Bab 18

3 0 0
                                    

Adawiyah berjalan-jalan di persekitaran pantai. Dia hanya berkaki ayam dari pusat jagaan hingga ke pantai. Adawiyah duduk di atas batang pokok yang telah tumbang. Tempat itu teduh dengan pokok-pokok. Bayang-bayang daun dan pokok bergoyang menghiasi pasir.

Kakinya menguis-nguis pasir dan menyepaknya. Dia memandang ke sekeliling, melihat keindahan alam yang Tuhan ciptakan. Tiada cacat cela.

Angin meniup selendang pemberian Daniel sehingga ia hampir terlepas dari kepala Adawiyah. Dia hanya memakai anak tudung yang menutup leher dan selendang berwarna hitam itu dililit tanpa dipin dengan peniti ataupun kerongsang. Kenapa tidak dipin? Sebab Daniel tak belikan peniti mahupun kerongsang untuknya. Dia pun tak ada masa mahu ke kedai. Jadi, dia hanya beli barangan dalam talian sahaja.

Dia memejam matanya, mendengar ombak yang bergulung lalu terhempas ke persisiran pantai.

"Kakak!"

Adawiyah menoleh ke belakang. Seorang kanak-kanak lelaki berlari lalu berdiri di hadapan Adawiyah.

"Adnan buat apa dekat sini? Adnan datang sorang-sorang ke?" Adawiyah mula risau.

"Dia datang dengan saya. Awak tak perlu risau." Tiba-tiba sahaja suara garau itu menjawab soalan yang Adawiyah ajukan pada Adnan.

"Dekat sini sorang-sorang. Awak tu perempuan. Bahaya. Lain kali ajak siapa-siapa teman. Suraya ke, siapa ke. Yang penting perempuan." Lelaki itu berjalan melepasi Adawiyah. Dia langsung tidak mengalihkan pandangan daripada ombak.

"Saya saja je nak ambil angin. Kejap lagi saya balik. Saya suka sorang-sorang macam ni."

Adnan sudah bermain dengan pasir berhampiran dengan mereka. Cuba membuat istana pasir dengan menggunakan tangan kecilnya.

"Dah nak maghrib. Jom balik."

"Awak siapa nak aturkan hidup saya?! Awak hanya boss saya!" Adawiyah tanpa sengaja meninggikan suaranya kepada Daniel. Sedar sahaja dengan perbuatannya, dia menutup mulutnya dengan tangan.

Daniel pula hanya diam dan menghadap ke hadapan. Dia masih lagi tidak mengalihkan pandangan dari ombak. Adawiyah tidak dapat melihat reaksi Daniel. Adnan terkejut lalu memandang Adawiyah lalu beralih ke Daniel dan akhirnya ke istana pasirnya yang masih lagi tak menjadi.

"Saya...minta maaf. Saya tak sengaja. Saya tak suka orang suruh-suruh saya kecuali masa bekerja. Kalau kerja, saya tak kisah kalau kena suruh atau kena paksa. Saya lupa yang saya sekarang kerja dekat pusat jagaan. 24 jam bekerja."

"Saya bukan siapa-siapa pada masa sekarang. Tapi, InsyaAllah. Saya akan jadi bakal suami yang akan bimbing awak nanti," kata Daniel dengan suara yang mendatar.

"Adnan, Abang Daniel balik dulu. Jaga Kakak Adawiyah baik-baik. Pukul 6:45 petang, paksa dia balik. Jangan tinggalkan dia sorang-sorang." Daniel memberi jam tangan G-Shock miliknya sebelum berlalu pergi meninggalkan Adawiyah dan Adnan.

Adnan mengambil jam tangan itu. Dia hanya melihat Daniel perlahan-lahan hilang dari pandangannya. Matanya teralih pada Adawiyah.

"Kakak Adawiyah ok?"

Adawiyah diam, tidak terus menjawab soalan Adnan. Dia terkejut dengan kata-kata Daniel. Adawiyah memandang ke bawah.

Beberapa minit berlalu, Adnan mengajak Adawiyah untuk pulang ke pusat jagaan. Entah mengapa, dia akur dengan kanak-kanak lelaki itu. Mungkin, dia takut Adnan kena marah sebab tak amanah.

•••••

"Dah kenapa pula aku bagitahu dia macam tu?" Daniel menenggelamkan mukanya ke bantal. Dia berasa malu dengan perbuatannya tadi. Tiba-tiba sahaja ayat itu keluar dari mulutnya.

HijrahWhere stories live. Discover now