Bab 9

4 1 0
                                    

Disebabkan hari itu ialah hari Sabtu, Adawiyah dapat berehat tanpa memikirkan pasal kerja. Dia mencapai phonenya yang dicas di tepi katil. Dia lalu membuka phonenya, 10:31 pagi.

Dia bangun dari katil lalu mencapai tuala yang dia sidai diatas kerusi. Tuala disangkut diatas bahu. Adawiyah lalu berjalan kearah ruang tamu untuk mencari kakaknya.

"Lewatnya Adawiyah bangun. Kalau budak sekolah, dah hampir habis waktu rehat tau," kata kakak yang duduk diatas kerusi sambil menonton TV. 

"Macammana kakak tahu jadual diorang. Kakak bukanya cikgu." Adawiyah duduk ditepi kakak.

"Masa kita belajar dulu, Adawiyah dah lupa ke?"

"Mana lah tahu yang jadual diorang dah berubah. Sekolah lain-lain, jadual pun lain-lain."

"Eh, Adawiyah ada bau sesuatu tak? Busuk betul." Kakak mengibas tangannya kekiri dan kekanan bagi menghilangkan bau.

"Bau apa, kakak? Adawiyah tak bau apa-apapun." Adawiyah cuba menghidu bau seperti yang kakak katakan.

"Memanglah Adawiyah tak bau, bau tu datang daripada orang tak mandi. Orang tu pulak duduk tepi orang yang dah mandi." 

"Kakak! Kakak mengata Adawiyah ke?! Jahatlah kakak ni!" Marah Adawiyah. Tubuh kakak dipukul-pukul lembut. Bahu menjadi sasaran utama Adawiyah.

Akhirnya kakak tergelak. Gembira dapat bergurau dengan adik.

"Dah, cukup! Pergi mandi lepastu makan. Kakak ada masak nasi goreng bandar. Pergi cepat!" Kakak memegang pergelangan tangan untuk berhentikan perbuatan Adawiyah. Sakit bila dibiarkan lama-lama.

"Kakak tunggulah nanti. Adawiyah akan balas dendam!" Adawiyah berjalan kearah bilik air. Hatinya berasa sebal. Tapi pada masa yang sama, dia rasa gembira. Sudah lama dia tidak bergurau dengan kakak. Dia terlampau sibuk dengan kerjanya.

Setelah hampir 15 minit dia duduk didalam bilik air, dia keluar. Dia berjalan kearah kakak lalu duduk diatas permaidani. Belakangnya disandarkan pada kaki kakak. Kepalanya pula diletakkan diatas lutut kakak. Tuala dihulurkan ke kakak.

"Apa ni?"

"Tolong keringkan rambut Adawiyah." Nada Adawiyah sedikit kasar.

"Tanya lah baik-baik."

Adawiyah melepaskan keluhan kecil.

"Kakak yang kusayangi, tolong keringkan rambut Adawiyah iaitu adik kesayangan aku ni, boleh?" 

"Haaa. Macam ni kan bagus. Penuh dengan sopan santun."

Kakak duduk diatas sofa sedangkan Adawiyah duduk diatas permaidani. Kakak mula mengerikan rambut Adawiyah. Mata mereka tertancap pada skrin televisyen.

"Jom kita pergi shopping nak tak?" Tanya kakak.

"Tiba-tiba je ajak Adawiyah pergi shopping. Nak kenalkan Adawiyah dengan boyfriend kakak ke?" Adawiyah berseloroh. Dia tergelak kecil.

"Sikit-sikit pakwe, sikit-sikit boyfriend. Penatlah."

"Lepastu?"

"Three."

"Kakak! Jawab lah betul-betul." Dia berpaling kearah kakak. Teringin je Adawiyah nak pukul kakak. Orang serius, dia boleh buat lawak pulak.

"Betul betul betul." Kakak tergelak. Kelakar tengok muka Adawiyah yang sedang menahan marah.

"Kakak jahat!"

Kali ni, lutut kakak pula yang jadi  sasaran untuk Adawiyah pukul.

"Jom lah kita pergi shopping. Jangan risau, kakak belanja."

HijrahWhere stories live. Discover now