CINTA ATAU OBSES: Part 16

25 2 0
                                    

SATU terma yang boleh mendefinisikan apa yang berlaku untuk sesi mengorek time capsule itu ialah huru hara. Emaknya menangis hingga memanggil Emir meminta dipujuk, malah langsung enggan disentuh bila yang lain cuba mendekat. Bila abangnya membawa emaknya naik ke bilik tetamu, Mimi pula tiba-tiba meraung. Bila dirisik punca, rupanya sebab ayahnya mengutip sebuah handphone serta kepingan kertas koyak di laman belakang.

"Abang nak buat apa dengan surat tu?!"

"Ni abang punya..."

"Buang je la!! Surat tu dah tak berguna! Abang dah ada sayang sekarang!!"

Ayahnya tidak menjawab tetapi tidak juga menurut. Sebaliknya lelaki itu berjalan keluar dari vila, meninggalkan mereka semua disidai macam batu di tepi jalan. Air mata Mimi tumpah, kemudian dipujuk oleh Maya dan Batrisya di dapur. Tinggallah Farid dan tiga remaja yang terkulat-kulat tak tahu nak bereaksi macammana.

"Jumpa apa sampai semua breakdown macam ni sekali??" soal Munirah kehairanan.

"Uncle kantoi cinta lama dia kut?" teka Junior, merujuk pada reaksi leleh dari kedua-dua wanita yang berkait rapat dengan pakciknya itu.

Farid menjeling bersama senyum hambar. Perasan anak saudaranya sedang melangut ke tingkat atas dengan fokus yang tidak patah.

"Fikir apa Ami?"

Gadis itu senyap seketika, membayangkan keadaan emaknya yang sendu dipujuk abangnya, kemudian pada si ayah yang juga kusut macam perlu menyelesaikan masalah dunia. Dinding pipi digigit. Kemana pula orang tuanya itu pergi nak memujuk diri.

"Ami."

Gadis berambut panjang itu menoleh pada Munirah yang menegur. Bila si kakak sepupu memberi isyarat kenapa, dia tidak membalas,sebaliknya mengalihkan fokus pada ayah saudaranya.

"Uncle. Ayah jumpa memori lama dia dengan ma dalam time capsule ke sampai ma reject ayah sekali lagi...?"

Kening Farid terloncat terus, sedikit terperanjat mendengar tekaan tepat itu. Anak perempuan Umar ini... sharp lain macam. "Macammana kau boleh teka macam tu sekali?" soalnya, ingin tahu.

Bahu dijungkit. "Ayah obses dengan ma." Senada membalas.

Hampir terlepas ketawanya. Farid menghela nafasnya pendek sambil menggaru belakang telinga. "Ma kau takdelah reject flat. Dia minta ayah kau prioritise mak tiri kau berbanding dia... tu je... sebab situasi antara mereka sekarang dah lain."

"Kata nak jadi functioning family..." keluh si anak pula. Pintu dipandang lagi, pada si ayah yang lari entah ke mana. "Tak bestlah macam ni..." luahnya, mula terasa rimas dan malas. Dia enggan melihat ayahnya sendu lagi. Dan sekarang emaknya pula dah memberi intro menangis sampai taknak dipujuk orang lain. Ami menggaru kepala dengan kedua belah tangan, cuba membuang sesak di kepala. "Ami taknak ma dengan ayah berpisah lagi... Ami baru je berbaik dengan Emir..." luahnya, terus menggaru kepala sampai kusut rambutnya.

"Dah tu, kau nak buat apa?" soal Junior pula.

Gadis itu masih dengan muka kusut, sekusut rambut yang dah berselirat kerana digaru tanpa henti. Kemudian dia berpaling pada Mimi yang masih dipujuk Maya dan Batrisya. Untuk seketika, Ami terkedu. Baru teringat. Emaknya enggan bersatu semula dengan ayah mereka kerana ketegasannya enggan menjadi perampas suami orang. Satu-satunya cara untuk melembutkan hati emaknya ialah redha dari emak tiri yang tidak disukai itu bagi menerima mereka semua sebagai ahli keluarga. Ayahnya tidak akan sakit kepala lagi, dan dia dan Emir juga tidak akan stress tak semena mena.

Ami menelan egonya. Mimi tidak disukai kerana dia merasakan perempuan penggoda itu tidak sesuai dengan ayahnya, tetapi perasaannya mungkin tidak penting jika dibandingkan dengan kesenangan hidup mereka sekeluarga. Lalu dia berlari anak ke meja makan.

PELUANG KEDUA [REVAMP] - JOM KAHWIN SEMULAWhere stories live. Discover now