OH MY SWEET SUFFERING: Part 42

23 2 0
                                    

FARID menerima panggilan dari hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru dimana Umar beserta isteri terlibat dalam kemalangan. Umpama menerima notifikasi dari malaikat maut je rasanya. Dia bergegas turun ke Selatan bagi mengesahkan khabar berita itu. Setiba di wad ICU, si adik itu dilihatnya tengah berbual di kaunter.

"Eh? Abang buat apa kat sini? Abang sakit ke?"

Farid ternganga. Seluruh tubuh adiknya cedera luka, malah sedang memakai gaun hospital, tapi soalan itu diberi pada dia?

"Kau eksiden!" Nak marah rasanya.

"Ha'ah. Kami langgar pokok," luahnya bersama keluh sambil menoleh ke pintu wad isterinya.

"Macammana boleh langgar pokok?" Pelik.

"I made a mistake..." Tapi tidak akan disebut siapa yang memegang stereng. Silapnya kerana membenarkan si isteri yang marah itu memandu.

Mengenali sifat adiknya, Farid sendiri dah boleh membayangkan apa yang berlaku. Umar direnung atas bawah, mahu memastikan pemuda ini ialah adiknya. "Kau betul ke okay ni?"

"Sedikit sakit. Maybe a little traumatic sebab ternampak kelibat malaikat maut. Otherwise, okay."

Ah, betullah Umar si badan besi. Farid menarik nafas dalam sebelum melepaskan keluh sehabis panjang. Membuang sekali galau yang membuatnya rasa sesak tadi. Umar nampak okay walaupun kepala berbalut. Syukur dipanjat ke hadrat Ilahi kerana memanjangkan umur adik lelakinya yang sengal ini. Kalau tak, entah macammana dia nak menyampaikan berita pada Aqi dan Batrisya.

"What happened?"

Umar tidak menjawab, sebaliknya kembali teringat marah dan tangis Mimi semasa memandu. Silapnya kerana mengizinkan wanita itu memandu. Kemarahan isterinya boleh diagak, tetapi bukan reaksi psikotik seperti ini. Farid yang menepuk-nepuk tubuhnya bagi memeriksa luka, dipandang lagi. "Abang masih tak explain kenapa abang datang ke sini."

"Hospital call la bodoh!" Marah terlepas juga akhirnya.

Kelam seketika. "Abang emergency contact Mar, ke?"

Angguk.

"Memang Umar tak boleh keluar dari ketiak abang, kan..."

"Aku kan abang."

Memang itulah jawapannya dari dulu sampai sekarang. Malah sejak ibu bapa mereka meninggal, si abang itu memegang tanggungjawab sebagai penjaganya dengan penuh bangga. Umar menghembus nafas pendek, terus teringat pada anak lelakinya pula. Emir pun semakin lama semakin menunjukkan superioriti seorang abang pada si adik, walaupun Ami cuba nak menafi. Tetapi jika dia mati pun, dia boleh percayakan anak lelakinya untuk jagakan Ami dan Aqi sekaligus

Bila teringat Aqi, hatinya merasa denyut. "Aqi... dia tak tahu, kan?" Dia taknak wanita itu risau.

"Lah. Kau taknak dia tahu ke? Abang dah buat announcement sekampung sebelum sampai sini."

Umar sengal. Tetapi alang-alang Farid dah sampai ke sini, mungkin dia boleh meminta buah fikiran si abang, macammana nak menyelesaikan masalah bernama Mimi Rainita. Lalu diceritakan dari A sampai Z, macammana dia boleh tergerak nak bercuti dengan Aqi dan anak-anaknya, kemudian menangkap kantoi Mimi bersama Chan.

"Chan... Chandler Abdullah, bekas suami Aqi?" soal Farid perlahan.

Umar mengangguk.

"Kau tahu tentang dia?"

"Mar buat background work pasal dia sebab Aqi berahsia sangat... Mar geram."

"Naturally..." Farid mendehem, membuang janggal yang bertamu di hati. Dagu yang licin turut diusap. "Jadi... k-kau dah tahu... kenapa Aqi nikahi dia sampai tinggalkan kau?"

PELUANG KEDUA [REVAMP] - JOM KAHWIN SEMULAWhere stories live. Discover now