagaan untuk meninjau sekeliling. Risau jika Daniel melakukan sesuatu yang bukan-bukan. 

Setelah penat bermain, Daniel berjalan keluar gelanggang badminton. Dia mengambil botol airnya lalu meneguk air hingga titis yang terakhir. Dia berjalan kearah water dispenser yang berada di kantin untuk mengisi air kedalam botol air miliknya. 

"Assalamualaikum." 

"Waalaikumusalam." Daniel menjawab salam tanpa memandang kearah pemberi salam. 

Dia mendengar suara yang agak familiar. Daniel memandang kearah pemberi salam.

"Aideel? Ila?"

"Daniel." Aideel terus memeluk Daniel.

Botol air ditutup. Daniel membalas pelukan Aideel.

"Jom, kita masuk dalam pejabat aku."

Aideel membalas dengan anggukan. Dia menarik tangan Ila untuk berjalan dengannya.

Sepanjang perjalanan menuju ke pejabat, mereka bertiga hanya diam. Tiada yang bersuara. Mendengar burung berkicauan, langit yang mula menjadi warna oren, bulan yang sudah terbit dari timur. Oh, sungguh menenangkan.

Sesampainya di pejabat, Daniel membuka pintu, Daniel memberi peluang kepada Aideel dan Ila masuk dahulu. 

"Duduklah dulu. Aku ada hal kejap." Daniel mempelawa Aideel dan Ila untuk duduk.

Daniel berjalan kearah meja kerja. Telefon diatas meja diambil. Kalau main takraw sambil bawak phone, ada dua kemungkinan yang negatif. Satu, hilang. Dua, kalau letak dalam poket, nanti jatuh. Daniel mengambil inisiatif yang mudah iaitu tinggal di pejabat. Sorok dalam laci meja.

"Assalamualaikum. Boleh tolong buatkan air? Ada dua orang tetamu dalam bilik saya. Tolong bawak kebilik saya, boleh? Terima kasih." Setelah membuat panggilan, Daniel berjalan kearah Aideel dan Ila. Daniel duduk dihadapan mereka.

"Ni...pusat jagaan kau ke?" Aideel mula bersuara setelah lama berdiam diri.

"Ni pusat jagaan pak su aku. Dia minta tolong aku jagakan. Boleh aku tahu kenapa kau datang sini?" Tanya Daniel, straight.

"Aku dengan Ila kena tangkap basah. Pada malam tu jugak kitaorang kena paksa kahwin. Pada hari yang sama kita jumpa, yang kau kata kau berhenti kerja. Ada orang bagitahu Jabatan Agama yang kitaorang tidur serumah tanpa ikatan. Aku...tak tahu nak buat apa. Aku kena buang kerja sebab bos tak nak burukkan reputasi syarikat." Aideel menunduk kebawah.

"Aku tak ada duit nak bayar rumah sewa, bilik sewa pun aku tak mampu bayar. Keluarga aku dengan Ila buang kami, Daniel. Kitaorang tak ada tempat nak tinggal. Aku dah buntu. Kalau boleh, aku nak bunuh diri aku. Aku nak lari dari masalah.Aku cari kerja dekat sosial media, lepastu aku nampak yang pusat jagaan ni perlukan pekerja. Aku tak fikir panjang, aku terus bawak Ila datang sini." Sambung Aideel.

"Kalau kau kerja sini, gaji tak seberapa. Tak macam dekat office dulu. Aku harap kau tak kisah."

"Aku tak kisah, Daniel. Yang penting aku dapat bagi nafkah dekat Ila, dapat bayar tempat tinggal. Tu je yang aku nak."

"Kalau macamtu, anda diterima untuk bekerja di Pusat Jagaan Al-Hakim." Daniel tersenyum. Dia menghulurkan tanganya untuk berjabat tangan dengan Aideel.

Dia bersimpati dengan nasib Aideel. Dia tahu yang Aideel juga salah dalam hal ni. Aideel tidak sepatutnya tinggal serumah dengan Ila kerana mereka belum sah sebagai suami isteri.

Aideel berjabat tangan dengan Daniel. Dia tidak sangka yang Daniel akan terimanya bekerja di pusat jagaan itu. Air mata Aideel mengalir ke pipi, terharu dan bahagia. Dia melepaskan tangan Daniel lalu memeluk Ila yang duduk ditepinya.

Daniel tersenyum bahagia. Melihat rakanya kini telah menjadi suami yang bertanggungjawab. Tiba-tiba senyumanya mati.

'Kesian ibu sebab tak dapat tengok Daniel kahwin. Mesti ibu sedih kan? Daniel pun tak ada calon lagi, ibu. Kalau ibu ada, mesti ibu dah tolong carikan jodoh untuk Daniel. Daniel rindu ibu.' 

Mereka menghabiskan masa dengan berbual. Menghabiskan air oren didalam jug.

Setelah hampir 30 minit mereka bersembang, mereka ke surau untuk solat berjemaah.

Setelah solat Isyak, Daniel menghantar mesej kepada pak su yang dia telah menerima pekerja baharu dan mereka juga telah berkahwin.

'Daniel bagitahu kawan Daniel tu, ada rumah untuk disewa. Dekat je dengan pusat jagaan. Nanti pak su bagi nombor phone pemilik rumah. Suruh dia call sendiri.' Balas pak su.

Daniel berjalan kearah kantin untuk memberitahu Aideel dan Ila.

Pada malam itu juga, Aideel dan Ila tidur dirumah sewa. Mereka membayar deposit menggunakan gaji yang telah diberi oleh Daniel.

"Jumpa esok, bro. Kalau kau rindu, kau roger lah aku," kata Aideel sebelum memandu keretanya meninggalkan pusat jagaan.

Daniel tersenyum. Gembira kerana rakannya telah berubah dan menjadi suami yang bertanggunjawab. Walaupun Aideel melaui masa-masa yang sukar tapi Aideel masih boleh tersenyum. Daniel berasa sedikit kagum pada Aideel.

Tiba-tiba Daniel terfikir tentang jodohnya. 

'Jodoh ialah cerminan diri. Adakah dia akan sama denganku? Dari segi perangai, ibadah, hati. Dia baik atau jahat? Dia boleh terima ke yang aku ni pernah pergi klub malam? Aku kena rahsiakan atau berterus terang?'

Daniel berjalan kearah pantai. Sepanjang perjalanan, dia berfikir tentang jodohnya. 

Setelah penat berjalan dipinggir pantai, dia duduk diatas batang kayu yang telah tumbang. Fikiran melayang.

'Apa jodoh aku tengah buat sekarang? Dia dah tidur ke belum? Dia dah makan ke belum?' 

Daniel berzikir. Dia cuba untuk menghilangkan fikiranya tentang jodoh. 

'Ya Allah, hilangkanlah fikiran ni.'

Daniel melihat kearah pantai dihadapanya. Tenang. 

Setelah dia merasakan fikiranya tentang jodoh telah hilang, Daniel kembali ke pusat jagaan.

HijrahWhere stories live. Discover now