I'VE TOLD YOU, THE TWIN IS THE UNSUNG HERO: Part 47

23 2 0
                                    

PERJALANAN dari KL dan Melaka rasa macam terlalu lambat walaupun Prius dipandu 160km/h. Dunia Umar dan Aqi rasa terbalik. Baru je pagi tadi budak-budak itu memecut melarikan diri bila dipinta beli barang runcit. Baru je tengah hari tadi budak-budak itu jumpa isteri Umar tidur dengan lelaki lain. Baru je petang tadi Umar meminta anak-anaknya tidur di vila sementara dia ke KL untuk mengejar emak mereka. Kemudian dikejutkan pula dengan berita dari Aki. Setelah balik semula ke Melaka pada malam yang sama, mereka disambut oleh rumah yang dah terbakar rentung, bomba dan polis serta jiran-jiran berselerak depan rumah Aqi, tetapi anak kembar mereka hilang tanpa kesan.

Pertama kali selepas lebih 30 tahun hidup, Umar dan Aqi merasa dunia mereka hancur lebur.

Perkara kedua ialah instagram Ami menjadi rujukan untuk semua carca marba yang berlaku. Rekod live yang pertama ialah Mimi dan Chan ditangkap kantoi di atas katil dimana bibird Chan juga ditangkap tanpa sengaja. Rekod live kedua ialah Mimi yang naik hantu selepas diceraikan. Rekod live ketiga, keempat dan kelima pula ialah perjalanan cerita Ami dan Emir mengesan ada orang sedang menceroboh di dalam rumah mereka dan mereka cuba nak menangkap penceroboh itu. Live yang keenam ialah yang paling meletup, yakni rakaman rumah yang tengah terbakar marak, Emir sedang mengikat dua orang lelaki dewasa, kemudian membuat deklarasi perang kepada Chan.

MEMANDANGKAN rumah kediamannya dah tinggal arang, Aqi menumpang di vila. 24 jam dah berlalu, kehilangan Ami dan Emir kini dikategorikan sebagai kes hilang. Wanita itu pula masih tidak berhenti menangis hingga demam panas. Keadaan Aqi dan kehilangan anak-anaknya membuat Umar makin tidak keruan. Pertama kali dalam hidupnya dia merasa kerisauan menggila sebegini.

Ah, dia langsung tak boleh buat kerja dalam keadaan mental yang kacau begini. Muka diraup berkali-kali. Umar bangun dari kerusi pejabatnya dan bergerak ke tingkap. Bandaraya Melaka menjadi tumpuan, serta keberadaan anak-anaknya menjadi persoalan.

"Kau selamatkanlah mereka ya Allah..." doanya. Hanya pada yang Berkuasa dia mampu berserah.

Demi menenangkan jiwa, Umar menonton semula rekod Instagram live terakhir anak perempuannya.

11.37 PM Waktu Tempatan.

Instagram Live @JuniorSlayer

Skrin menunjukkan rumah terbakar. Ami menjelaskan keadaan dari belakang skrin.

Ami: Guys. Update untuk korang. Lepas aku dengan Emir pengsankan dua orang jahat yang simbah minyak kat rumah kami, rupanya ada orang ketiga yang bersama mereka. Dia sempat lontar api dekat minyak sampai marak terus. Aku dengan Emir sempat selamatkan dua orang jahat tadi.

Skrin menunjukkan beberapa orang awam yang cuba memadamkan api, dan pada pergerakan Ami ke arah Emir. Remaja lelaki itu berpeluk tubuh sambil menentang seorang lelaki dewasa yang dah diikat dalam duduk.

Ami (background): Kau buat apa? 

Emir (memandang Ami di belakang kamera): Apa benda lagi yang kau buat ni... tutup je la benda tu. Mana la ayah tak bising.

Ami (background): Aku tengah buat live.

Emir (memandang Ami di belakang kamera): Kau takda life ke nak live-kan apa yang berlaku live sekarang ni?

Ami (background): Kau kena faham yang aku ada komitmen untuk melaporkan apa yang berlaku dekat follower aku.

Emir merenung kamera dengan muka malas: Aku tak tahu kenapa korang follow budak bangang ni. Tapi kalau aku dapat tau ada dalam kalangan korang kacau adik aku, siap! (Matanya dicerlangkan pada kamera, kemudian muka selenger diberi pada Ami di belakang kamera, dan Emir berpaling pada penjahat itu kembali).

PELUANG KEDUA [REVAMP] - JOM KAHWIN SEMULAWhere stories live. Discover now