Daniel bangun ketika waktu hampir Asar. Sakit kepalanya kerana minum arak masid terasa. Dia bangun dari perbaringan lalu duduk dibirai katil. Dahinya diurut bagi menghilangkan rasa pening.
Selepas merasakan kepalanya sedikit ringan, Daniel bangun lalu berjalan kearah dapur. Perutnya berbunyi minta diisi.
"Lamanya Daniel tidur." Nada ibu begitu lembut. Wajahnya pula tidak menunjukkan riak marah atau bengang. Ibu berjalan menghampiri Daniel.
"Daniel makan lah dulu. Lepas makan Daniel solat, ye?" sambung ibu.
Ibu menyenduk nasi putih kedalam pinggan lalu diletakkan dihadapan Daniel yang telah duduk diatas kerusi meja makan.
"Lauk?" tanya Daniel sepatah.
"Barang dapur dah habis. Yang ada telur je. Daniel makan lah nasi telur dengan kicap. Sedap tau."
"Kalau dah tahu barang dapur habis, pergilah beli! Kalau tak ada duit, minta lah dengan Daniel! Itu pun nak kena ajar ke?!" jerkah Daniel. Suara Daniel bagaikan petir.
Pinggan yang diisi nasi tadi dilemparkan kearah dinding hingga pecah berderai. Nasi habis berterabur diatas lantai. Daniel berjalan masuk kedalam bilik dengan muka yang bengis.
Ibu mengutip setiap butir nasi, air matanya terus mengalir tanpa ada tanda untuk berhenti. Bunyi esakkan ibu memenuhi segenap ruang rumah. Sakit hati apabila anaknya sendiri memarahinya dan meninggikan suara kepadanya. Rasa sakit pada jari kerana terkena serpihan kaca tidak seberapa. Sakit lagi hatinya berbanding dengan jarinya.
'Ya Allah, apa salah aku? Adakah cara aku mendidik anakku salah sehingga dia berbuat demikian kepada ku? Apa dosa aku sehingga dia sanggup meninggikan suara kepadaku?'
Ibu membuang serpihan kaca dan nasi kedalam tong sampah. Berat hatinya melihat rezeki perlu dibuang begitu saja. Ibu masuk kedalam bilik, mengambil wuduk didalam bilik air lalu solat. Disitu, dia mengadu, meluahkan apa yang terpendam kepada Sang Pencipta.
'Ya Allah, aku maafkan anakku. Jangan kau datang kan bala kepadanya, Ya Allah. Berilah dia rezeki yang melimpah ruah dan kegembiraan,' doa ibu. Air matanya tidak berhenti-henti mengalir.
Daniel tidak menyangka yang dia meninggikan suara kepada ibu kandungnya, yang telah mengandungkannya 9 bulan 10 hari. Itulah kali pertama dia menjerkah ibunya. Selalunya, dia akan mengikut kehendak ibunya. Setelah berbuat dosa, dia berasa gembira. Hatinya lapang. Daniel menari-nari di dalam bilik dengan senyuman yang begitu lebar.
•••••
Setelah terperap berjam-jam lamanya, Daniel keluar dari bilik tidurnya menuju kearah pintu utama.
"D-Daniel nak pergi mana?" tanya ibu dengan sedikit gagap. Takut dimarahi lagi.
"Daniel nak keluar." Daniel memakai kasut lalu menuju kearah kereta.
"Janganlah keluar, dah malam ni. Bahaya keluar malam-malam."
"Itu bukan urusan ibulah! Daniel bukannya perempuan yang tak boleh keluar waktu malam! Daniel dah besarlah. Daniel tahu nak jaga diri Daniel!" Dalam hari yang sama, Daniel menjerkah ibunya buat kali kedua.
Ibu terdiam. Membiarkan kereta anaknya berlalu pergi tanpa menghalangnya lagi. Pada hari yang sama, ibu mengalirkan air mata. Tangannya menyentuh dada, dia dapat merasakan jantungnya berdegup dengan kencang. Bahkan, dia dapat mendengar degupan jantung miliknya.
"Ya Allah, Ya Tuhanku. Aku maafkan dia. Aku maafkan anakku." Ibu bersandar pada bingkai pintu.
•••••
Daniel pulang dalam keadaan mabuk. Dia masuk kedalam rumah, berjalan terhuyung-hayang. Dia berpegang pada dinding untuk stabilkan tubuhnya daripada jatuh.
Dia menolak pintu utama rumah dengan kasar.
"D-Daniel?"
Ibu berjalan menghampiri Daniel. Bau arak menyengat masuk kedalam rongga hidung ibu. Tompokan air berwarna kuning mengenai baju Daniel.
"Daniel minum arak?!" Ibu terkejut.
"Ish, ibu ni. Kacau lah." Daniel masih bersusah payah berjalan kearah biliknya.
"Daniel. Jujur dengan ibu, Daniel minum arak?"
"Haah, Daniel minum arak! Salah ke?! Atau ibu nak marah Daniel?!" Suara Daniel bergema memenuhi ruang tamu.
"Siapa yang ajar Daniel minum arak?" Ibu masih bertanya kepada Daniel dengan lembut.
"Daniel ajar diri Daniel sendiri. Daniel stress dengan kerja, stress dengan ibu!"
Ibu terdiam. Air matanya mengalir lagi.
"Tepi, Daniel nak masuk bilik. Nak tidur. Malas nak layan ibu." Daniel masih berjalan terhuyung-hayang. Daniel menolak ibunya ketepi.
Ibu masuk kedalam bilik lalu duduk di birai katil. Air matanya terus mengalir. Matanya yang bengkak kerana menangis tadi masih tidak surut.
"Kenapa Daniel buat ibu macam ni?" Ibu berdialog sendiri.
Bantal diambil lalu dipeluk.
YOU ARE READING
Hijrah
RomanceDengan kematian ibunya, Daniel bertaubat untuk tidak menjejakkan kakinya ke klub malam lagi. Dia tekad untuk tidak meminum arak lagi. Setelah berhenti kerja, Daniel membawa dirinya ke Pusat Jagaan Al-Hakim. Dia berubah kearah yang lebih baik. Setela...