Bab 14

0 0 0
                                    

Hampir 2 minggu Adawiyah terperap di rumah selepas kejadian itu. Dan sepanjang 2 minggu itulah, Suraya datang menjenguknya. Suraya juga selalu membawa makanan untuk Adawiyah. Mereka menjadi rapat.

Adawiyah juga telah lama tidak ke klub malam. Entah mengapa, dia rasa lost interest terhadap klub dan arak. Kalau dulu, dia rasa tidak sabar untuk pergi ke tempat itu. Setiap masa, dia hanya fikirkan pasal klub kerana tempat itu dapat menghilangkan tekanan. Tetapi sekarang, ianya berubah.

Setiap hari, telefonnya berdering, menandakan panggilan dan mesej masuk. Pejabat dan Fakrul.

Pejabat telah menghantar notis diberhentikan kerja sebab dia telah lama tidak menjejakkan kaki ke pejabat untuk bekerja. Fakrul pula, bertanya keberadaan Adawiyah dan terus mengugutnya.

Pada hari Sabtu, dia memberanikan diri untuk ke pejabat. Dia pergi pada hujung minggu untuk mengelak berjumpa dengan Fakrul. Adawiyah ingin mengambil barang-barangnya yang mungkin masih ada di atas meja kerja.

"Suraya, awak nak masuk atau tunggu dekat sini?" Tanya Adawiyah ketika di tingkat bawah.

"Saya tunggu sini jelah. Kalau dekat atas nanti, ada barang hilang ke, diorang akan cek CCTV. Kalau diorang nampak saya, awak yang kena hukuman nanti." Suraya hanya berdiri di pintu masuk, tidak berani untuk menjejakkan kaki ke dalam bangunan yang gah itu.

"Awak bukan curi pun, buat apa nak takut. Tu pun KALAU ada kes kecurian."

Selesai perbualan tadi, Adawiyah terus menapak ke arah lif.

Beberapa minit di dalam pejabat untuk mengambil barang dan mengisinya di dalam bag yang telah dibawa, dia keluar dari pejabat lalu turun ke bawah.

"Cepatnya awak ambil barang," kata Suraya sebaik sahaja Adawiyah mendekatinya.

"Barang saya sikit je pun. Bukannya banyak."

"Awak tunggu dekat sini kejap, saya nak pergi hantar kunci pejabat dekat pak guard," tambah Adawiyah.

Suraya hanya angguk.

Adawiyah berjalan ke arah pak guard yang duduk di dalam biliknya.

"Assalamu'alaikum, pak guard. Saya nak hantar kunci pintu pejabat."

"Waalaikumussalam, Cik Ania." Pak guard mengambil kunci itu dari tangan Adawiyah.

"Saya harap...Cik Ania akan jumpa tempat kerja baru yang selesa. Semoga Allah permudahkan segala urusan Cik Ania." Pak guard tersenyum.

"Terima kasih. Saya harap apa yang pak cik kata tadi, berbalik semula pada pak cik." Adawiyah membalas senyuman pak guard.

"Saya kena pergi dulu, kawan saya dah tunggu dekat luar. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. Assalamu'alaikum." Adawiyah berlalu pergi.

••••••

"Awak nak kerja mana lepasni?" Tanya Suraya sebelum dia meneguk air Matcha.

"Saya tak pasti lagi. Saya pun tak ada perancangan nak kerja dekat mana. Saya tengok dulu dalam sosial media, kalau tak jumpa jugak, saya akan cari kerja secara offline." Adawiyah menguis-nguis sepotong kek di dalam piring.

"Ermmm... Tempat kerja saya perlukan pekerja. Kalau awak nak, saya boleh bagitahu pengurus." Suraya tersenyum. Dia sangat berharap yang Adawiyah bukan jenis yang memilih pekerjaan.

"Boleh saya tahu kerja apa and dekat mana?" Adawiyah memakan sedikit kek coklat.

"Kerja tu...random. Macam tolong masak, cek stok makanan, tolak kerusi roda untuk orang tua. Tempat tu...tak jauh dari sini. 2 jam perjalanan sahaja. Nama tempat tu, Pusat Jagaan Al-Hakim," kata Suraya dengan muka yang tenang.

"2 jam perjalanan?!" Adawiyah terkejut.

"Awak datang sini sebab saya minta tolong awak temankan saya ambil barang atau memang awak ada urusan dekat sini selain daripada teman saya?" Tambah Adawiyah. Dia serba salah.

"Saya memang datang sini sebab nak teman awak. Saya dah minta izin dengan pengurus saya untuk ambil cuti separuh hari. Saya rasa... bertanggungjawab sebab haritu saya hampir langgar awak."

"Saya tak tahu pun yang awak kerja jauh dari sini. Saya minta maaf..."

"It's okay, Ania. Jangan minta maaf. Saya pun setuju nak teman awak. Kalau saya tak setuju, saya tolak untuk temankan awak."

Adawiyah mengalihkan pandangannya ke bawah.

"Ania...tempat tu ada sediakan tempat tinggal untuk orang bujang. Kalau dah berkahwin, ada rumah untuk disewa di sekitar tempat tu. Jadi, awak dah tak payah nak ulang-alik dari sini ke pusat penjagaan tu." Suraya cuba untuk meneruskan perbualannya dengan Adawiyah.

"Suraya...saya tak tahu pun yang awak ni tinggal jauh dari sini. Saya minta maaf sebab tak ambil tahu pasal awak."

"Cukup, jangan fikir pasal tu lagi. Sekarang ni, awak terima atau tidak. Itu sahaja." Cara percakapan Suraya hampir sama dengan Ah Long.

"Saya fikir dulu... Bagi saya masa. Malam ni, saya bagitahu awak."

Suraya hanya balas dengan anggukan. Dia tersenyum dan berdoa di dalam hati, semoga Adawiyah menerima untuk bekerja di situ.

•••••

Adawiyah berlegar-legar di ruang tamu. Dia sedang berfikir, perlukah dia menerima untuk bekerja di situ. Kalau dia terima, bermakna dia akan tinggal di situ memandangkan rumah dan pusat jagaan itu agak jauh dari rumahnya. Dia malas nak drive jauh-jauh setiap hari. Kos bahan api pun mahal.

Dia duduk di atas sofa lalu mengambil telefonnya yang ada di atas meja kopi. Nama Suraya di cari lalu dia mendail nombor itu.

"Assalamualaikum, Suraya."

'Waalaikumussalam, Ania."

"Maaf ganggu awak malam-malam buta ni. Saya setuju untuk bekerja dekat situ. Bila saya boleh bekerja dekat pusat jagaan tu?" Adawiyah straight to the point.

'Nanti saya tanya pengurus saya dan saya akan maklum kepada awak. Atau...awak nak tanya dia sendiri? Saya boleh bagi nombor dia pada awak.'

"Awak tolong tanyakan, boleh? Saya segan lah."

'Boleh, nanti saya tolong tanyakan untuk awak.' Suraya telah senyum gembira. Dia berasa gembira kerana Adawiyah akan bekerja di tempat yang sama dengannya.

"Terima kasih banyak-banyak, Suraya. Maaf sebab ganggu awak. Mesti awak penat drive tadi, kan? Maaf sebab saya dah menyusahkan awak." Adawiyah serba salah.

'Tak ada apa lah, Ania. Baru pukul 9 malam. Awal lagi ni. Saya selalunya tidur pukul 11 malam. Lepas solat Isyak, ada makan malam pulak. Lepastu saya buat apa yang patut and baru lah saya tidur. Jangan risau, Ania.'

"Kalau ada apa-apa, saya call awak semula. Assalamualaikum, Suraya."

'Waalaikumussalam.' Suraya menamatkan panggilan.





HijrahWhere stories live. Discover now