MIMI TAK FAHAM HOW BEING A GOOD WIFE WORKS: Part 19

22 1 0
                                    

CERITA hari itu bermula dengan Umar bangun tidur dalam keadaan demam.

"Macammana boleh demam?"

Itu soalan pertama yang keluar dari mulut Mimi bila Umar memaklumkan keadaannya.

"Abang tak sure... drive balik dari Lumut je, terus main hujan dengan Ami dengan Emir... mungkin sebab tu..." Bahana penat campur hujan.

Mimi masam terus. "Dengan Aqi sekali, kan?!"

"Awak kena jagakan abang hari ni..." pinta Umar pula.

"Dah sakit baru nak cari sayang! Pergilah minta simpati dekat perempuan sundal tu!!"

"Sayang..." Umar mengeluh bersama pening yang semakin ketat. Melihat keadaan suaminya, Mimi pula jatuh kasihan.

"Hmm... yelah...abang tidur banyak-banyak ye. Cepat sikit sembuh. Nak bubur tak?"

Itu kata-kata terakhir yang didengari sebelum dia tenggelam dalam lena semula. Kepalanya sakit dan tubuh terasa lesu. Sememangnya dia hanya perlukan rehat ketika ini. Mujur Mimi tak bekerja jadi isterinya boleh menjaganya sehingga dia sihat. Mungkin boleh tolong drive ke klinik untuk minta MC sekali.

Sekurang-kurangnya itulah yang dijangka, tetapi bila Umar bangun semula, rumahnya kosong. Dipanggil Mimi berkali-kali tapi tidak datang juga. Atas meja makan ada bubur Happy Meal. Mimi hidangkan McDonald??

Bila diperiksa laman, kereta isterinya tiada. Terus dihubungi si isteri.

"Awak ada mana?"

"Eh, abang dah bangun. Sayang ada appointment mani-pedi. Sayang dah letak bubur kat nightstand tu tau."

"McD je? Abang ingatkan awak masakkan bubur ayam ke..."

"Sayang mana pandai masak bubur!"

Liur yang dah sedia pahit bertambah kelat. "Awak baliklah cepat. Abang nak awak jaga abang..."

"Ala, sayang busy ni. Kalau abang tak larat pergi klinik tau."

Boleh reput otaknya menerima jawapan begini. Kecewa disimpan, iPhone diletakkan ke tepi dan bubur itu diterima. Mujur dah biasa menjaga diri dan anak perempuannya sendiri selama bertahun-tahun sebelum mencari seorang isteri. Umar lebih tahu apa yang perlu dilakukan berbanding menunggu tindakan dari si bini itu.

Bubur dihabiskan. Suhu diperiksa. 37.9 degree celcius. Kemudian dia mencari panadol untuk mengawal panas dan demamnya.

Panadol tidak ditemui dimana-mana. Yang penuh di kabinet ialah ubat kurus Mimi, jamu serta bermacam-macam supplement.

Umar merenung botol Fish Oil Omega 3 di tangan. Sel otak langsung tidak berhubung semasa dia membaling botol putih itu sekuat hati ke TV. Sebuah tindakan impulsif atas rasa kecewa dan marah semata. TV jatuh ke lantai. Pecah. Namun fokus Umar ketika ini ialah mencari ubat untuk ditelan. Lalu kunci kereta dicapai.

Tempat pertama yang difikirkan ialah rumah Aqi, tetapi wanita itu juga tiada di rumahnya. Pertama kali dia datang ke sini, rumah itu nampak kosong. Kereta Aqi juga tiada di laman. Apalah nasib.

Lalu Umar pergi ke klinik. Setelah mendapat ubat, Prius dipandu terus ke vila. Menumpang rehat dan kalau boleh, menumpang perhatian dari Maya. Setiba di banglo tiga tingkat itu, ruang tamu terus diredahi macam rumah sendiri.

"Akak, Mar demam. Nak tumpang tidur sini kejap—eh, Aqi?" Terperanjat bila bertembung dengan wanita itu.

Aqi dan Maya pula sama-sama terkedu menentangnya.

"Kalau demam, kenapa datang sini?"

"Mana Mimi?"

Malas nak menjawab. Dia terlalu demam nak ambil peduli soalan orang. Air kosong dimasukkan ke dalam cawan dan dua biji panadol terus ditelan. Kemudian dia bergerak terus ke ruang tamu kedua, ruang tamu yang hanya digunakan bila terlalu ramai tetamu.

PELUANG KEDUA [REVAMP] - JOM KAHWIN SEMULAWhere stories live. Discover now