Kerana kepenatan memandu, Daniel tersedar dari lenanya pada pukul 6:03 pagi. Daniel memusingkan badannya menghadap Adnan. Dia tidur dengan pulas.Adnan tersenyum. Entah apa yang dia mimpi pun Daniel tak tahu.Dia mengosok rambut Adnan perlahan, tiada niat mahu mengejutkanya.
Daniel bangun dari katil, berjalan kearah tempat dia sangkut tuala. Tuala bewarna ungu diambil, dia berjalan kearah tandas.
Ada dua tiga orang sedang mandi. Seorang pak cik dan 3 orang remaja. Daniel bersandar di dinding, menunggu giliran untuk masuk.
"Awal Daniel bangun. Susah zaman sekarang nak jumpa orang muda bangun awal. Lagi-lagi yang sebaya dengan Daniel."
"Pak cik walaupun dah berusia, pak cik boleh bangun awal." Puji Daniel.
"Ada yang kejut pak cik atau pak cik terjaga sendiri?" Sambung Daniel.
"Dah terbiasa bangun pagi. Lagipun, kalau lambat bangun, tandas penuh. Terlewat pulak nak solat Subuh berjemaah. Bangun sebelum Subuh ni, banyak hikmahnya."
Daniel balas dengan anggukan.
Pintu tandas dibuka. Seorang remaja keluar dari tandas.
"Pak cik masuk dulu. Harini, Daniel jadi Imam pulak ye. Sedap suara Daniel," kata pak cik sebelum masuk kedalam tandas.
Daniel tersenyum. Cepat-cepat dia matikan senyumannya.
'Mesti ibu happy kalau Daniel sempat jadi imam ibu masa ibu masih bernyawa. Maafkan Daniel, ibu.'
Setelah lama termenung, bunyi kunci pintu bilik air dibuka. Daniel tersedar dari lamunan.
Setelah memastikan tiada sesiapa lagi yang menunggu untuk masuk, Daniel masuk kedalam bilik air.
•••••
"Abang Daniel!"
Setelah solat Subuh, Daniel dihampiri Adnan. Adnan memeluk leher Daniel lalu duduk diatas riba Daniel. Pelukan pada leher dilepas.
Daniel duduk disurau untuk berzikir. Dia bersandar pada dinding.
"Ada apa-apa yang boleh abang tolong?" Tanya Daniel dengan suara yang lembut.
'Kalaulah Daniel lembutkan suara Daniel pada ibu, mesti ibu happy.' Fikiran Daniel akan selalu kepada ibu.
"Adnan tak nak apa-apa daripada Abang Daniel."
Beberapa orang remaja lelaki menghampiri Daniel. Mereka duduk dihadapan Daniel. Mereka bersalaman dengan Daniel.
"Kenapa dalam banyak-banyak tempat, abang pilih pusat jagaan ni untuk abang kerja?" Tanya salah satu remaja.
"Abang...saja nak kerja dekat sini. Tenang je. Kalau kerja office, stress. Sakit kepala nak fikir itu ini, kerja bertimbun, kena marah dengan boss kalau ada kesalahan. Kalau dekat sini, abang kena jaga korang, jaga pak cik-pak cik. Tak ada lah susah sangat." Jelas Daniel.
"Ouh. Kalau walid, dia suka dua-dua. Suka jaga kita orang dan juga suka kerja office. Semua kelengkapan sekolah kitaorang, walid yang tanggung."
"Walid? Walid...ayah korang?" Tanya Daniel.
"Walid...ayah saudara abang tu."
"Korang panggil dia...Walid?"
"Dia suruh kita orang panggil dia walid. Kalau pak cik-pak cik panggil dia dengan nama."
"Jom pergi makan. Nanti makanan habis." Ajak Adnan. Perut Adnan berkeroncong.
Adnan menarik tangan Daniel hingga membuatkan Daniel berjalan mengikuti Adnan. Beberapa orang remaja tadi berjalan di belakang Daniel.
•••••
Pak su memanggil Daniel untuk berjumpa dengannya di pejabat.
"Pak su nak minta tolong sikit dengan Daniel, boleh?"
"Pak su nak minta tolong apa? Duit?" Teka Daniel.
"Bukan lah! Pak su tak cakap pun lagi. Dengar lah dulu. Jangan buat andaian sendiri."
Daniel tersenyum. Dia menggosok belakang lehernya.
"Pak su nak minta tolong Daniel jaga pusat jagaan. Setiap hujung minggu, pak su datang. Banyak sangat kerja dekat office. Daniel seorang jelah yang boleh pak su harapkan."
"Ermm. Mak su?"
"Mak su tu...akan datang kalau dia nak datang. Tapi selebihnya, Daniel lah yang kena tolong. Boleh? Tunjukkan kepada pak su yang Daniel dah bersedia untuk kahwin. Dah bersedia nak jadi ketua keluarga."
'Apa kena mengena jaga pusat jagaan dengan kahwin?' Kata-kata itu hanya bermain di dalam fikiran Daniel, tak mampu diluahkan.
"Daniel kena buat apa?"
"Daniel check stok makanan. Daniel tolong jagakan pusat jagaan ni. Kalau ada apa-apa kes, bagitahu pak su. Tapi, kalau boleh, Daniel lah yang uruskan kes tu sendiri sehingga selesai. Kalau Daniel tak faham apa-apa, Daniel boleh tanya pak su ataupun mak su."
Daniel angguk.
"Nanti pak su tambahlah gaji Daniel. Pak su kasi up!"
Daniel angguk.
"Angguk tu...tanda setuju?"
Daniel angguk lagi. Itulah kerja Daniel. Hanya angguk, angguk dan angguk.
"Alhamdulillah. Sayang Daniel."
Pak su bangun untuk memeluk Daniel. Daniel hanya boleh pasrah dengan kelakuan pak su.
"Terima kasih, Daniel. Terlepas satu beban pak su."
Daniel tersenyum.
"Gaji kasi up. Ingat tu." Daniel ingatkan pak su.
"Pak su ingat. Daniel jangan risau."
Pak su tiada anak. Pak su dan mak su mandul. Walaupun begitu, mereka hidup bahagia tanpa anak.
•••••
Daniel baring di atas katil, memikirkan sesuatu. Tiba-tiba sahaja dia terfikir dengan kata-kata pak su.
'Kahwin? Kalau tak kahwin, tak boleh ke? Kahwin ni wajib ke? Bukan ke sunnah je?' Banyak persoalan yang bermain di fikiran Daniel.
Daniel memutuskan untuk berjalan di sekitar pantai yang tidak jauh dari pusat jagaan. Sebelum Daniel keluar dari pagar pusat jagaan, seseorang memegang tanganya. Daniel menunduk ke bawah.
"Abang Daniel nak pergi mana?" Tanya Adnan si budak kecik.
"Abang nak pergi pantai. Abang tak boleh tidur."
"Adnan nak ikut abang boleh? Adnan pun tak boleh tidur macam abang."
Jam di tangan, Daniel lihat. 10:16 malam.
Daniel angguk, tanda membenarkan Adnan ikutnya ke pantai.
"Adnan boleh tunjukkan jalan untuk ke pantai? Abang tak tahu kena ikut kiri ataupun kanan."
Adnan angguk. Dia berlari melepasi Daniel.
"Hati-hati. Nanti jatuh." Jerit Daniel ketika sedikit jauh dari pusat jagaan. Tidak mahu mengejutkan orang lain yang mungkin sudah nyenyak tidur.
Setelah hampir setengah jam berjalan di persisiran pantai, fikiran Daniel menjadi tenang. Adnan yang berada di dalam dukungan Daniel tertidur. Mungkin penat berlari tadi.
Daniel membawa Adnan pulang ke pusat jagaan. Sesampainya mereka disana, Daniel berjalan ke arah bilik Adnan.
Daniel membuka pintu, melihat kearah remaja yang sudah tertidur. Daniel berjalan ke arah katil yang kosong. Nama Adnan tertulis di kertas di hujung katil. Daniel meletakkan Adnan di atas katil, menyelimuti Adnan lalu berjalan ke arah bilik tidurnya.
YOU ARE READING
Hijrah
RomanceDengan kematian ibunya, Daniel bertaubat untuk tidak menjejakkan kakinya ke klub malam lagi. Dia tekad untuk tidak meminum arak lagi. Setelah berhenti kerja, Daniel membawa dirinya ke Pusat Jagaan Al-Hakim. Dia berubah kearah yang lebih baik. Setela...