Bab 16

3 0 0
                                    

Adawiyah dikejutkan untuk bangun Solat Subuh oleh Suraya. Kawan sebiliknya yang lain pula sudah melompat-lompat di atas tilamnya. Dia bangun lalu berjalan ke arah bilik air yang dikhaskan untuk wanita. Setelah 30 minit menunggu, akhirnya dia masuk ke dalam salah satu bilik air. 

Beberapa minit selepas dia keluar dari dalam bilik air, Suraya mengajaknya untuk ke surau. Adawiyah pula hanya duduk di atas bangku berhampiran taman permainan, dia tidak mempunyai telekung. Dia juga lupa cara untuk mengambil wudhu' dan solat. Doa Qunut, surah, Doa Iftitah, tahyat awal dan akhir juga dia lupa. 

Dia menunduk ke bawah, mendengar imam membaca Surah Al-Fatihah dan surah berikutnya. Entah mengapa, dia memuji suara merdu imam tersebut di dalam hati. Suara imam membuatkan dia tenang dan tersenyum.

Selepas Imam meng-Aamiinkan doa, semua makmum keluar dari  surau. Ada yang menuju ke kantin, ada yang berbual di tempat letak selipar, ada yang duduk di atas tangga lalu termenung memikirkan masa hadapan yang belum tentu terjadi. Kanak-kanak pula  berlari untuk bermain di taman permainan, ada yang jatuh tapi tidak menangis, ada yang berebut buaian, berebut gelongsor. Suasana di situ riuh-rendah dan sedikit sebanyak tidak membuatkan dia sunyi. Adawiyah menutup matanya. Dia mendengar bunyi latar yang harmoni. Hilai tawa mak cik- mak cik, kanak-kanak menangis dan menjerit.

Tiba-tiba, dia ditegur oleh suara yang garau.

"Assalamulaikum, Cik Adawiyah."

"Waalaikumusalam." Perlahan-lahan, Adawiyah membuka matanya. Seorang lelaki mengenakan kain pelikat, baju t-shirt dan berkopiah putih sedang berdiri di hadapanya. Di samping lelaki itu pula ada Suraya.

"Perkenalkan, ini Encik Daniel. Dia ialah pengurus dekat sini." Suraya memperkenalkan Daniel kepada Adawiyah.

"Suraya... Dah banyak kali saya cakap, jangan guna perkataan encik. Saya tak suka. Panggil je Daniel," ujar Daniel.

"Ops, sorry Daniel. Korang borak lah dulu. Saya ada something nak kena buat." Suraya lantas meninggalkan mereka berdua. Hanya Daniel dan Adawiyah. Dia tergelak kecil.

"Aku potong gaji kau, Suraya." Hanya Daniel dan Adawiyah sahaja yang mendengar ayat ini.

"Cik...masih ingat saya lagi?" tanya Daniel.

Adawiyah terdiam. Dia cuba untuk mengingati lelaki ini. Setelah beberapa minit, dia menggelengkan kepalanya.

"Saya ialah orang yang cik tolong dekat pasaraya hari tu. Saya tak cukup duit tapi cik tolong bayarkan untuk saya. Malahan, cik tak nak saya bayar semula duit cik." Daniel tersenyum apabila dia mengimbas kembali kisah itu.

"Encik yang-"

"Jangan panggil saya encik, panggil Daniel sahaja. Kekok pulak kalau terlampau formal."

Adawiyah tersenyum.

"Maaf... Saya tak perasan pula sebab Daniel pakai kain pelikat, t-shirt dan..." Adawiyah tidak tahu apa yang dinamakan di atas kepala Daniel.

"Kopiah. Kopiah ni boleh lipat dan mudah untuk di bawa kemana-mana. Kalau songkok...susah sikit. Kopiah dan songkok sesuatu yang berbeza tapi kegunaan dia sama," terang Daniel.

"Daniel...siapa yang jadi imam tadi? Suara dia sedap di dengar." 

"Saya yang jadi imam tadi." Tersipu malu Daniel apabila Adawiyah memuji suaranya.

Adawiyah terdiam. Daniel jadi Imam?

"Saya tahu yang...bacaan saya masih kurang lancar-"

"Bacaan awak lancar sangat. Saya jadi tenang. Awak berbeza dengan saya. Saya lupa semua benda pasal agama. Awak sekurang-kurangnya tahu juga pasal agama. Solat, pandai baca Surah." Adawiyah menunduk ke bawah.

Entah mengapa, Daniel tertarik dengan Adawiyah. Tertarik...untuk memperisterikan Adawiyah. Dia mahu mengajar Adawiyah tentang agama. Dia mahu mendalami ilmu agama bersama-sama Adawiyah. Melihat Adawiyah yang tidak bertudung membuatkan dia lebih tertarik untuk mengahwininya. Bukan atas dasar nafsu semata-mata tetapi untuk membimbingnya ke jalan yang benar. Dia mahu berpegang tangan bersama Adawiyah dan masuk ke dalam syurga bersamanya.

"Awak...solat tak tadi?" Tiba-tiba sahaja mulutnya bertanyakan soalan begitu kepada Adawiyah. Serba salah pula dia kepada Adawiyah.

Adawiyah pula hanya menggelengkan kepalanya. Dia berterus-terang.

"Saya tak solat tadi sebab...saya tak ada telekung. Kalau saya solat, Tuhan terima ke solat saya? Dosa saya terlampau banyak, Daniel."

"Allah akan mengampunkan dosa awak kalau awak bertaubat dan berubah menjadi lebih baik. Allah itu maha pemaaf. Telekung tak penting, yang penting awak menutup aurat. Pakai baju lengan panjang dan longgar, seluar, stocking dan tudung labuh. Pakaian pula perlu bersih dari kotoran. Awak faham maksud kotoran yang saya maksudkan?"

"Saya faham. Dan, saya tak ada tudung. Saya tak boleh tutup aurat dengan sempurna. Nanti saya dapat gaji, saya beli telekung dan tudung."

Daniel pula hanya diam. Dia tak mahu komen lebih-lebih sebab dia bukannya tahu sangat pasal agama. Dia tidak mahu bicarakan sesuatu yang tidak pasti.

•••••

Pada pukul 10 pagi, Daniel memandu keretanya ke bandar berdekatan dengan pusat jagaan.

Beberapa minit memandu, dia memarkir keretanya di hadapan deretan kedai. Dia keluar dari perut kereta lalu berjalan ke salah sebuah kedai.

"Selamat datang..."

Daniel hanya tersenyum kepada kakitangan di situ.

"Encik nak cari telekung yang macam mana? Cotton? Satin?"

"Saya tak pandai bab-bab telekung ni. Saya nak cari yang selesa dan kain sejuk." Mata Daniel melilau di dalam kedai itu.

Selepas dia mendapat satu set telekung, dia berjalan pula ke kedai tudung. Dia membeli tudung sarung dan tudung shawl berwarna hitam dan putih. Tidak lupa juga, anak tudung berwarna hitam.

Destinasi terakhirnya ialah kedai buku. Daniel membeli buku untuk belajar solat dan pelbagai buku yang dia rasa sesuai untuk Adawiyah.

Beberapa jam di bandar, akhirnya Daniel pulang ke pusat jagaan selepas dia membeli barangan yang dia perlukan. Atau lebih tepatnya, barangan yang Adawiyah perlukan. Dia tidak sabar mahu melihat Adawiyah memakai telekung dan tudung pemberiannya.

•••••

Salah seorang remaja lelaki memberitahu Adawiyah bahawa Daniel mahu berjumpanya di kantin. Adawiyah yang sedang berbual dengan mak cik dan pak cik akhirnya terpaksa berlalu pergi.

Dia berjalan ke kantin. Dia melihat Daniel yang duduk di salah satu meja bersama dua beg kertas.

"Assalamualaikum, Daniel. Ada apa awak nak jumpa saya?"

"Waalaikumussalam, Adawiyah. Saya nak bagi awak barang-barang ni. Sebagai tanda saya bayar semula hutang saya pada awak." Daniel menghulurkan beg kertas itu kepada Adawiyah.

"Tak apa, Daniel. Saya halalkan. Awak tak payah susah-susah beli dan bagi saya semua ni. Saya ikhlas."

"Awak tak sudi terima hadiah dari saya?" Daniel cuba memanipulasi Adawiyah. Dia mematikan senyumannya. Itu semua hanya lakonan dari Daniel. Dia mahu melihat reaksi Adawiyah.

"Eh, bukan tu maksud saya." Adawiyah serba salah dan akhirnya mengambil beg kertas itu dari tangan Daniel.

"Terima kasih."

Daniel tersenyum. Akhirnya, dia berjaya memanipulasi

•••••

Selepas solat Zohor, Adawiyah berjalan keluar dari dalam surau. Daniel yang melihatnya dari tempat duduk di bawah pokok tersenyum apabila dia melihat Adawiyah memakai telekung yang diberinya tadi.

'Ya Allah, adakah dia jodohku?'








HijrahWhere stories live. Discover now