Selepas Adawiyah mandi dan menukar pakaian, dia terus memasak di dapur. Menu kali ini ialah...mee goreng. Dia masak untuk bawa bekal ke pejabat. Selama ini, kakak yang tolong masakkan dan ini ialah kali pertama Adawiyah masak mee goreng tanpa bantuan kakak.
Dia memasang lagu dari telefonnya dan disambungkan dengan Speaker Bluetooth. Musik DJ Gasolina memenuhi kawasan dapur. Dia terus bertanya dan menari sehingga dia siap memasak.
Mee goreng di masukkan ke dalam bekal makanan berwarna putih. Bekal, sudu dan garfu dimasukkan ke dalam beg berwarna baby blue. Dia membasuh kuali, dan sodek lalu diletakkan di tempat penyejat.
Dia mematikan speaker tadi. Serta merta, musik berhenti bermain. Dia lalu mengambil bag sandang miliknya lalu di sangkut di atas bahu. Bag yang berisi bekal tadi diambil.
Dia keluar dari rumah, mengunci pintu lalu berjalan ke arah kereta.
•••••
Masa makan tengahari telah tiba. Adawiyah mengambil bag yang berisi bekal tadi ke arah pastry.
Dia duduk di atas kerusi meja makan. Adawiyah lalu mengeluarkan bekal tadi. Penutup di buka lalu diletakkan di sisi.
Dia mengambil garfu lalu makan dengan sopan santun. Bukan dengan cara yang gelojoh macam tak makan seminggu!
Baru sahaja suapan yang kedua, Fakrul datang menghampiri.
"Boleh I makan sekali dengan you?" Tanya Fakrul.
Dia tanya tapi dia dah duduk di hadapan Adawiyah. Tunggulah Adawiyah jawab dulu!
"You dah duduk, baru you nak tanya I? Lain kali, tanya dulu baru boleh duduk. Pelik." Adawiyah ketawa kecil. Dia menyuapkan dirinya mee goreng tadi.
"So, you bagi I duduk sini lah, kan?"
"Kalau I tak bagi, dah lama I halau you. Ataupun, I gerak duduk tempat lain."
"Ania, malam ni you free?" Tanya Fakrul selepas dia menyuapkan dirinya dengan bihun goreng yang dibeli.
"I plan nak pergi beli barang dapur lepas waktu bekerja nanti. Lepastu, I nak balik and tidur. Tadi I tak dapat tidur langsung lepas balik dari klub. So, malam ni I tak pergi klub. Maybe esok. Esokkan cuti."
"Oh, okay. Kalau I nak ikut you pergi beli barang dapur, boleh? I boleh tolong you angkat barang nanti."
"Up to you, Fakrul. Jangan kata I paksa you pulak. I tak nak nanti you merungut. Kata barang beratlah, apalah."
"Okay, Ania." Fakrul tersenyum.
Beberapa orang pekerja masuk ke dalam pastry, mereka melihat Adawiyah dan Fakrul bermesra-mesraan! Siap 'I and you' lagi. Sakit hati perempuan yang tengok kelakuan Adawiah yang rapat dengan Fakrul. Cemburu mungkin? Yelah, Fakrul tu boleh dikatakan ada rupa. Selama ni layan acuh tak acuh sahaja Adawiyah kepada Fakrul, tapi sekarang...
Fakrul tidak melayani perempuan lain sama macam dia layan Adawiyah. Adawiyah is another level. Crush sejak sekolah rendah lagi.
Selepas Adawiyah menghabiskan mee goreng, dia membasuh bekal dan garfu miliknya di sinki di dalam pastry. Bawa sudu tapi tak guna.
"I pergi sambung kerja dulu."
"You tak nak teman I makan ke?"
Adawiyah menjelingkan matanya kearah rakan kerja mereka, menandakan yang mereka sedang diperhati.
Fakrul membalas dengan anggukan. Dia tidak lupa untuk memberikan Adawiyah senyuman.
Dia memasukkan bekal dan garfu kedalam bag tadi. Dia mengukir senyuman untuk Fakrul sebelum pergi ke meja kerjanya.
•••••
"Ania, I'm sorry. I urgent, kena pergi hospital. I tak boleh teman you pergi supermarket. I have to go."
Belum sempat Adawiyah bertanya apa-apa, Fakrul sudah pun berjalan pergi ke arah pintu keluar.
Adawiyah sambung membuat kerjanya tanpa menghiraukan Fakrul.
Hari ini, kerjanya siap cepat. Dia mengemas semua mejanya supaya tersusun dan tidak berselerak dengan kertas-kertas kerja. Boleh dikatakan yang Adawiyah adalah seorang yang kemas.
Dia tersenyum kepada rakan-rakan kerjanya sebagai tanda pamit keluar pejabat, rakan Adawiyah membalas senyuman Adawiyah.
•••••
Beberapa minit memandu, dia sampai di detinasi. Mungkin sebab dia keluar dari pejabat awal, jalan tidak begitu sesak. Selepas dia memakir kereta, dia keluar lalu berjalan ke arah pasaraya itu. Adawiyah mengambil troli yang diletakkan di luar pasaraya, menolak troli itu untuk masuk kedalam pasaraya.
Dia mencari barangan yang ingin dibeli sambil menolak troli. Matanya melilau mencari barang yang diperlukan.
Sejujurnya, dia tidak tahu mahu beli apa. Kalau dia beli sayur, dia tak masak. Kalau dia masak, dia tak letak sayur. Kalau dia beli buah, nanti buah tu rosak pulak sebab lama sangat dalam peti. Dia bukanya selalu ada di rumah.Kebanyakkan masanya habis di pejabat.
Dia hanya membeli snek, biskut, susu dan barang keperluan wanita.
Setelah hampir setengah jam dia mengelilingi pasaraya itu, akhirnya dia menolak troli ke arah kaunter pembayaran.
Dia berdiri di belakang seorang lelaki.
"Ermm, saya tak bawak cash."
"Maaf, encik. Kad kredit tidak dapat digunakan buat masa sekarang." Juruwang hanya tersenyum.
Dia terdengar perbualan lelaki itu dengan juruwang.
Baru sahaja lelaki itu menolak troli...
"Saya tolong bayarkan untuk dia," kata Adawiyah tiba-tiba.
Lelaki itu berpaling ke arahnya.
Senarai yang dibeli oleh lelaki itu masih tercatat di dalam monitor di kaunter pembayaran.
Adawiyah menghulurkan duit kepada juruwang untuk membayar barangan yang dibeli oleh lelaki itu.
Lelaki itu pula hanya terdiam.
Adawiyah mengambil resit dari juruwang lalu menghulurkan ia kepada lelaki itu.
"Terima kasih, cik. Boleh saya minta nombor cik? Untuk memudahkan saya bayar balik duit cik."
"Tak perlu. Bukannya jumlah yang banyak. Lain lah kalau beratus-ratus." Adawiyah meletakkan barang yang di dalam troli miliknya ke atas kaunter pembayaran. Selepas dia meletakkan barang, dia memberi duit kepada juruwang.
"Terima kasih, cik. Semoga Allah memberikan cik rezeki yang melimpah ruah. Aamiin." Belum sempat Adawiyah membalas kata-kata lelaki itu, dia berjalan pergi.
'Semoga Allah memberikan cik rezeki yang melimpah ruah.' Perkataan terus berulang-ulang di dalam kepala Adawiyah.
"Cik?" Juruwang itu menghulurkan resit berserta baki kepada Adawiyah.
"Cik teringatkan lelaki tadi ek? Handsome kan?" Tambah juruwang.
Adawiyah tersenyum. Mengambil resit dan baki lalu dia mengambil barangnya sebelum berlalu pergi.
Dia meletakkan barang ke dalam kereta lalu dia memboloskan dirinya ke dalam kereta.
"Semoga Allah memberikan cik rezeki yang melimpah ruah?" Adawiyah mengulang ayat yang lelaki tadi sebutkan.
"Allah nak ke bagi aku rezeki? Baru semalam aku minum arak. Allah sayangkan aku lagi? Aku buat banyak dosa, tak mungkin Dia sayangkan aku." Adawiyah menghidupkan enjin kereta lalu memandu pergi meninggalkan pasaraya itu.
YOU ARE READING
Hijrah
RomanceDengan kematian ibunya, Daniel bertaubat untuk tidak menjejakkan kakinya ke klub malam lagi. Dia tekad untuk tidak meminum arak lagi. Setelah berhenti kerja, Daniel membawa dirinya ke Pusat Jagaan Al-Hakim. Dia berubah kearah yang lebih baik. Setela...