YANG PENTING NAK HIDUP AMAN DAMAI: Part 17

21 2 0
                                    

KUDOS pada Umar kerana berjaya mengendalikan amuk Mimi di vila tempoh hari. Batrisya serta keluarga dah pun terbang ke London dengan ucapan terima kasih kerana memberi drama terbaik untuk kenangan mereka. Farid pula sudah berjumpa dengannya untuk bertanya tentang Alice dengan menariknya ke home office lelaki itu.

Bukan sesuatu yang mudah untuk dibincangkan tetapi memandangkan abang Umar itu bertanggungjawab sepenuhnya sebagai mastermind yang menutup jenayah Umar dari pihak berkuasa, iaitu mengarah Nick untuk memalsukan sijil kematian Hadi serta mengupah Alice dari negara atas angin untuk mencari Hadi, pemilik hotel lima bintang itu berjaya menangkap sejauh mana Aqi tahu mengenai jenayah tertutupnya.

"Chan?"

"Ha'ah. Ex-husband Aqi. Dia ada bukti untuk buka balik fail kes Hadi, jadi Aqi setuju menikah dengan dia supaya dia tak serahkan bukti tu dekat polis."

Farid mendiam, merenung Aqi dengan mata yang langsung tidak berkelip. Wanita itu menjungkitkan keningnya, meminta respon dari lelaki itu tetapi Farid masih membatu. Kemudian barulah kepalanya dipalingkan ke kanan. Kening dikerutkan pada dinding, sebelum melangut pula ke langit. Kemudian dahi diurut.

"What in the drama melayu is this??"

Aqi spontan tergelak. "Drama melayu apa benda..."

"Okay, Alice aside.... Kau menikah dengan Chan...sampai kaki kau jadi sup tulang macam tu... sebab kau nak elak Umar masuk penjara?"

"That's one way to summarise it... yea..."

"That still too much information..." luahnya sebelum terduduk sambil meraup muka. Mata dicerlangkan ke lantai, cuba meleraikan maklumat satu persatu supaya boleh dihadam. "First of all... ex-husband?? Seriously?!"

Aqi pula terkelip. Darah mula terasa berais. "Aqi sebut ex-husband ke tadi?"

"Lailahaillalah... yes!!" balasnya, masih dengan mata mencerlang.

Anak mata spontan dilarikan ke kanan. "Aqi tipu je..."

"Aqi!" Geram dibuatnya. "Cakap straight. Kau bini orang ke bukan?"

Pipi digaru. "Bukan... Aqi dah diceraikan sebelum pulang ke sini...." luahnya, akhirnya memilih berterus terang. Farid boleh dipercayai untuk tidak bergosip, dan sokongan dari abang angkatnya ini cukup dihargai untuk membantunya di hari kelak.

Nafas terasa sendat di anak tekak. Selajur wajah adik lelakinya melayang sekilas di belakang minda. "Bila kau single? Iddah habis bila? Jadi Umar takda masalah nak pikat kau?"

"Abang! Fokus!" Dia pula yang geram. "Kerja gila nak mengaku single sedangkan kita dah nampak Mimi dah tunjukkan level gila dia tahap mana. Itu baru gila gear dua, belum gear lima, tau? Tu pun anak-anak Aqi dah kena buku lima dia..."

Lelaki itu meraup mukanya lagi. "Lebih sedekad, Aqi... kau didera lebih sedekad hanya sebab nak lindungi adik abang.... I don't know how to process this..." Nafas ditarik sedalam-dalamnya, cuba meleraikan galau di hati. Rasa terkejut. Terkilan. Semuanya sekali. Dia dah melihat keadaan kaki Aqi, dan macammana wanita itu menangis kerana trauma pada kehidupannya dengan bekas suaminya sebelum ini. Hati Farid tersentuh. "I don't know how to thank you..."

Dan barulah wanita itu tersenyum lembut. "Aqi cuma nak tengok Umar bahagia..."

"Nak tengok Umar bahagia? Haha... Did you know sepanjang lebih sepuluh tahun dia menunggu kau... dia kemaskan rumah dia Aqi, sebab dia cakap kau komen rumah dia busuk. Pandai pulak dia kemaskan rumah! Selama abang kenal si pengotor penghuni gua tu sepanjang dia membesar, bilik tidur dia tak pernah kemas! Lepas tu dia letakkan rumput dengan pokok bunga kat laman rumah dia sebab kau suka bunga. Dia letakkan buaian sebab dia berangan nak dating dengan kau bila penat balik kerja sambil tengok bintang kat langit.... That idiot lil' brother of mine... Aqi... he's hurting badly sebab kau patahkan janji kau berdua.... And kau boleh cakap kau nikahi lelaki lain sebab nak tengok dia bahagia??"

PELUANG KEDUA [REVAMP] - JOM KAHWIN SEMULAWhere stories live. Discover now