SHE, WHO COMES BACK: PART 1

151 3 0
                                    


ALLAH ialah sebaik-baik perancang. Itu ialah fakta yang tak dapat disanggah oleh sesiapa yang beriman dengan agama Islam, kerana walau sekuat mana seseorang merancang hidupnya, bila Allah tidak mengizinkan, maka tidak akan berlaku.

Qadar pula terbahagi kepada dua kategori, iaitu yang hakiki/mutlak (takdir mubram) dan satu lagi ialah ketentuan Allah yang boleh diubah dengan doa dan usaha (takdir muallaq). Contoh takdir hakiki adalah ajal, dimana tiada siapa tahu bila dan dimana tetapi hanya Allah yang Maha Mengetahui. Contoh takdir muallaq pula adalah ketentuan jodoh, masuk universiti atau dapat kerja yang bagus.

Sebetulnya doa ialah senjata terkuat seorang Muslim,selain dari bukti takwa seorang hamba kepada Penciptanya. Bagi hamba Allah yang bernama Umar Darius, atas doa serta tahajud yang tidak putus selama dua tahun selepas menceraikan isterinya, kehendaknya untuk bersama semula dengan bekas isteri yang pernah dicintai sepenuh hati itu akhirnya dimakbulkan dalam suatu bentuk yang dia langsung sangka.

BUNYI interkom kedengaran, memecahkan fokus Umar pada kerjanya seketika. Tanpa mengalihkan perhatian dari skrin laptop, tangan dipanjangkan ke interkomnya. Speaker dipasang.

"Speak."

"Maaf ganggu bos, tapi ada orang nak jumpa." Suara setiausahanya, Fatin, kedengaran. "Katanya dia bekas abang ipar bos."

"Saya takda bekas abang ipar," spontan menjawab pada spreadsheet di skrin laptop.

"Dia cakap dia abang Aqi."

Anak mata membesar terus bila mendengar nama bekas isterinya disebut. Lalu Umar menjeling pada interkom sebelum merenung tajam pada daun pintu di depannya, seolah-olah boleh tembus ke luar dan merenung tetamu siapa entah yang bersama dengan setiausahanya sekarang.

"Siapa namanya?"

"Ilyas Zachary."

Ilyas Zachary... Zach... ah ya, dia ingat abang tiri Aqi separuh German itu tapi kenapa tiba-tiba mahu bertemu dengannya? Malah di pejabat pula. Selepas wanita itu diceraikan dua tahun lepas, bekas isterinya itu terus hilang lesap macam angin lalu. Mereka hanya berkomunikasi melalui emel atau pihak ketiga bagi menyelesaikan urusan penceraian di mahkamah.

Liur terasa kelat. "Send him in," ujar Umar akhirnya, memilih untuk menerima takdir yang hadir secara mengejut pada petang ini.

Bayangan Ilyas Zachary yang pernah ditemui pada waktu remaja kini berganti dengan imej seorang lelaki tinggi berambut coklat gelap di pintu pejabatnya. Lelaki itu membawa bersama seorang kanak-kanak perempuan.

"Ye, encik? Awak abang Aqi?" soal Umar, sekadar berbahasa.

"Heh. Kau pakai 'awak' dengan aku, Umar Darius? Dah bertahun-tahun pun amnesia kau tak pulih lagi huh?" Lelaki itu menutur selamba .Bila dia merapat, anak matanya nampak kehijauan. Kanak-kanak perempuan yang dibawa bersama diangkat supaya duduk atas kerusi di hadapan meja Umar.

Zach menghembus nafas pendek. "Aku Zachary. Abang tiri Asyikin, your ex-wife."

Terangkat tinggi keningnya. Dia tahu, tapi masih pura-pura tak tahu. "Saya tak pernah tahu Aqi ada abang tiri... ataupun keluarga tiri."

Giliran Zach mengangkat tinggi keningnya. "Dia tak pernah ceritakan lepas kau amnesia? That stupid half-sister of mine..." Mengeluh seketika sambil mengurut dahinya. Umar mendiam, membenarkan Zach meneruskan kata-kata. "Well, long story short, dia balik ke German lepas kau ceraikan dia. And produce this child." Ibu jari ditunjuk pada budak perempuan yang berambut panjang itu. Umar terkebil, manakala Zach tidak berhenti berkata. "Ini Ami Dania. Your daughter."

PELUANG KEDUA [REVAMP] - JOM KAHWIN SEMULAWhere stories live. Discover now