Setelah Suraya memberitahu Adawiyah yang dia telah di terima bekerja di pusat jagaan itu, dia mengemas barang untuk ke pusat jagaan tersebut.Dia buat apa yang patut seperti mengosongkan peti sejuk, mencabut plug TV, peti ais dan lain-lain. Dia juga menghantar service keretanya.
Dia membuat keputusan untuk tinggal di pusat jagaan, khas untuk staff yang masih bujang memandangkan rumah dan pusat jagaan itu jauh.
Pada petang hari, dia menziarahi kubur kakak, ibu dan ayah. Selama ini, dia akan menziarah kubur ibu dan ayah pada hari raya bersama kakak.
"Assalamualaikum, kakak. Adawiyah datang ni. Adawiyah nak bagitahu kakak yang Adawiyah dah tak kerja dekat pejabat tu. Adawiyah akan bekerja dekat pusat jagaan. Tapi...tempat tu jauh sikit dari sini. Adawiyah akan jarang datang sini untuk jumpa dengan kakak. Jangan risau, Adawiyah tak akan lupakan kakak." Adawiyah menyibukkan tangannya dengan mencabut rumput di atas kubur kakak, mengalih perhatian menangis.
"Adawiyah tak tahu apa yang Adawiyah buat ni betul ataupun tidak. Kalau kakak masih ada, mesti akak akan bagitahu Adawiyah yang mana baik dan mana yang buruk. Kalau ada cuti, Adawiyah datang sini lawat kakak, ibu dan ayah. Adawiyah tak suka berjanji tapi Adawiyah akan cuba untuk datang sini." Dia rasa lebih selesa curhat kepada kakak daripada ibu dan ayah. Mungkin, masanya banyak diluang bersama kakak.
"Adawiyah kena pergi. Dah nak maghrib dah ni. Esok Adawiyah pergi ke pusat jagaan tu. Nanti Adawiyah datang sini lagi, jenguk ibu ayah and akak. Assalamualaikum." Adawiyah menapak pergi dari kubur kakak.
Sebelum dia masuk ke dalam kereta, sempat dia berpaling ke arah kubur keluarganya.
'Terima kasih untuk segala-galanya. Adawiyah bersyukur...'
•••••
Sebelum Adawiyah bertolak dari rumah, dia telah menghantar live location kepada Suraya untuk keselamatan diri.
Dia memandu keretanya ke pusat jagaan itu dengan panduan Google Map. Dia hanya mendengar lagu dari radio kereta. Dia akan menyanyi sama untuk menghilangkan rasa mengantuk.
2 jam memandu, akhirnya dia sampai ke Pusat Jagaan Al-Hakim. Jam telah menunjukkan pukul 9 malam. Adawiyah terlajak tidur kerana penat mengemas rumah. Dia terbangun pada pukul 4 petang sedangkan dia bercadang untuk ke pusat jagaan itu pada pukul 9 pagi.
Dia memasuki pagar pusat jagaan dan orang pertama yang dia lihat ialah Suraya. Suraya tersenyum manis kepadanya.
Adawiyah mematikan enjin kereta lalu keluar dari dalam perut kereta.
"Assalamu'alaikum, Adawiyah."
"Waalaikumussalam, Suraya." Entah mengapa, Adawiyah berasa janggal. Sepatutnya, dia yang memberi salam bukannya Suraya.
"Mana pengurus awak?" Tanya Adawiyah kepada Suraya.
"Pengurus saya ada hal. Nanti dia datang sini esok. Dia ada bagitahu saya untuk tolong awak angkat barang and letak dalam bilik."
"Saya bawa baju je, Suraya. Satu bag je. Awak tolong tunjuk bilik untuk saya menginap pun dah cukup."
Adawiyah mengambil bag bagasi berwarna putih itu dari dalam kereta di bahagian belakang.
Dia mengunci pintu kereta menggunakan alat kawalan jauh sebelum mengikut Suraya untuk ke biliknya.
"Awak akan kongsi bilik tu dengan beberapa orang staff perempuan selain daripada saya dekat sini. Saya harap, awak tak kisah."
"Saya tak peduli pasal semua tu. Yang penting saya boleh tidur dengan tenang dan selesa pun dah cukup."
Ketika mereka berjalan ke arah bilik, Adawiyah melihat ke sekeliling. Pusat jagaan itu besar. Di lengkapi dengan taman permainan, kantin, court badminton dan takraw. Entah mengapa, dia berasa gembira untuk tinggal di situ.
Pak cik dan mak cik yang duduk di atas bangku di bawah pokok itu tersenyum kepada Adawiyah dan Suraya. Angin malam yang menenangkan. Adawiyah turut berhenti berjalan apabila Suraya berhenti.
"Pak cik, mak cik. Kenapa tak tidur lagi? Dah lewat ni," kata Suraya.
"Tak mengantuk lagi. Biarkan kami dating, Suraya. Dah lama kami tak melalui suasana yang macam ni," kata pak cik sambil memegang tangan isterinya.
"Kamu yang patut masuk bilik dan tidur. Kamu mesti penat jaga kami dekat sini." Mak cik itu memandang tepat ke arah suaminya lalu tersenyum.
"Saya pergi dulu lah. Maaf sebab kacau daun. Assalamualaikum." Suraya berjalan pergi selepas pak cik dan mak cik menjawab salamnya.
"Sweet betul diorang, kan?" Tanya Adawiyah.
"Sweet sangat. Kita yang tengok pula yang angau." Suraya tersenyum. Gembira pula hatinya apabila melihat pasangan itu tadi.
2 minit berjalan, mereka sampai di bilik di mana mereka akan tidur. Suraya menolak pintu bilik. Adawiyah dan Suraya berjalan masuk ke dalam bilik itu. Adawiyah mula di dekati oleh rakan sebiliknya selepas dia duduk di atas katil .
Adawiyah tidak berasa kesunyian lagi...
YOU ARE READING
Hijrah
RomanceDengan kematian ibunya, Daniel bertaubat untuk tidak menjejakkan kakinya ke klub malam lagi. Dia tekad untuk tidak meminum arak lagi. Setelah berhenti kerja, Daniel membawa dirinya ke Pusat Jagaan Al-Hakim. Dia berubah kearah yang lebih baik. Setela...