MARAH SEBAB KENA TINGGAL TU NORMAL TAU: Part 10

30 3 0
                                    

RUMAH yang didiami Aqi ialah sebuah rumah dua tingkat yang jaraknya hanyalah tiga rumah dari rumah Umar. Macammana boleh tak perasan?!

"Hoi. Aku memang cakap buat macam rumah sendiri tapi janganlah selesa sangat!" Bantal sofa dibaling ke belakang Junior yang sedang memasang PS4 di TV.

"Aku berjasa besar sebab tolong keluarga kau reunite hari ni. Hormat sikit."

Farid melepaskan tawa berupa sedakan. "Kau pula Junior, dah berapa lama tau pasal berita mengejut ni?"

"Baru je tengah hari tadi. Masa nak register nama Emir dekat studio, Jun terbaca IC dia."

Emir menjulingkan mata ke langit. "Lepas tu dia umpan Emir ke vila supaya boleh kantoi kat ayah," ujarnya pada Umar yang menegak macam robot dari tadi.

Dan senyap. Sebuah senyap yang cukup janggal dan asing. Mereka semua mengharap sesuatu timbul dari lelaki berjambang penuh itu, tetapi kosong. Batrisya menggaru belakang kepala, manakala Farid membawa diri ke dapur. Melarikan diri dari janggal.

"Ayah," panggil Ami.

"Ya."

"Ayah takda komen? Peluk Emir ke?"

"Tak payahlah peluk-peluk..." ujar Emir pula.

Umar menipiskan bibir. "Maaf. Ayah masih terkejut... yang ayah ada anak lelaki.... Aqi ada sembunyikan anak lain lagi ke?" Skeptik.

Pemuda itu tidak menjawab. Perhatiannya beralih ke pintu bila menyedari ada pergerakan di situ. "Tu, ma," muncungnya pada pintu, membuatkan mereka semua menoleh serentak, pada Aqi yang tercegat si sana. Wanita itu tengah mengangkat plastik berisi barang runcit di kedua belah tangan.

Sekali lagi mereka membatu, termasuklah Aqi. Sepanjang balik tadi, dia menyumpah-nyumpah kerana kantoi pada bekas suaminya walaupun sekadar di dalam telefon. Tetapi pada masa yang sama, dia bersedia nak soal siasat anak lelakinya bila balik ke rumah. Tetapi, nampaknya anak lelakinya jauh lebih proaktif dari yang dijangka kerana kali ini, si nakal itu membawa pulang satu jemaah ke rumahnya! Tanpa dapat ditahan, keluh terhembus dan kepalanya turut terjatuh.

Dah-dahlah lari, Aqi. Hadap mereka macam manusia matang. Jangan kecewakan usaha anak kau.

Bersama keberanian yang dipaksa-paksa, semua tetamu tak diundang itu ditentang. Ah sudah, janggal gila! Dia perlu berbuat sesuatu untuk memecahkan ais di antara mereka. "Kenapa ceroboh rumah aku, haha..." Berseloroh.

"Anak kau yang bawa kami ke sini," jawab Mimi yang kebetulan bersandar di dinding di sebelah pintu.

"Kau siapa—oh hey, Mimi!! Tahniah! Kau kahwin jugak dengan Umar! Makin cantik kau sekarang..." Bahu wanita itu diberi penumbuk ringan bersama sengih luas di muka.

Mimi terpempam. Dah kenapa wanita ini ceria benar bertemu dengannya. Bukankah mereka saling membenci?

Kemudian Aqi mengalihkan pandangannya pada Umar. Hampir jatuh jantungnya bila bertemu pandang dengan mata hazel itu. Gila. Dia benar-benar belum bersedia untuk menghadap lelaki yang dah dilukainya berkali-kali itu. Secepat mungkin pandangan dialihkan pada wanita yang berdiri di sebelah lelaki itu pula. Reaksinya bertukar ceria. "KAK BAT!!" Selajur Aqi memecut terus ke dalam rumahnya.

Batrisya tertawa bila menyambut pelukan wanita itu. "Lama tak jumpa..."

"Sangat lama! Hahahha! Bila masa akak balik? Last I heard, akak duduk UK dengan Nick and family!" ujar Aqi seperti seorang budak yang dah lama tak jumpa orang yang disukai. Matanya bersinar terang macam lampu suluh!

"Akak saja turun Malaysia minggu ni. Mana kau tau akak duduk UK?"

"I have my intel hehe. Duduk Malaysia sampai bila?"

PELUANG KEDUA [REVAMP] - JOM KAHWIN SEMULAWhere stories live. Discover now