NEW PROMISE : Part 11

23 3 0
                                    

FARID dan Batrisya mengundur diri kerana nak mengambil suami Batrisya di airport. Ami pula tengah merajuk dan mengunci diri di bilik bacaan di tingkat tertinggi rumah ini, enggan ikut Umar ataupun Aqi balik ke rumah. Nak stay di Vila Orked dan kalau boleh, nak terus duduk di situ sampai dia boleh beli rumah sendiri.

"Kau berdua baru je berjumpa tapi dah berjaya tunjukkan kegagalan berumah tangga dekat anak-anak sendiri," marah Maya.

"Si heartless tu yang start..." Umar memulakan.

"Aku pulak?! Kau yang masih tak berhenti-henti sendu sebab aku tinggalkan kau!"

"Tak boleh ke kau minta maaf macam manusia normal?!" Mata lelaki itu mencerlang seluasnya.

Bergaduh kembali.

"Abang..." panggil Mimi, perlahan sekali. "Sayang tau abang marah Aqi, tapi abang dengan Aqi berkongsi anak. Muda remaja yang tengah belajar kenal dunia. Usia yang sangat kritikal. Kedua-dua mereka masih tak kenal abang dengan Aqi sebagai ibu bapa. Boleh tak... kalau nak bergaduh sekalipun, bergaduh secara diplomat?"

Umar memandang isterinya dengan kening berkerut. What the?

Aqi pula merenung isteri Umar itu dengan curiga, tetapi responitu tetap dihargai. Kalau Mimi pun mengharap dia dengan Umar berbaik, bendaakan menjadi lebih mudah dengan lebih cepat. Lalu dia berpaling pada anaklelakinya pula.

"Emir," panggilnya hingga Emir melangut dari handphonenya. "Ma minta maaf..."

Kening anak lelakinya itu terjungkit. "Sebab?"

"Kecewakan kau sedangkan kau mengharap ma dengan ayah buat perangai macam parents lain."

Remaja lelaki itu terdiam. "Ma dengan ayah dah lama cerai, kan. Mungkin benda macam ni, Emir sepatutnya dah boleh jangka..." ujarnya rendah, berusaha menutup rasa terkejutnya.

Raut wajah Umar meredup. Air muka kosong pada muka anak lelakinya terasa menjentik hati. Dia mungkin tidak mengenali Emir selama 14 tahun, tapi boleh jadi anak lelakinya itu mahu bertemu dengannya sama macam Ami mahu bertemu dengan Aqi selama ini.

"Ayah pun minta maaf..." tambahnya kemudian, membuat Emir memandangnya pula. "Ayah akan marahkan mak kau kat belakang kau lepas ni."

Maya menepuk dahi. Emir pula berkerut muka.

"Apa kata ayah tak payah marahkan ma langsung? Terus berbaik je?"

"Benda bukan mudah, Mir..."

"Sudah tentu mereka akan berbaik!" sampuk Mimi lekas. Bila Umar dan Aqi menoleh, dia mencerlangkan mata. "Kan?"

"Kau sure?" soal Aqi kembali. Menduga ikhlas Mimi nakkan dia dan Umar berbaik.

Si wanita tiba-tiba jem akal macam roadblock di tengah-tengah highway. Ragu-ragu menjamah hatinya. Dia hanya cuba menurut arahan Farid dan Batrisya, bukannya dia sendiri nak. Dia mahu Umar mencintainya sama macam lelaki itu mencintai Aqi selama ini. Mayadikerling, dan melihat anggukan kepala si wanita, dia menyambung peranannya sebagai pendamai. Semoga Umar akan lebih menyayanginya selepas ini.

"Ya, aku sure. Please. Demi anak-anak kau?"

Umar dan Aqi berpandangan. Aqi menjungkitkan kening, bertanya tanpa kata. Lelaki itu mengeluh kemudian.

"We'll find a way. Its bad enough aku takda dalam life Emir sepanjang hidup dia... in which aku baru teringat kau sengaja sembunyikan dia dari aku... dan sekarang aku rasa nak marah balik!"

"Dah-dah laaa..." deram Aqi sambil bangkit berdiri. "Jom."

"Kemana?"

"Pujuk anak perempuan kita tu la."

PELUANG KEDUA [REVAMP] - JOM KAHWIN SEMULAWhere stories live. Discover now