SOME STUFF IS BEST LEFT BURIED: Part 15

23 2 0
                                    

JANJI mengorek time capsule akhirnya tiba. Farid, Batrisya,Aqi dan Umar dah berdiri di belakang vila bersama cangkul dan penyodok masing-masing. Tak sabar untuk sama-sama mencangkul keluar kapsul masa yang dah disimpan sejak zaman tak ingat. Nick, Mimi dan Maya pula sekadar duduk di pintu dapur, enggan mengotorkan diri dengan tanah. Anak-anak remaja itu lepak di dalam vila, tidak berminat untuk ikut serta dalam sesi sentimental ibu ayahmereka.

Hampir sejam setengah mengorek dan mencari, barulah harta karun itu ditemui, yakni berupa sebuah toolbox kuning Mr. DIY. Apa-apapun, keempat-empatnya tetap bersorak macam Malaysia dah menang World Cup.

Dengan lafaz bismillah, toolbox dibuka. Didalamnya ada tiga bungkusan coklat. Setiap bungkusan ditulis nama Farid, Umar dan Batrisya dan tahun ditanam, iaitu 19 tahun lepas.

"19 tahun lepas... masa tu aku Form 5..." ujar Umar, kini berisi teruja yang cukup asing kerana nak membuka sebuah objek yang melalui zaman silam ke hari ini. Efek bertambah kerana dia betul-betul dah lupa apa didalamnya.

"I'm so excited," ujar Maya, terloncat kecil hingga Farid terpaksa menahan bahunya. Sabar sayang, sabar.

Umar tersenyum melihat kakak iparnya. Maya belum ada bersama mereka ketika kapsul masa ini ditanam, tapi melihat isteri Farid berkongsi keterujaan suaminya membuat Umar turut gembira. Aqi pun bukan main lagi sengihnya sampai nampak seluruh barisan gigi. Mata hitam yang galak itu dah macam memancar spotlight sampai silau! Umar menoleh pada Mimi pula, mengharap keterujaan yang sama, tetapi tiada pada wajah isterinya.

"Sayang, awak tak excited?" soal Umar dengan gaya ceria.

"Em? Benda takda kena mengena dengan sayang, nak excited apa."

Lalu Umar menelan senyum sendiri.

Farid membuka bungkusannya terlebih dahulu. Di dalamnya, terdapat sebuah kotak kecil yang berisi beberapa keping gambar serta sebuah kamera kodak. Beberapa filem negatif juga masih ada. Umar tertawa melihat gambar-gambar tersebut.

"Ni gambar masa suami akak jadi prankster sepenuh masa..." Diserahkan memori itu pada Maya. "Ni semua rekod jenayah dia. Abang longgarkan skru ramp dekat budak-budak skater yang kacau Kak Bat sampai mereka masuk hospital, simbah cat minyak dekat kereta polis, buat kawan dengan gangster supaya boleh jaga kawasan dia..."

Maya merenung suaminya dengan muka tak percaya. Farid hanya menayang gigi.

"Maya harap Junior tak ikut perangai abang..." keluhnya sambil membelek gambar-gambar lain. "Perempuan ni siapa?" soalnya, mengenal pasti wajah seorang wanita barat muda yang cantik dan seksi di dalamnya. Farid sedang memeluk bahu wanita itu.

"Dalam banyak-banyak gambar, itu yang tarik perhatian awak?" desis Farid.

"Siapa dia?" soal Maya, masih dengan nada tegang.

"Alice Hunt," sampuk Aqi yang kebetulan berada di sebelah Maya dan turut melihat gambar yang sama. "Partner in crime Bang Farid. Bukan someone yang akak perlu risaukan," tambahnya bersama senyum. Bila perasan Farid dan Nick merenungnya dengan muka terkejut, Aqi mengerutkan dahi. "Kenapa?"

"Macammana kau kenal Alice?"

"Dia kawan abang. Mestilah Aqi kenal!"

"Kau tak sepatutnya kenal dia. Sebab abang tak pernah kenalkan kau dengan dia... dia datang ke Malaysia lepas Umar ceraikan kau. Lepas tu kau tak pernah balik sampai sekarang." Datar sekali mengingatkan.

Mulut Aqi terbuka. Perut dah mula terasa berlipat, lagi-lagi bila Nick dan Farid terus merenung Aqi dengan pandangan curiga.

Batrisya memanjangkan kepalanya, turut mengintai gambaritu. "Umar pernah jumpa dia ni juga, kan? Mungkin Umar yang kenalkan dekat Aqi?" tambahnya pula.

PELUANG KEDUA [REVAMP] - JOM KAHWIN SEMULAWhere stories live. Discover now