DAD, I'M YOUR SON: Part 9

31 3 0
                                    

ATAS cadangan Maya, majlis hari jadi Ami yang ke-14 disambut di Vila Orked. Majlis ringkas itu bertukar meriah bahana kehadiran keluarga kakak Umar yang sudi melangkau benua dari London sebab tengah bercuti.

"Raya awal ke tahun ni..." luah Umar bersama senyuman puas bila melihat kehadiran keluarga besarnya yang memenuhi ruang tamu utama Vila Orked.

"Ya Allah! Bulatnya kau Mar! Kau nak lawan Bang Farid kau ke?" ujar Batrisya sambil merapati adik bongsunya itu. Mujur 180cm orangnya, jadi lelaki berjambang itu tidak nampak gendut melainkan besar macam beruang. Terus si kakak memeluk dan memberi cium ke pipi si adik tanda rindunya dia. Kemudian ciuman diturunkan ke kepala Ami yang berdiri di sebelah Umar. Direnung anak dara berambut panjang melepasi punggung itu buat beberapa ketika. "Budak ni betul-betul ambik genetik kau berbanding Aqi..." Serba serbi! Hanya jantina yang ikut emaknya.

"Ni ha, wife Mar yang akak kena acknowledge berbanding sembang pasal Aqi lepas ni," ujarnya sambil memperkenalkan Mimi yang turut berdiri di sebelah.

Ciri-ciri yang paling mudah untuk dikenali pada Mimi ialah rambut pendek di paras tengkuk itu. Tingginya hanya di paras bahu Umar, tubuhnya ramping kerana berlemak di lokasi yang betul, serta wajahnya manis selayaknya seorang wanita melayu. Dan seluruh keluarga Umar tahu yang Mimi tak rapat dengan anak tirinya sendiri.

Adik iparnya itu diberi peluk ringkas sebelum dijemput kemeja makan. Umar duduk di sebelah abangnya, Farid, sambil menepuk perut masing-masing yang semakin memboyot berbanding isteri masing-masing. Mimi pula mendekati isteri Farid yang sedang menyiapkan makanan di dapur.

"Mana Junior?" soal Batrisya pula sambil mengambil tempat duduk di tengah-tengah abang dan adik lelakinya. Namun masing-masing tiada jawapan.

Munirah yang kebetulan berada di ruang tamu itu, menjawab bagi pihak ayahnya. "Jun cakap dia ada surprise gift, so dia lambat sikit."

"Aku harap surprise dia cukup untuk cover dosa dia sebab lambat datang ke majlis aku," desis Ami sambil menghentak penumbuk ke tangan sendiri.

Si bapak menjeling. "Tak payahlah garang sangat..."

"Muka macam kau, tapi perangai macam Aqi..." komen Batrisya lagi.

"Berhenti cakap pasal Aqi, boleh tak? Mar ada wife lain sekarang!!" Suara Umar automatik naik satu oktaf, mengejutkan mereka semua di ruang tamu itu. Si kakak yang menerima habuan itu menjadi tercengang.

"Mudah sangat sentap bila cakap pasal janda kau, dah kenapa?" getusnya, sekadar komen retorik tanpa mengharapkan jawapan.

"Aqi isu sensitif kat telinga dia. Takkan kau tak tahu. Bagi dia masa untuk healing, Bat..." balas Farid pula, membuat wanita itu mencebirkan bibirnya. Adik lelakinya itu pula melarikan diri ke sofa single, menyesali emosi yang terlepas keluar.

Melihat reaksi si adik lelaki, Batrisya menghela keluh dalam. Walaupun selama ini dia jauh di negara atas angin, dia juga dah diberi maklum apa yang berlaku pada adik lelakinya itu selama ini. Bersama keluh, si adik dirapati.

"Akak minta maaf..."

"Push up 100 dulu."

Belakang kepala Umar ditepuk ringan. "Tapi kau perlu faham satu benda juga, Mar. Peranan Aq—peranan janda kau yang selfish tu bukan sebagai wife kau je, tapi dia keluarga kita. Adik angkat akak. Part of my life has her in it. I'm allowed to miss her, yes?" pintanya pula sambil menggosok bahu si adik.

Farid merenung keduanya. Umar pula mematung macam tiada emosi hingga membuat Batrisya geram lagi.

"Kau dengar tak?!" getus si kakak sambil memicit pipi adiknya.

PELUANG KEDUA [REVAMP] - JOM KAHWIN SEMULAWhere stories live. Discover now