Selepas Solat Subuh, dia membuat Solat Sunat Hajat diikuti dengan Solat Sunat Dhuha. Di dalam doanya, dia menyebut nama Adawiyah. Berdoa agar Adawiyah terima untuk menjadikan Daniel sebagai suaminua.
"Ya Allah Ya Tuhanku, jika dia bukan jodohku, maka jodohkan lah dia dengan orang yang lebih baik dariku. Semoga dia gembira bersama pasanganya. Dan, kalau dia menjadi isteriku, aku akan jaganya, didiknya dan bahagiakanya." Daniel mengaminkan doanya.
•••••
"Jika benar dia jodohku, maka satukan lah kami. Jika dia bukan jodohku, aku lepaskan dan redha." Selepas Adawiyah mengaminkan doanya, dia melipat lalu menyidai telekung pemeberian Daniel. Dia membelai kain telekung itu, merasakan kelembutan pada kain itu. Adawiyah lalu tersenyum.
••••••
Ketika Daniel di dalam pejabatnya, seseorang telah mengetuk pintu. Tanpa menuggu lama, dia membenarkan orang itu masuk.
"Selamat pagi, Daniel." Adawiyah masuk ke dalam pejabat Daniel sambil mengukir senyuman di bibirnya.
"A-Adawiyah, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Daniel menjadi gagap selepas dia melihat senyuman pada bibir Adawiyah.
"Tawaran awak tempoh hari...saya terima. Saya sudi jadi isteri awak. Saya tunggu awak masuk minang." Adawiyah memejam matanya ketika dia menyatakan hasratnya pada Daniel. Belum sempat Daniel membalas hasratnya, dia berjalan pergi. Malu mahu melihat muka Daniel.
Daniel pula cuba menyembunyikan senyumanya. Dia menutup matanya, di dalam hatinya tidak henti-henti mengucapkan terima kasih pada Tuhan. Dia berasa gembira. Sebaik sahaja Adawiyah melangkah keluar dari dalam pejabat, dia melompat bahagia. Daniel mencapai telefon di atas meja lalu menghubungi pak su.
"PAK SU, ADAWIYAH TERIMA!" Dia tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya sehingga tanpa sengaja dia menjerit gembira.
'Pekak telinga pak su. Perempuan yang kamu nak tu Adawiyah rupanya. Daniel nak pak su buat apa sekarang?'
"Nak mak su datang sini and bercakap dengan Adawiyah. Tiba-tiba pulak Daniel rasa malu nak jumpa dengan dia."
•••••
Ianya sudah seminggu berlalu semenjak Adawiyah menerima lamaran Daniel. Pada hari Jumaat, di masjid berdekatan dengan pusat jagaan, mereka akan di ijab kabulkan.
Adawiyah hanya memakai baju kurung berwarna putih. Tudung shawl yang menutup bahagian dada dan belakang, labuh. Daniel pula memakai baju melayu berwarna putih, samping yang yang dia gunakan untuk hari raya dan juga songkok.
Adawiyah hanya menunduk ke bawah. Segan untuk melihat sekeliling. Di sebelahnya ada mak su dan Suraya.
"Aku terima nikahnya Siti Ania Adawiyah Bt Tirmizi dengan mas kahwinnya seutas gelang emas dan senaskhah Al-Quran." Daniel menunggu dengan debaran yang tidak henti-henti. Dia tak nak ulang sekali lagi.
"Sah."
"Sah."
"Alhamdulillah, sah."
Tok kadi mula membaca doa. Daniel menutup matanya. Dia masih lagi tidak percaya dengan situasi yang dia lalui sekarang. Dia tidak percaya yang sekarang ini dia telah bergelar suami kepada seorang wanita yang dia cintai. Berkahwin tanpa ditemani seorang ibu. Kalau ibunya masih ada, dia yang akan menenangkannya jika Daniel berasa risau dan gugup.
"Daniel, tok kadi dah habis baca doa," bisik pak su yang duduk di sebelah. Pak su tahu yang Daniel sedang termenung.
Cepat-cepat, Daniel mengaminkan doa.
Daniel bangun dari duduknya. Bersalam dengan semua tetamu lelaki lalu dia menghampiri Adawiyah.
"Assalamualaikum, isteri abang." Jantungnya tidak henti-henti berdegup apabila dia berada sangat hampir dengan Adawiyah. Dia menghulur tangannya untuk bersalam.
"Wa...Waalaikumussalam, suami saya." Adawiyah bersalam dengan Daniel. Dia mencium tangan suaminya itu.
Daniel membelai kepala Adawiyah yang dilapisi dengan tudung. Kemudian, dia mencium kening Adawiyah sebaik sahaja Adawiyah mengangkat kepalanya. Orang sekeliling tidak henti-henti mengambil gambar dan video mereka. Mereka tidak mengupah jurugambar kerana tidak mahu membuang duit.
"Jom Daniel, kita ambil gambar sama-sama. Ajak Adawiyah sekali," kata mak su yang berada tidak jauh dari mereka.
Daniel dan Adawiyah angguk lalu berjalan keluar dari masjid. Di luar masjid, mereka bergambar bersama dengan pak su, mak su, pak cik, mak cik dan semua penghuni pusat jagaan.
Selesai bergambar, mereka berjalan beramai-ramai ke pusat jagaan. Dengan berjalan kaki selama 3 minit, mereka telah sampai ke pagar pusat jagaan.
"Ambil kunci rumah ni. Lepas ni, Daniel tidur di sana dengan Adawiyah." Pak su menghulur kunci kepada Daniel.
"Berapa duit sewa, pak su? Dengan siapa saya sewa?"
"Tu rumah pak su. Daniel ambil je, tak payah nak bayar. Anggap je rumah tu sebagai hadiah perkahwinan Daniel." Pak su tersenyum. Dia berasa gembira kerana Daniel telah berubah dan berkahwin dengan Adawiyah.
"Terima kasih banyak-banyak, pak su. Daniel tak tahu nak balas macamana." Tiba-tiba Daniel sebak. Mahu saja dia menangis di situ. Dengan kesedaran yang penuh, dia cuba mengawal rasa sebaknya.
"Lepas makan, Daniel bawa Adawiyah pergi rumah tu. Harini, pak Su bagi semua staff cuti. Biar pak su dan mak su yang uruskan pusat jagaan untuk hari ini dan esok. Daniel dengan Adawiyah, pergi lah rehat. Dan satu lagi, pak su dah book hotel untuk korang honeymoon." Pak su berjalan ke bawah pokok yang teduh. Daniel terdiam lalu dia berjalan ke arah pak su.
"Pak su, banyak sangat yang pak su bagi ni. Rumah, book hotel untuk kitaorang honeymoon. Kenapa pak su buat semua ni?"
"Sebab pak su gembira. Gembira tengok Daniel daripada yang teruk kepada yang lebih baik. Daniel faham kan maksud pak su?"
"Dah kemas baju-baju Daniel?" tanya pak su.
"Erm...belum. Jap lagi Daniel kemas."
"Pak su dah bagi tahu semalam, lepas Isya'. Degil." Pak memulas telinga Daniel tanpa membuat Daniel sakit. Mereka berdua lalu ketawa bersama.
"Lepas makan, ajak Adawiyah balik. Pak su booking hotel tu start esok. Pak su bagi cuti seminggu, Daniel pergi la."
Daniel memeluk pak su sekuat-kuatnya.
"Terima kasih, pak su. Terima kasih sebab layan Daniel dan beri Daniel kasih sayang walaupun pak su tahu kisah silam Daniel. Terima kasih sangat-sangat. Daniel tak tahu nak balas apa."
"Daniel balas dengan kebaikan, boleh? Daniel buat baik pada pak su dan semua orang. Jangan kembali pada kisah silam Daniel. Yang lepas, biar lepas."
"Adawiyah dah kepanasan ni. Bawak dia balik. Dia nak tukar baju," kata mak su yang datang entah dari mana.
Daniel melepaskan pelukannya dari pak su. Dia melihat ke arah Adawiyah yang sedang bertemu ramah dengan mak cik-mak cik.
•••••
"Saya nak tidur bilik lain, boleh? Saya segan nak tidur sekali," kata Adawiyah sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah banglo 2 tingkat itu.
"Honey tidur dalam master bedroom. Nanti abang tidur bilik lain." Daniel mengangkat bagasi Adawiyah ke bilik utama.
"Terima kasih, abang." Adawiyah mengikut langkah Daniel.
"Sama-sama, honey."
YOU ARE READING
Hijrah
Roman d'amourDengan kematian ibunya, Daniel bertaubat untuk tidak menjejakkan kakinya ke klub malam lagi. Dia tekad untuk tidak meminum arak lagi. Setelah berhenti kerja, Daniel membawa dirinya ke Pusat Jagaan Al-Hakim. Dia berubah kearah yang lebih baik. Setela...