ANGRY CUB IS STILL A CUTE CUB: Part 44

29 3 0
                                    

"WAH. Meriah."

Mereka semua terperanjat melihat lelaki botak yang tak dikenali memasuki rumah macam dia yang punya. Emir menarik ibu tirinya supaya berdiri di belakangnya, manakala Aqi berdiri di hadapan Maya.

"Kau buat apa kat sini!" marah Emir terlebih dahulu, antara masih memegang karakter mini Umar di dalam diri atau singa yang lahir di dalam dirinya semakin berani melangkah ke depan.

Chan menoleh dari tersengih pada Aqi kepada remaja lelaki di depannya. Mata dipicing. Anak mata hazel itu cukup dikenali walau susuk tubuhnya dah berubah. Lagipun telinga kanan yang carik itu ialah hasil kerjanya juga. Aqi dipandang lagi. "Budak zaman sekarang cepat membesar."

"Apa kau nak, Chan..." keluh Aqi perlahan, membuat mereka semua terperanjat. Lelaki di depan pintu itulah Chan, bekas suami Aqi! Kacak kemas bergaya dan botak!

"Benda yang sama yang aku cakap dengan kau dekat Desaru. Aku nakkan kau balik."

"Jawapan aku sama macam dekat Desaru. Pergi mampus."

Senyuman Chan masih manis di muka. Dia melangkah dekat. Hanya setapak dua, tetapi Emir dan Ami serentak berlari ke hadapan ibu mereka, menghalang lelaki itu dari mendekat. Aqi terperanjat, termasuklah Junior.

"Ami!" jerit si pemuda, risaukan keberanian remaja perempuan itu.

Emir mahu menarik Ami ke tepi tetapi marah Ami jauh lebih hebat. "Jadi kaulah yang dera ma sampai dia tak boleh balik ke rumah ayah..." deramnya, benar-benar bergetar dengan amarah. Emir menarik lebih kuat hingga Ami terundur setapak. Kedudukannya masih kukuh dan tegas melawan apa yang mendatang.

Dipedulikan gadis bermata hazel itu, Chan mencari wajah Aqi kembali. "Aku datang jauh-jauh semata-mata nak ambil kau balik. At least kau patut consider tindakan aku ni romantik."

Aqi tidak menjawab.

Chan merenung muka garang itu. "Aku sekadar baru bagi amaran, kau sedar tak?"

Darah mula menyirap, benci dengan ancaman lelaki ini. "Kau beri false alarm. Kami dah padam semua bukti kau!"

"Bukan pasal tu. Mereka berdua... mereka masih boleh balik dalam keadaan selamat, bukan?" Kepala diisyaratkan kepada Mimi yang memerhati dari belakang.

Aqi menoleh pada Mimi. Terkebil seketika, lalu Chan dipandang. "Kau...?"

"Bukan aku, Ekin. Aku takkan kotorkan tangan aku. Tapi itu mesej dari aku untuk kau yang aku boleh petik sesiapa dalam kalangan mereka yang kau sayang dan cinta... dan lukakan mereka."

Giliran yang lain berkerut dahi, mengesan ugutan itu. Aqi pula naik mula diserang berang melampau.

"Apa masalah kau dengan aku, Chan!! Bila baru kau nak lepaskan aku!!" pekiknya sekuat hati, melepaskan perasaan.

"Aku dah cakap aku rindukan kau," bidas Chan tenang. Leka merenung muka garang wanita itu. Apa yang dirasai hatinya sekadar disimpan sendiri, lalu kepala direndahkan. "Aku ulang. Aku datang jauh-jauh ke sini untuk bawa kau balik. Kau patut cakap apa?" Telinga direndahkan bersama senyum.

"Pergi mampus."

Selajur penumbuk besi dihentam ke pipi Aqi. Maya dan Mimi terpekik dan berundur ke belakang. Junior berlari ke arah ibunya, manakala Emir dan Ami mendapatkan ibu mereka. Mulut Aqi berdarah hingga menitik ke lantai.

Darah panas mengalir ke seluruh tubuh. Bahangnya hingga tinggi melampau. Api dendam dah lama terbakar dalam diri atas penderaan ke atas ibu mereka serta membuatkan ibu bapa mereka berpisah, tetapi apa yang berlaku di depan mata menjadi suis utama yang meletupkan amarah keduanya. Mata Emir dan Ami sama-sama membara, sama macam mata Umar bila lelaki itu menahan marah yang menjulang. Jiwa singa di dalam diri mereka bangkit.

PELUANG KEDUA [REVAMP] - JOM KAHWIN SEMULAWhere stories live. Discover now