Sudah lebih seminggu kakak pergi buat selamanya - lamanya. Sepanjang tempoh itu, Adawiyah hanya berkurung didalam rumah.
Setiap kali dia berjalan untuk ke dapur dan melalui ruang tamu, dia akan ternampak bayangan kakak yang sedang bergurau senda dengannya.
Adawiyah hanya baring diatas katil, dia cuba untuk tidur tetapi gagal. Bayangan pada malam itu terus bermain didalam fikirannya. Tubuh kakak yang tidak bernyawa, hujan dan kilat.
"Arghh! Aku tak boleh macam ni!" Jerit Adawiyah. Suaranya bergema, memenuhi ruang bilik.
"Sampai bila aku nak macam ni?!" Dia bertanya kepada dirinya sendiri.
Fikiran Adawiyah mula serabut. Dia stress dengan apa yang terjadi. Perasaan takut dan marah bercampur aduk.
Akhirnya... Adawiyah menangis sepuas-puasnya. Dengan cara itu sahaja sedikit sebanyak dapat menenangkannya. Kali ini, tiada sesiapa di samping untuk menenangkan Adawiyah. Hanya ada dirinya untuk menenangkan diri sendiri.
Setelah hampir satu jam Adawiyah menangis, akhirnya dia terlelap. Air matanya terus mengalir walaupun dia telah dibuai mimpi.
Beberapa jam kemudian, Adawiyah terbangun dari lenanya kerana azan Subuh.
Dia duduk dari perbaringan. Menggosok-gosok mata, meregangkan otot lalu turun dari katil. Dia mencapai tuala, berjalan kearah bilik air.
•••••
Adawiyah memarkir keretanya di tempat yang telah disediakan.
Adawiyah lalu berjalan masuk kedalam bangunan setelah mengunci kereta Perodua Axia miliknya.
"Eh, Ania. Lama tak nampak kau," tegur salah seorang pekerja perempuan.
Adawiyah pula, hanya membalas dengan senyuman. Ya, hanya mampu tersenyum walaupun terpaksa. Senyuman plastik.
Sepanjang perjalanan dia untuk ke lif, dia hanya memasang muka tanpa eksperasi. Senyum tidak, sedih tidak, marah pun tidak. Sukar untuk ditafsirkan.
Dia terus melangkah ke lif untuk naik ke tingkat 7 dimana dia bekerja. Butang lif dengan anak panah menunjuk ke atas ditekan, lif sampai lalu dia masuk ke dalam, butang nombor 7 ditekan.
Setelah beberapa minit, dia sampai ke tingkat 7. Dia berjalan untuk masuk kedalam pejabat.
Sebaik sahaja dia masuk kedalam pejabat, dia terdengar bunyi mesin photostat yang sedang bekerja, orang sedang berbual dan orang sedang membelek kertas.
Tumit kasutnya menghasilkan bunyi setiap kali dia melangkah. Adawiyah berjalan ke arah meja di mana dia melakukan kerja. Kerusi yang beroda itu ditarik, dia duduk lalu mendekatkan dirinya pada meja. Mudah nak buat kerja.
Mahu tidak mahu, dia perlu melakukan tugas yang telah diamanahkan oleh bos untuknya. Nanti, bosnya bising pula. Dan, dia tidak mahu gajinya di kurangkan.
Baru sahaja dia mahu membuat kerja, Fakrul datang mendekatinya. Adawiyah berasa rimas dengan kemunculan Fakrul. Dia benci dengan seseorang yang datang ke tempatnya tanpa urusan kerja.
"Ania, awak ok tak? Saya nampak awak macam stress je. Awak nak saya tolong? Saya boleh tolong awak siapkan kerja tu. Mesti banyakkan kerja awak? Sebab, dah lama awak tak datang kerja."
"Aku boleh buat, Fakrul. Jangan kacau aku. Kau pergi buat kerja kau lah," kata Adawiyah dengan muka yang masam. Dia langsung tidak memandang Fakrul.
"Saya cuma nak tolong awak je, Ania. Saya kesian dengan awak." Fakrul masih berdiri di tepi Adawiyah.
"Berambus, Fakrul. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Kau tak payah nak kesian sangat pada aku. Aku boleh uruskan semua ni." Adawiyah terus menaip pada papan kekunci.
YOU ARE READING
Hijrah
RomanceDengan kematian ibunya, Daniel bertaubat untuk tidak menjejakkan kakinya ke klub malam lagi. Dia tekad untuk tidak meminum arak lagi. Setelah berhenti kerja, Daniel membawa dirinya ke Pusat Jagaan Al-Hakim. Dia berubah kearah yang lebih baik. Setela...