Sudah hampir sebulan Adawiyah pergi ke klub malam untuk mabuk, menari dan mendapat perhatian lelaki. Baginya, itu ialah ketenangan dan juga...dia ingin menunjukkan yang dia ini 'perempuan liar'. Dia merasakan dirinya ini hebat bila orang tahu yang dia suka pergi ke klub.
Dia mahu orang memandangnya dengan pandangan yang berbeza. Lain daripada selalu. Dulu, orang mengetahui dia orang yang baik. Selalu menolong orang tanpa disuruh, tidak bergaul dengan lelaki dan tidak boros. Sekarang, sebaliknya. Kaki botol, suka layan lelaki.
Baginya, tidak salah kalau dia hanya bersentuhan dengan lelaki. Bukannya berjimak tanpa ikatan yang sah.
Dia memarkir keretanya di hadapan klub seperti biasa. Dia sudah tidak sabar untuk berjoget dan mendapat perhatian lelaki. Adawiyah turun dari kereta lalu berjalan masuk ke dalam klub.
Dulu, dia tidak memakai pakaian yang ketat tapi sekarang, bukan sahaja ketat malahan 'tidak cukup kain'!
"Hi, Ania. Sorang je? Nak I temankan you?" Tanya salah seorang pelanggan tetap di situ. Dah tua tapi masih ke klub untuk hiburan.
"Tak payah layan dia ni, cik adik yang manis. Dah tua, duit pun tak ada. Meh sini dekat abang, nanti abang belanja wine satu botol." Lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai abang itu menepuk pehanya. Dia mahu Adawiyah duduk di atas ribanya.
"Sorry. Ania dah janji dengan Fakrul. Nanti kita duduk semeja lagi lain kali." Adawiyah senyum lalu pergi ke arah Fakrul.
"Lama you tunggu?"
"Tak ada lah lama sangat. Kalau lama pun I boleh je enjoy tanpa you." Fakrul menolak gelas berisi arak ke arah Adawiyah.
Tanpa curiga, Adawiyah mengambil gelas itu lalu meneguk arak.
Rasa arak yang dulu rasa tak sedap sekarang sudah sebati dengan diri Adawiyah. Dulu, dia hanya minum sedikit demi sedikit tetapi sekarang hanya sekali teguk, arak di dalam gelas itu habis.
"Sedap, kan? Dulu masa you mula-mula minum, I rasa nak tergelak je sebab tengok muka you. Reaksi you tu buat I rasa macam nak rakam untuk jadikan kenangan and post dalam sosial media." Fakrul mengingat semula wajah Adawiyah ketika dia pertama kali minum arak.
"Jom, kita pergi enjoy dekat sana." Fakrul bangun dari kerusi lalu menarik tangan Adawiyah untuk ke lantai dansa.
Adawiyah terus pergi mengikut langkah Fakrul.
Sudah 1 jam dia terus menari tanpa henti. Dia tiba-tiba rasa gelisah. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena atau sesuatu yang akan terjadi pada dirinya.
"You okay tak? You penat? Jom kita pergi duduk dulu." Fakrul menarik tangan Adawiyah untuk menapak keluar dari lantai dansa.
Adawiyah pula hanya ikut ke mana sahaja Fakrul membawanya.
"You duduk dulu, I nak pergi ambil air kejap."
Adawiyah akur. Dia duduk di atas kerusi. Dia memejamkan matanya, dahinya diurut.
"You minum lah. Mungkin tadi arak tu tak sesuai dengan you. Kadar alkohol dia banyak. Lain kali, you kena minum sikit-sikit. Tadi tu gelas besar, bukan gelas kecil yang you selalu order." Fakrul menghulurkan segelas air masak kepada Adawiyah.
Adawiyah mengambil gelas itu lalu minum.
Fakrul tersenyum.
Flashback...
Sebaik sahaja bartender meletakkan gelas di atas kaunter, dia terus mengeluarkan plastik kecil transparent yang berisi serbuk berwarna putih dari dalam poket seluarnya. Serbuk itu dimasukkan ke dalam gelas yang berisi air masak.
YOU ARE READING
Hijrah
RomanceDengan kematian ibunya, Daniel bertaubat untuk tidak menjejakkan kakinya ke klub malam lagi. Dia tekad untuk tidak meminum arak lagi. Setelah berhenti kerja, Daniel membawa dirinya ke Pusat Jagaan Al-Hakim. Dia berubah kearah yang lebih baik. Setela...