THE TWIN IS THE UNSUNG HERO IN THIS STORY: Part 7

31 3 0
                                    

DUA bulan berlalu.

Zaki dah sah menjadi suami orang, dan sekarang sedang membuat majlis belah pengantin lelaki di vila. Ayahnya yang kacak berbaju melayu hitam dan bersongkok sedang ditemani Mimi Rainita, wanita yang dipilih untuk merawat luka di hati. Ami pula sekadar memandang dari jauh, kurang gemar dengan apa yang dilihat.

Dia tahu wanita bernama Mimi itu dah lama sukakan ayahnya, tetapi Mimi juga dah move on dan berkahwin baru bila ayahnya bertegas nak menunggu emaknya. Tetapi bila ayahnya bersedia untuk keluar dari bayangan mamanya dan mencari perempuan lain untuk dijadikan sebagai isteri, tau-tau Mimi dah bercerai. Dan lebih teruk lagi, Ami tahu perempuan itu menggoda ayahnya setiap kali mereka berdua. Macammana Ami tahu? Sebab Mimi pernah kantoi dengan Ami sebab menciumi wajah Umar semasa ayahnya itu tengah tidur di ruang tamu. Dan itu hanyalah satu contoh berbanding perkara durjana lain yang dah dilakukan wanita penggoda itu terhadap ayahnya.

Biar betul perempuan itu yang akan jadi emak tirinya,aduuhh... Dia tahu ayahnya nak move on cepat, tapi carilah pengganti yang elok sikit kut ye pun....

"Apa benda yang kau stress sangat ni, Ami?"

Ami menoleh pada suara yang menegurnya. Itu Munirah,kakak sepupunya.

"Mana kau tahu aku stress?"

"Muka kau macam nak bunuh orang."

Bibir dijuih. "Mimi dengan bapak aku tu laaa." Bibir dijuih pada pasangan sejoli itu. Kelihatan Mimi akan memeluk lengan Umar setiap kali lelaki itu berbual dengan orang lain, seolah-olah nak memberi kenyataan yang lelaki bermata hazel itu miliknya.

Dengan jelik, Ami beralih ke khemah yang disediakan untuk persembahan band. Munirah pula tertawa melihat reaksi muka adik sepupunya.

"At least ada perempuan yang ikhlas sukakan bapak kau tu... berbanding mama kau sendiri yang lesap macam hantu."

"Kau tak perlu ceritakan semula derita hidup keluarga aku,Mun..." desisnya sambil mencapai sebuah gitar elektrik di atas amplifier.

"Itu Jun punya," ujar Munirah lekas, memberi peringatan supaya Ami jangan mencalarkan Fender milik Junior, adik lelakinya. Ami hanya menjulingkan mata ke langit.

"Kau masih marahkan mama kau?"

"Aku tak marah. Aku terkilan... tapi ayah aku masih nak dia balik... jadi aku nak cari dia... dan bawak dia balik rumah."

"Ayah kau masih nakkan mama kau??" Bulat sekali mata Munirah bila bertanya. Terkejut beruk. Ami menjeling bersama senyum.

"Walaupun bukan sebagai bini dia, ayah masih nak mama aku dalam hidup kami. Makan bersama ke... beli baju raya sama-sama ke... life sebagai family la. Benda yang kau buat dengan mak ayah kau. Benda macam tu..."

"Ooh... cute la ayah kau."

"Hahah..." Jari dimainkan secara rambang pada tali gitar, sekaligus menghasilkan bunyi pada amplifier. Aha.... Matanya bercahaya bersama idea baru di kepala. "Aku tau dah macammana nak minta ma aku balik rumah..."

"Kau nak minta dia balik rumah?"

Kepala diangguk, masih dengan mata bercahaya dan senyuman ceria. "Selagi ayah masih nak dia balik, aku pun takkan give up. Aku nak mak ayah aku bersama semula, walaupun bukan sebagai suami isteri."

Hidung Munirah terjungkit, menyukai azam adik sepupunya itu. "Kau nak buat macammana?"

"Jadi influencer popular sampai seluruh Malaysia kenal!"

"Ha...??"

"Kalau aku dikenali seluruh Malaysia... ma pun akan dengar pasal aku. Jadi dia pun akan dengar apa yang aku cakap dalam TikTok... atau Instagram... kan??" soalnya, kali ini berselirat dengan rasa hiba.

PELUANG KEDUA [REVAMP] - JOM KAHWIN SEMULAWhere stories live. Discover now