Bunyi burung berkicauan, sunyi tanpa ada sebarang bunyi kenderaan. Perlahan-lahan Adawiyah membuka matanya. Dia mengosok-gosok kelopak matanya dan menggeliat, meregangkan otot-otot. Dia mengambil telefon diatas meja di tepi katil. Telefon dibuka, 5:27 pagi.
Dia membuka sosial media untuk melihat perkembangan terkini tentang dunia. Setelah hampir setengah jam scroll, dia terperasan muka seseorang. Walaupun ia telah dikaburkan di bahagian mata, tetap sahaja Adawiyah kenal. Berpakaian yang dapat menarik perhatian dan nafsu lelaki. Boleh dikatakan pakaian tak cukup kain, sangat terdedah dan ketat.
Dia sendiri heran, mau percaya atau tidak. Senyuman tu, Adawiyah kenal. Hari- hari dia dapat melihat senyuman itu. Mustahil untuk dia salah teka, mustahil itu orang terdekat yang dia sayang. Jantung Adawiyah berdegup dengan kencang. Adawiyah membaca caption yang ditulis.
'I sunyi lah. Tak ada yang nak temankan I ke?'
Tanpa melengahkan masa, Adawiyah turun dari katil. Dia keluar dari biliknya lalu berjalan kearah bilik kakak. Dia mengetuk pintu bilik kakak.
"Kakak," panggil Adawiyah dari luar bilik.
"Kenapa Adawiyah datang bilik kakak pagi-pagi ni?" tanya kakak selepas dia membuka pintu bilik. Dia masih dalam keadaan mamai.
"Adawiyah nak tanya kakak sesuatu." Adawiyah jeda seketika.
"Penting sangat ke? Kalau tak penting, nanti-nanti lah. Kakak ngantuk ni," kata kakak. Dia menggosok-gosok matanya.
"Ni kakak, kan?" Adawiyah menunjukkan telefonya yang sedang memaparkan post yang dia lihat tadi.
Kakak terdiam. Matanya terbuka luas, dia terkejut. Dia tidak membalas. Angguk tidak, geleng pun tidak. Dia hanya merenung telefon Adawiyah.
"Kakak boleh jelaskan semuanya pada Adawiyah." Kakak memegang tangan Adawiyah.
"Adawiyah tanya, ni kakak, kan? Bukan Adawiyah minta penerangan kakak!" Tanpa sengaja Adawiyah meninggikan suaranya kepada kakak. Itulah kali pertama dia meninggikan suara kepada kakaknya.
"Ya. Tu kakak." Kakak menundukkan kepalanya. Malu pada adik sendiri.
"Kakak kenapa post macam ni? Kakak tahu ni salah, kan?!"
Kakak angguk.
Adawiyah berjalan meninggalkan kakak. Dia mengambil kunci kereta yang tersangkut di dinding lalu berjalan kearah keretanya. Panggilan kakak dari dalam rumah dibiarkan.
Masuk sahaja kedalam kereta, dia menghidupkan enjin kereta. Dia memandu keretanya, dia memandu tanpa hala tuju. Telefonnya terus berbunyi membuatkan Adawiyah rimas. Dia mematikan telefonya lalu mencampakkan ia ke kerusi penumpang di tepinya.
Sedang dia memandu, air matanya mengalir tanpa henti. Perasaan benci, marah, keliru mula menghantuinya. Perasaan itu bercampur aduk. Stereng kereta digenggam erat.
"Kenapa kakak buat macamtu? Kenapa kakak? Kakak tak malu ke?" Dia terus bertanya walaupun hanya dia seorang yang dapat mendengar.
Dia tahu yang mereka dilahirkan bukan dalam kalangan orang yang alim. Tetapi, tak semestinya kakaknya boleh berbuat sedemikian.
Dia memberhentikan keretanya dihadapan pantai. Dia tidak keluar dari dalam kereta. Dia hanya merenung pantai dari jarak yang jauh.
Dia berulang kali mengelap air matanya yang terus mengalir menggunakan tisu yang telah disediakan didalam kereta. Dia menarik nafas lalu menghembuskannya, ia berulang beberapa kali.
Dia mula berasa tenang. Dia mula boleh berfikiran rasional. Dia membuat kira-kira untuk pulang semula ke rumah, bersemuka dengan kakak.
Adawiyah memandu kereta kembali kerumahnya.
YOU ARE READING
Hijrah
RomanceDengan kematian ibunya, Daniel bertaubat untuk tidak menjejakkan kakinya ke klub malam lagi. Dia tekad untuk tidak meminum arak lagi. Setelah berhenti kerja, Daniel membawa dirinya ke Pusat Jagaan Al-Hakim. Dia berubah kearah yang lebih baik. Setela...