UMAR HURTS BAD... SERIOUSLY BAD...: Part 6

29 3 0
                                    

TERDENGAR bunyi kunci rumah dibuka, Ami tersedar terus dari kantuknya.

"AYAH!!?!" jeritnya sambil berlari ke pintu rumah yang sedang dibuka dari luar. Lelaki sasa itu muncul dengan pakaian yang sama dua hari lepas. Senyuman di bibir ayahnya cukup lebar, seolah-olah berjaya membawa untung sale berjuta. Namun perhatian Ami ialah pada insan yang tiada. "Mana ma...?"

Umar berjalan ke dapur kerana kehausan. "Ayah tak dapat bawak dia balik... sebab apparently, mak kau tu betul-betul dah kahwin lain.Tapi dia bersetuju untuk datang melawat kita sekali sekala," jelasnya.

"Aik... mama tak kahwin baru la." Lelaki dewasa itu diekori ke dapur.

"Ma kau dah yakinkan ayah. Siap call husband dia. Bunyi macam garang." Suara garau yang penuh berapi yang didengarinya tadi membuat Umar judgemental. Takkanlah laki dia macam tu sekali. Umar masih saspek Aqi menipu dan dia berhasrat nak mengorek hal sebenar asalkan mereka boleh bertemu sua selepas ini. Botol jus oren dikeluarkan dari peti sejuk. Dilihatnya masih ada sedikit je lagi, terus diteguk sampai habis. Tetapi tekaknya masih haus. Kepala dipaling mencari sumber air manis yang lain. Tiada. Hm.

Gadis itu mengeluh. Terkilan benar sudah. "Ami mana boleh tunggu dia datang lawat. Ami nak jumpa dia. Ami nak minta maaf... Kita pergi lawat dia la, ayah."

Sambil mencapai cawan, Umar menoleh pada anaknya. "Ayah lupa nak mintak alamat." Handphone ditarik dari poket seluar dan dilontar pada anaknya. "Call dia. Mintak alamat." Air panas dimasukkan ke dalam cawan, sebelum dicampur dengan Nescafe 3-in-1. Cukuplah.

"Nama mama dalam ni ialah apa?" soalnya sambil mencari keyword 'mama' atau 'Aqi'. Tiada.

Si Biul... jawabnya dalam hati sambil meneguk Nescafe. "Biarlah ayah call sendirik." iPhone itu dirampas dan Aqi terus dihubungi. Sementara menunggu talian berangkat, speaker dipasang dan diletakkan di atas meja sementara dia berpusing ke kabinet dapur nak mencari makanan ringan pula.

Klik. Talian bersambung.

"Mar, kalau kau booty call aku lagi, I swear to God aku datang sana dan lipat tengkuk kau!" Tak sempat memberi salam, wanita itu menghambur amarah terus.

Sepantas kilat Umar melompat terus ke meja. "AKKEY!! HAHAHAH!! Ami nak cakap dengan kau ni, ha!!" jeritnya dengan sengih janggal. Muka berkerut si anak yang ditala padanya dibuat tak perasan.

"Ami? Oh, kau dah sampai rumah?"

"Mama... hai, ni Ami..." ujar gadis itu kesukaan. Sampai merah pipinya bahana debar yang dirasai.

"Hey anak dara ma... hahaha. Ami, do ma a favour and libas kepala bapak kau pakai rotan supaya jangan kacau bini orang?"

Bini orang? Ami menoleh pada Umar. Si ayah itu memberi isyarat mata pada iPhone di atas meja, memberi makna yang Aqilah bini orang yang dimaksudkan. Ami hampa.

"Jadi betullah ma dah kahwin lain?" soalnya sebagai pengesahan terakhir.

"Ya."

"Hurmm... kalau macam tu Ami tak boleh nak tolong sebab ayah ada hak nak menggatal dengan mama Ami sendiri."

Umar mengangkat high-five dan disambut kuat oleh si anak. Siap dengan smug face masing-masing.

"Kau dengan bapak kau sama je!" Si ibu hanya mampu merungut di talian.

"Jadi macammana ayah boleh pujuk ma?" soalnya lagi, suka.

Aqi tidak menjawab, membuatkan Umar mengambil alih bagi menjawab soalan anaknya. "Ayah tak berjaya pujuk sepenuhnya, tapi ayah buatkan ma kau berjanji untuk jaga kau sebagai emak yang betul, bukannya menyamar jadi makcik kantin."

PELUANG KEDUA [REVAMP] - JOM KAHWIN SEMULAWhere stories live. Discover now