I LOVE HAPPY ENDING: Part 53

56 3 0
                                    

HOSPITAL.

Kaki Ami dah dibalut, Emir juga dah menerima rawatan di seluruh tubuh, manakala Umar... Umar sihat walafiat. Sedikit luka pun tiada di tubuh sasa kecuali buku lima yang berdarah bahana menumbuk Chan sehingga lunyai. Walaupun begitu, waima seorang pun tidak nampak luka yang di alami di dalam jiwa.

Dia merasai marah itu lagi. Amuk itu benar-benar menguasainya malam tadi. Niat membunuh berbalut pada setiap penumbuk yang dilepaskan, sama macam malam dia membelasah Hadi selepas menceraikan Aqi pada 14 tahun lepas.

Tetapi berbanding dengan Hadi, kini dia hampir-hampir. Semasa dia buta dihambun marah, Ami menahan lengan kirinya, Emir merangkul lehernya, dan sebelum dia berjaya menyelesaikan niat syaitan ke dada Chan, Kuro terlebih dahulu melepaskan penendang ke pelipat lututnya hingga mereka tiga beranak sama-sama jatuh.

"Aku dah cakap kau ada perempuan yang tunggu kau, kan? Rileks dah la," dengus Kuro.

Dan Umar sememangnya berterima kasih.

"Emir lupa nak tanya, ayah buat apa kat sini?" soal Emir dengan muka berbalut penuh. Remaja itu berjalan dari katilnya dengan bantuan topang kaki. Kemudian dia duduk di sisi katil Ami, merenung si ayah. "Ayah okay ke tak? Macam moody je."

"Badan kau berbalut macam mumia, tapi kau tanya ayah okay ke tidak?"

"Chan kena tahan polis. Instagram live Ami akhirnya berguna dalam hidup kita. Mission accomplished." Bahu dijungkit. Adiknya yang tengah tidur, ditoleh. "Tapi lepas ni kena bantu Ami berjalan la lepas ni. Ergh..."

"Kau sedar keadaan kau lebih parah dari dia?"

Dia menoleh. "Tapi Emir abang."

Serta merta dia teringat Farid. Memang semua abang ada level of superiority begini, kah? Senyuman Umar merebak ke muka kacak. "Macammana kau nak explain dekat ma kau pasal luka kat badan kau... hilang berminggu, lepas tu balik macam mumia..."

"Ayah la tolong explain."

Mata dibulatkan. "Ayah sendiri tak bagitau dia yang ayah datang KL sebab nak kejar Chan, tau tak? Nanti ayah pun kena marah sekali. Kau pun kena tolong cover untuk ayah..." Telunjuk dituding ke muka anaknya.

"Ooohh... itu sebabnya rupanya."

Mendengar suara itu, Emir dan Umar menoleh serentak. Kemudian Emir mengaduh bahana sakit pada lehernya. Umar pula spontan bangun dari kerusi, terperanjat melihat Aqi memunculkan diri. Mukanya merah macam marah, tapi matanya dah pun berair.

"Aqi..."

Wanita itu merapat, lalu memukul dada si lelaki. "Kau buat aku risau gila!"

"Macammana kau tau kami kat sini?"

Ibu jari ditunjuk ke belakang, pada Junior yang memasang sengih busuk di pintu wad. Umar mengeluh berat, manakala Aqi merapati Emir. Dia mahu memarahi anaknya ini, tetapi keadaan tubuh itu terlalu menyedihkan untuk dia melayan barannya sekalipun. Lalu dipeluk tubuh itu dan tangis dilepaskan ke bahunya.

"Ma risau macam nak mati... kau dengan adik kau jangan buat benda macam ni lagi..." pintanya sesungguh hati.

Emir hanya mendiam.

"Ma... aku dengar suara ma..."

Mereka menoleh ke katil, melihat Ami dah membuka mata. Aqi menangis lagi, lalu memeluk anaknya. Ami turut menangis, bersyukur mereka masih hidup.

"Abang, kau macam mumia..."

"Kau panggil aku abang."

Diam seketika. Malas nak bergaduh, lalu mengaku saja. "Ha'ah."

PELUANG KEDUA [REVAMP] - JOM KAHWIN SEMULAWhere stories live. Discover now