KELUARGA SINGA EMPAT AHLI: Part 25

30 2 0
                                    

SETIBA di vila, kereta diparkir di hujung laman. Umar hanya perasan Axia Aqi ada sekali di situ semasa dia berjalan ke pintu rumah.

Ah, sudah. Dia buat apa pula kat vila malam-malam macam ni? Baru saja nak berpatah balik ke Priusnya, kedengaran jerit di pintu rumah.

"AYAH!!"

Umar berpaling, hanya untuk menyambut si anak dara terus ke pelukan. Ketinggian anak perempuannya kini mencecah dadanya, membuat Umar terkejut. Bila masa Ami membesar?

"Ma dengan abang ada sekali! Jom!!" Terus ditarik si ayah ke pintu..

Umar terkelip. "Kau panggil abang kau, abang?"

"Eh? Mana ada!"

Eleh, boleh pula menafi. Tapi sejauh mana rapatnya hubungan adik abang ini hingga nama panggilan pun dah menjadi intim?? Barulah Umar merasa rugi kerana membuang masa terlepas perkembangan anak-anaknya.

Setiba di pintu masuk, Ami terus menjerit, "Aku dah cakap aku dengar bunyi enjin kereta ayah!"

Di ruang tamu, keluarga Farid sedang berkumpul di depan TV, termasuklah Emir dan Junior yang duduk bersebelahan di kerusi dapur, malah sedang berpegangan tangan. Apa benda yang berlaku ni? Seorang wanita cantik pula berdiri di sebelah kerusi Emir, yang mukanya macam Aqi...

Erk?? Umar putus nafas. Itu Aqi, ke?!

Penampilan wanita itu sangat asing sekarang! Aqi berhias macam nak jadi pengantin semula! Wajahnya bersolek penuh! Bibirnya merah, keningnya dilukis, kulit flawless dan celak juga dikenakan bagi menyerlahkan bentuk mata yang bulat macam bulan purnama. Wanita itu juga mengenakan dress maroon yang menampakkan lekuk tubuh yang jarang-jarang ditunjukkan kerana gemar mengenakan baju longgar. Rambut ikal mayang yang selalunya dibuat gaya messy bun, kini didandan sebetulnya dan turut dihias dengan permata-permata putih. Dia tahu Aqi selalunya cantik tetapi malam ini, wow, bombastik! Mimi melupus terus dari ingatan, langsung tak disedari.

"Itu bukan ayah," komen Emir tiba-tiba.

Eh?

"Apa kau cakap ni? Ini ayahlah—wargh!" Bulat mata si anak dara bila akhirnya melangut dan boleh melihat wajah ayahnya dengan bantuan lampu. Gadis itu terundur dua tiga langkah dengan mata tak berkelip. Memproses apa yang sedang dilihat. Berkerut merut wajahnya bersama linangan air mata. "Ini bukan ayah Ami...!!" jeritnya, lalu berlari ke arah emaknya.

Umar makin kelam. "Ami? Ini ayahlah!" Lekas si anak cuba didekati namun sukar bila anaknya bertindak memeluk wanita yang Umar cuba jauhi. Ragu-ragu kini memakan diri. Dalam jarak lima langkah, dia bersuara lagi. "Ami... kenapa ni..."

"Ayah bukan ayah...." tangis si anak dara lagi sambil menyembam muka ke dada emaknya.

Farid dan Maya tergelak walau ketawa Farid jauh lebih galak. Aqi pula tersenyum hambar manakala tiga sepupu belasan tahun itu memandang Umar macam tak pernah melihat manusia. Kerana Umar terlalu keliru, Aqi akhirnya memberi isyarat pada rahang lelaki itu.

Ah.

Spontan dia memegang rahangnya yang dah licin macam kepala Harith Iskandar. Dia memutuskan untuk membuang jambangnya minggu lepas kerana gangguan jiwa yang Aqi beri. Nak tukar mood la konon.

"Lain sangat ke?" Pada Junior yang dah menjauhkan diri dari Emir, dia bertanya. Pemuda itu mengangguk, juga tidak berkelip mata pada insan di hadapannya kerana pakciknya tak pernah licin rahang seumur hidupnya! 

"Macam baby..." komen Maya dengan ketawa halus.

"An ugly baby," tambah Farid pula, masih tak berhenti ketawa. "Kau punya demam sampai botakkan dagu hahahahah!" Masih galak gelaknya hingga tergolek ke lantai. Sampai sendat perut sesak nafas. Hingga ketawa Maya juga bertambah gear kerana berjangkit dengan gelak suaminya.

PELUANG KEDUA [REVAMP] - JOM KAHWIN SEMULAWhere stories live. Discover now