Bab 17

4 0 0
                                    

Sebelum solat Subuh tadi, Daniel tunggu di luar, di atas buaian. Membiarkan buaian itu tidak berayun.

"Woi, Amri. Jom masuk. Kau tunggu siapa dekat luar ni? Intai awek?" Teka Aideel.

"Aku...saja nak ambil angin dekat luar. Jap lagi aku masuk."

"Kau ni kenapa? Kau banyak termenung sekarang? Apa yang bermain kat dalam kepala kau tu? Tak nak share dengan aku?" Aideel duduk bersebelahan Daniel. Dia memandang ke arah Ila sebelum melambai kepadanya. Ila pun membalas dengan lambaian sebelum masuk ke dalam surau.

"Kau rindu ibu kau ke? Kau ambil jelah cuti, nanti apa-apa aku bagitahu kau." Aideel bersuara selepas Daniel tidak menjawab soalannya.

"Aku pergi kubur dia setiap hari Jumaat. Hari ni baru hari Khamis. Esok aku pergi. Kau ni...dah lama tak jumpa dengan keluarga kau, kan? Ila pun sama, betul tak?" Daniel cuba untuk menyembunyikan perasaannya sekarang. Pandangannya juga beralih kepada Aideel.

"Nanti Sabtu, aku pergi rumah keluarga aku dan keluarga Ila. Aku harap, diorang boleh maafkan aku. Aku rindu pelukan diorang."

"Ambil cuti sampai hari Isnin pun aku tak kisah. Aku boleh handle pusat jagaan ni. Satu hari je tak cukup bro. Luangkan masa dengan ibu bapa kau sebelum diorang pergi tinggalkan kau. Cipta sebanyak yang mungkin kenangan manis. Perbanyakkan kenangan manis berbanding kenangan yang pahit. Kau fahamkan apa yang aku maksudkan."

Aideel angguk.

Ketika Daniel pandang ke arah lain, dia melihat Adawiyah yang memakai telekung yang diberinya.

Ketika mereka berdua diam dan melayani perasaan masing-masing, Adnan datang menghampiri Daniel dan Aideel.

"Abang Daniel, walid panggil suruh masuk dalam. Dah lewat. Nanti terlepas waktu Solat Subuh." Adnan berdiri di hadapan Daniel.

"Siapa lambat sampai surau, dia yang jadi imam." Daniel lari ke arah surau diikuti Aideel dan Adnan. Adnan sempat berlari melepasi Daniel dan Aideel.

Dan pada pagi itu, Aideel terpaksa menjadi imam.

•••••

Adawiyah memakai baju kurung putih, dia memegang sejambak bunga. Dia dikelilingi oleh kawan-kawan dan ahli keluarga. Adawiyah yang memakai tudung shawl berwarna putih hanya menundukkan pandangan.

"Aku terima nikahnya Ania Adawiyah Bt Tirmizi dengan mas kahwinnya-" Mimpinya terhenti apabila Aideel masuk ke dalam bilik. Dia terlelap di dalam pejabatnya selepas Solat Subuh tadi.

"Daniel! Aku bagi salam, aku ketuk pintu kau diam je?!"

'Nasib baik Aideel ada. Kalau tak, entah apa yang aku mimpi lepasni,' bisik hati Daniel.

"Relaks, bro. Kau pahal nak jumpa aku?"

"Kau nak ikut aku pergi ziarah tak? Kawan kita masa...dekat klub dulu meninggal dunia subuh tadi, Bob. Katanya, masa dia solat dekat masjid. Aku kagum dengan dia. Walaupun dulu dia yang selalu pergi klub tapi dia dah bertaubat. Aku tertanya-tanya, apa amalan ketika dia hidup sehingga Allah memutuskan untuk mengambil nyawanya ketika solat." Aideel memandang ke bawah.

Daniel terdiam. Dia teringin untuk menziarahi kematian tersebut tapi dia risau jikalau dia akan mengenang masa lalunya. Dia risau kalau dia akan kembali ke klub dan berseronok. Berhibur dengan cara yang berpaling tadah daripada agama dan Allah.

"Aku...risau lah. Kalau aku pergi, mesti ramai kawan-kawan kita dari klub. Kalau diorang ajak kita, hasut kita untuk pergi klub semula macam mana? Aku ni mudah terpengaruh."

"Jangan risau, aku boleh tolong hasut kau semula untuk kembali kepada Allah. Kalau kau bantah, aku kurung kau dalam surau sehingga kau bertaubat." Aideel duduk di hadapan Daniel.

Daniel tergelak kecil. Dia boleh bayangkan kalau dia dikurung di dalam surau.

"Pukul berapa kau nak pergi? Ila ikut sekali?"

"Ila ikut sekali. Kalau kau nak tumpang aku, kau kena duduk belakang, dalam bonet. Aku nak bersweet-sweet dengan Ila."

Mereka gelak semahu-mahunya.

"Bonet pun bonet lah... Aku malas nak drive."

•••••

Ketika mereka sampai di rumah keluarga arwah kawan mereka, Daniel perasan ada kereta yang familiar. Kereta itu...sama seperti kereta Adawiyah. Cuma, dia lupa nombor plat.

Dia berjalan masuk ke dalam rumah. Ketika itu, dia dapat melihat sekujur tubuh yang telah dibalut dengan kain kafan terbaring di atas tilam.

Daniel dan Aideel meminta izin untuk melihat wajah si mati buat kali terakhir.

"Kau ada nampak kawan-kawan kita masa dekat klub? Diorang tak datang ke?" Tanya Daniel sebaik sahaja dia keluar dari rumah. Dia melihat ke sekeliling.

"Aku terdengar sebelum ni, Bob menjauhkan diri dari diorang. Lepas diorang tahu yang Bob bertaubat, diorang cuba hasut tapi tak dapat. Diorang pun jauhkan diri dari Bob," terang Aideel.

Daniel pula hanya mengangguk kepalanya.

"Jap, mana Ila?" Selepas Aideel mengajukan pertanyaan, Ila datang menghampirinya.

"Dear pergi mana? Penat abang cari." Hakikatnya, Aideel hanya berdiri tanpa mencari Ila. Mungkin, penat mata.

"Dear berbual dengan Ania. Sorry sebab buat abang tercari-cari." Ila memaut lengan Aideel. Aideel pula tersenyum kepada Ila sebelum dia mengerling Daniel.

"Ania? Ania Adawiyah? Staff dekat pusat jagaan tu?" Tanya Aideel.

Ila angguk.

"Mana dia?" Aideel cuba mencari Adawiyah.

"Dia dah balik ke pusat jagaan."

Daniel hanya berdiam diri dan mendengar perbualan mereka. Dia tak kisah walaupun jadi 'nyamuk' di antara Ila dan Aideel.

Setelah memberikan berpuluh Ringgit kepada ibu Bob, mereka berlalu pergi.















HijrahWhere stories live. Discover now