LOVE IS SUCH A SPECIAL FEELING: Part 26

31 1 0
                                    

UMAR menjeling bila tempat kosong di sebelahnya, diduduki. Kemudian tangan kanannya disentuh. Wanita itu sedang membersihkan kekotoran dan krim antiseptik yang berbaki pada lukanya dengan gauze. Cermat sekali pekerjaannya, membuat si lelaki menopang dagu sambil mengeluh berat.

Dialah punca Umar boxing sampai luka, dia jugalah orang yang merawat lukanya. Mimi yang dicari dan dipinta nak merawat lukanya pula mengelat sebab malas, geli dan penat. Geram pada ironi membuatnya menggaru belakang kepala macam gatal sangat!

"Tough day, huh?" tegur Aqi tanpa menoleh.

"Kau tak perlu balut kalau kau rasa terpaksa..." Tangan ditarik hingga mengejutkan Aqi.

"Jangan buat perangai..." balasnya, menarik tangan kasar itu kembali. "Tengok, rosak kerja aku," desisnya, kembali membetulkan balutan yang melonggar. "Marah kau dah reda ke?"

Umar menjeling lagi. "Masih ada half tank. I still can't believe they did that..."

Aqi mengetap gigi. "Well, kau kena telan juga marah kau. Kita perlu bawa Emir ke klinik kejap lagi."

Terkedu. "Luka dia teruk?"

"Nampak isi, Mar...."

Umar mengeluh berat. Lalu mukanya ditumbuk dengan buku lima kiri, melepaskan marah yang berbaki. Aqi terkejut beruk. Lekas tangan kiri itu dicapai sebelum melepaskan serangan kali kedua.

"Stop that! Sebab kau macam ni lah anak-anak kita ikut!" marahnya pula.

Terkaku lagi, lalu buku limanya diturunkan. Wanita itu pula memeriksa mukanya. Muka Aqi berkerut, dan nampak kusut. Kemudian, mata bulat itu bergenang dengan air mata hingga bertakung di kolam matanya. Umar terkedu. Aqi masih memegang mukanya sebelum mengesat pipinya dengan belakang jari.

"Stop using violence to express your anger... please..." luahnya, kini dihambar kecewa yang cukup memakan sabar. Mujur darah di muka Umar bukan dari luka baru, tetapi saki baki darah dari tangannya. Anak mata bekas suaminya direnung. "Anak-anak kita tiru semua benda yang kau buat, Mar.... Just stop... I beg you... please... stop being angry so much..." pintanya lagi.

Lambat-lambat dia mengangguk, kalah kerana tangisan perempuan. Aqi pula menenangkan hibanya sendiri sebelum kembali duduk di sebelah si lelaki. Serentak, mereka menghela keluh berat.

Perasaan ini rumit. Berselirat. Sendat. Rasa macam bergelut dengan tali kapal dan terus tenggelam hingga ke dasar laut tapi tak mati-mati. Sengsaranya hanya Tuhan yang tahu.

Umar membongkok ke hadapan sambil menongkat kedua belah siku pada lutut. Kemudian tangan kiri melurut ke rambutnya sebelum digenggam erat.

"I'm such a loser..."

"You and me both..." sambut Aqi, sambung membalut tangan kanan lelaki itu. "Emir taknak ke klinik selagi kita tak berbaik. Dia ugut yang dia dengan Ami akan buat lagi teruk kalau kita tak berbaik. So biar aku balut tangan kau dulu lepas tu kita ke klinik, pronto. And then, ermm... tentang kita—"

"Aku minta maaf."

Kata-kata Aqi termati. Dia melangut, melihat anak mata hazel itu merenung tepat ke mukanya.

"For everything..." sambung Umar lagi. "Kalau aku boleh control diri malam tu... kau takkan marah teruk... budak berdua tu pun takkan memberontak macam ni sekali... abang pun takkan sakit jantung... kau takkan menangis..." luahnya penuh dengan penyesalan. "I'm really sorry..."

Wanita itu tidak membalas kerana sedang berperang dengan hati sendiri. Kenangan pada malam itu menyapa memori, lalu Aqi memejamkan matanya, cuba menepis bayangan tersebut. Ego yang membuak-buak sedaya upaya dikawal.

PELUANG KEDUA [REVAMP] - JOM KAHWIN SEMULAWhere stories live. Discover now