UMAR + AQI MAKES FOUR: Part 14

32 2 0
                                    

MALAM baru sahaja melabuhkan tirai. Umar sampai ke rumah bersama rasa penat yang memberat di bahu, di leher, di pinggang, di kepala, dan di perut terutamanya.

Melihat Honda si isteri tiada di garaj, spontan dia mengeluh. Pergi jalan-jalan, ke? Pintu rumah dibuka, melihat keadaan rumah yang bersepah. Meja makan juga kosong. Langsung tidak berbeza dengan gaya semasa zaman bujang.

Mimi pada awal pernikahan tidak begini. Wanita itu pernah cuba memasak, tetapi hasil masakannya tidak menepati selera Umar. Tidak cukup.Tidak sedap. Taknak. Demi bertoleransi, mereka lebih kerap makan di luar berbanding di dalam rumah. Tetapi dah kenapa keadaan rumah lebih teruk bila dia balik kerja berbanding sebelum pergi kerja. Dengan keluh, sampah yang melimpah di tong sampah dapur dibuang ke luar rumah.

Kepala dipalingkan ke rumah yang jaraknya tiga rumah dari rumahnya itu. Wajah Aqi dan kembarnya dibayangkan. Lalu iPhone dikeluarkan dan anak perempuannya dihubungi.

"Ami."

"Ye, ayah."

"Korang dah dinner?"

"Dah."

"Makan luar ke ma kau masak?"

"Ma masak."

"Masak apa?"

"Ikan goreng. Sambal. Ayam kunyit."

Terliur terus. "Ada lebih?"

"Ada?"

"Okay."

Kemudian isterinya dihubungi.

"Ada mana?"

"Spa. Kenapa?"

"Abang balik dah ni. Awak tak masak makan malam?"

"Masaklah sendiri. Tak pun order Food Panda. Macamlah tak biasa."

Tercabar sedikit naluri lelakinya. Aqi pun suri rumah macam kau tapi boleh je masak? Tapi lekas nafas ditarik dalam supaya bersabar dan peringatan diberi pada diri sendiri untuk jangan bandingkan isteri sendiri dengan perempuan lain di luar rumah. Dia dah manjakan isterinya untuk tidak memasak, jadi Mimi perlu dididik semula dengan perlahan-lahan supaya tidak terlalu terkejut. Dia dah nampak kapabiliti Aqi sebagai seorang isteri, jadi dia mahu Mimi turut ikut jadi macam tu.

"Abang nak rasa masakan awak boleh? Abang boleh tunggu."

"Ala, lecehnya."

"Awak balik pukul berapa ni?"

"Lama lagi kut. Mimi malaslah nak masak. Pergilah order GrabFood ke? Takkan tak reti."

Makin banyak cadangan itu diberi, makin terbakar hatinya. Nafas dalam ditarik. "Come on, awak dah lama tak masak. Abang nak makan air tangan awak."

"Orang cakap taknak, taknaklah!" balasnya, semakin keras, sekaligus memadamkan niat Umar untuk memujuk. "Dahlah minta last minute. Sayang kat luar ni! Tengah buat treatment lagi ni ha. Penat tau bila balik nanti terus nak masak!"

"Tak payahlah bebel..."

"Dah tu abang tiba-tiba buat perangai!"

Belakang kepala digaru. Sebal kerana dipersalahkan. "Kalau macam tu, takpelah. Baik-baik kat luar tu. Abang pergi makan kat luar je."

"Pandai pun..." Marah bertukar manja. Suka kerana kebenaran untuk terus berhibur diberikan oleh sang suami.

Umar pula melepaskan keluh panjang. Briefcase dilontar ke sofa yang tergantung bra si isteri dan dia terus keluar dari rumah. Sasaran, tempat keluarganya berkumpul.

PELUANG KEDUA [REVAMP] - JOM KAHWIN SEMULAWhere stories live. Discover now