Bab 5

3 1 0
                                    

Daniel mengambil beberapa baju dan seluar panjangnya dari almari pakaian lalu dimasukkan kedalam beg bagasi bewarna biru muda yang sederhana besar.

Barang-barang keperluan seperti deodoran, pisau cukur, mesin potong rambut dan pomade rambut dimasukkan kedalam beg bewarna hitam.

Hari ini, dia memakai baju t-shirt berwarna putih berlengan pendek. Seluar jeans hitam.

Dia merebus telur sehingga separuh masak, diletakkan diatas roti, mayonese dan black pepper diletakkan. Dia makan sambil berzikir.

Phone diletakkan di tepi. Sudah lama dia tidak membuka aplikasi Tiktok dan Instagram. Dia buka aplikasi itu jika ada mesej masuk sahaja.

Gelas yang berisi susu full cream diambil lalu diteguk.

"Bismillahirrahmanirrahim." Susu diminum satu teguk. Gelas diangkat dari bibir.

"Alhamdulillah."

Dia baca Basmalah lalu gelas diletakkan dibibir semula. Susu diminum lalu sebut Alhamdulillah. Perkara itu berulang-ulang sehingga susu didalam gelas tadi habis diminum.

Daniel membasuh gelas, pinggan kuali dan lain-lain. Diletakkan ditempat penyejat.

Daniel memasukkan beg bagasi dan beg yang berisi barang keperluan tadi didalam bonet kereta. Dia masuk untuk melihat jika ada barang yang tertinggal. Semua barangan elektrik dimatikan. Dia memastikan pintu belakang dikunci.

Dia keluar dari rumah lalu mengunci pintu utama. Dia membaca Ayat Kursi lalu masuk kedalam kereta. Enjin kereta dihidupkan, kereta dipandu pergi meninggalkan perkarangan rumah. Pagar ditutup dengan alat kawalan jauh yang Daniel letak didalam kereta.

Rasa sayu hatinya kerana perlu meninggalkan rumah itu. Sejak dia lahir hingga tumbuh dewasa, rumah itulah yang menjadi tempat berteduh untuk Daniel dan keluarganya. Rumah itu dibeli dengan duit arwah ayah. Jadi, rumah itu sepenuhnya milik Daniel sekarang.

Setelah beberapa jam di lebuhraya, Daniel sampai ke destinasi. Dia memakir keretanya didalam garaj yang telah disediakan. Dia keluar dari kereta lalu melihat ke sekeliling. Dia lalu melihat kearah papan tanda, 'Selamat Datang Ke Pusat Jagaan Al-Hakim'.

"Assalamu'alaikum, Daniel." Sapa seseorang dari belakang.

Daniel memusing badannya untuk berhadapan dengan pemberi salam.

"Waalaikumussalam, pak su." Daniel menghulurkan tangannya untuk bersalam.

"Jalan sesak?" Tanya pak su untuk berbasa-basi.

"Tak adalah sesak sangat."

"Jom, kita masuk kedalam. Mak su dah buat air coklat tu." Ajak pak su.

Daniel akur. Dia mengikuti pak su untuk ke pejabat.

Pak su menolak pintu lalu mereka masuk kedalam pejabat yang sederhana luas.

"Jemput duduk, Daniel." Perlawa mak su.

"Terima kasih, mak su. Maaf sebab Daniel tak bawak apa-apa untuk pak su dengan mak su." Daniel rasa sebersalah sebab tidak membawa buah tangan.

"Tak apa. Daniel tak perlu susahkan diri beli apa-apa. Daniel datang sini pun dah buatkan pak su dengan mak su happy." Mak su menuangkan air coklat kedalam gelas.

Daniel terus ambil lalu meminum air coklat tersebut.

"Sedapnya! Pandai mak su buat air coklat," puji Daniel.

"Mudah je. Daniel pun boleh buat. Tak payah puji lah, Daniel. Malu mak su."

Daniel hanya membalas dengan senyuman.

HijrahWhere stories live. Discover now