Bab 3

7 1 5
                                    

Daniel ke pejabat seperti biasa. Hampir seminggu dia tinggal berseorangan. Dia telah menyewa satu bilik yang tidak jauh dari tempat kerjanya. Dia dapat keluar dari rumah pada malam hari dengan bebas tanpa halangan dari ibu lagi. Baginya, dia sudah besar dan dapat berdikari.

Hari-hari ibunya menelefonnya tetapi tidak diangkat. Satu hari, hampir sepuluh kali ibu menghubunginya.

Pada hari ini, hatinya rasa lain. Tidak tenang. Daniel berjalan ke hulur ke hilir di dalam bilik pejabatnya untuk menghilangkan rasa yang dia sendiri tidak dapat tafsirkan. Susah hati mungkin?

Tiba-tiba sahaja, pandangannya beralih pada telefon yang berada diatas meja kerja di dalam pejabat. Daniel hairan. Kenapa ibu tidak menelefonnya seperti biasa?

Daniel tergesa-gesa berjalan kearah meja lalu mengambil telefon miliknya. Kali terakhir ibu menelefonnya pada 8:40 petang, semalam. Tiada lagi panggilan ibu pada hari ini.

Rasa tidak tenang, hairan, marah dan sedih membuatkan Daniel tidak keruan. Perasan itu bercampur aduk dan membuatkan Daniel gelisah. Tanpa berfikir panjang, dia berjalan keluar dari pejabat untuk ke kereta yang diparkir dibawah bangunan.

Enjin kereta dihidupkan, dia memandu kereta Proton S70 bewarna biru itu ke rumah ibu.

Setelah memandu hampir 6 minit, Daniel masuk ke simpang terakhir untuk ke rumahnya. Daniel melihat deretan kereta yang diparkir di tepi jalan. Daniel semakin gelisah setelah melihat van jenazah terpakir tepat dihadapan pintu rumahnya.

Daniel memakirkan kereta beberapa meter dari rumahnya. Dia tidak dapat memakir keretanya berdekatan rumah kerana tiada ruang. Terlalu banyak kereta.

Dia berlari kearah rumah dengan perasaan yang ingin tahu. Perasaan itu menyiksa Daniel.

Daniel menanggalkan kasutnya lalu masuk kedalam rumah. Dia terkaku di hadapan pintu utama apabila melihat sekujur tubuh yang kaku telah dibaluti dengan kain kafan. Bahagian muka ditutup dengan kain jarang. Bau haruman kapur barus menusuk ke hidung.

Daniel berjalan kearah jenazah tersebut dengan perasaan gementar. Kakinya menggigil. Didalam hatinya berdoa, berharap supaya jenazah dihadapannya bukanlah ibu.

Dia berlutut di hadapan jenazah, dia menarik kain yang menutup bahagian muka dengan kasar. Air matanya tidak dapat ditahan lagi. Air matanya mengalir.

"I-ibu." Daniel sedaya upaya untuk mengeluarkan suara, memanggil seorang yang dia gelar sebagai ibu.

Tanganya bergerak perlahan-lahan kearah muka ibu. Muka ibu yang pucat dan sejuk itu disentuh, dibelai. Memastikan dihadapanya adalah manusia dan bukan ilusi semata-mata.

"I-ibu, bangun. J-jangan lah tidur dekat sini. Daniel balik ni, ibu. Bangunlah." Daniel memeluk jenazah yang telah kaku dan sejuk itu. Dia menangis semahu-mahunya.

"Ibu, Daniel minta maaf. Bangun lah. Jangan buat Daniel macam ni. Jangan tinggalkan Daniel sama macam ayah buat. Tolonglah, ibu. Daniel merayu, tolonglah bangun."

Beberapa orang lelaki cuba untuk memujuk Daniel. Belakang Daniel digosok, cuba untuk menenangkannya.

"Daniel imamkan arwah, boleh?" tanya salah seorang lelaki apabila keadaan Daniel berubah sedikit tenang.

Daniel perlahan-lahan angguk. Dia teringat akan pesan ibu.

'Kalau ibu meninggal, ibu nak anak ibu yang imamkan jenazah ibu.'

'Ish ibu ni. Kesitu pulak. Jangan cakap pasal meninggal, boleh?'

Perkataan itu terus bermain didalam benak Daniel. Itulah perbualan yang dia rindui. Berbual bersama ibu membuatkan dia tenang.

HijrahWhere stories live. Discover now