AQI FIGHT BACK!: Part 35

29 1 0
                                    

KISAH Mimi naik hantu diselesaikan sendiri hinggalah isterinya bertenang kira-kira sebulan kemudian. Malah dia tidak memaklumkan pada sesiapa kecuali Aqi kerana dia perlukan bantuan wanita itu untuk menjelaskan pada kembarnya yang dia tak dapat main meriam buluh. Baik datang melawat atau nak bersarapan sekalipun.

Aqi pula meneruskan hidup macam biasa walau sekali sekala rindunya pada Umar agak menyakitkan jiwa. Bahana memori bersama sepanjang road trip di Terengganu, kini sengsara menahan rindu itu hanya mampu diluahkan pada yang Esa. Walaubagaimanapun, dia tetap cuba mengalihkan fokusnya dengan cuba mencari calon suami yang akan menggantikan Umar. Cuma ada seorang di dalam pertimbangannya sekarang, yang mungkin boleh diterima oleh kembarnya juga. Cuma perlu ditapis betul-betul terlebih dahulu sebelum dikenalkan pada lelaki itu. Malah ditapis juga berkali kali kali bagi memastikan hatinya benar-benar bersedia untuk menggantikan Umar.

Mungkin tak perlu terburu-buru nak mencari pengganti just because Umar suruh? Lagipun pattern dah berubah. Mood antara mereka makin romantik. Mungkin ada ruang untuk peluang kedua semula...

Argh!! Jangan jadi bodoh Aqi!! Jangan rampas laki orang!!

Aqi menggeliat keras atas katil bahana menyedari kehendak hati nak merampas Umar, kemudian Vivo tiba-tiba berbunyi. Dia mendesis panjang, sebal dengan hati dan akal yang semakin terumbang ambing. Bila melihat nama Umar di skrin, wajahnya automatik bercahaya. Gembira.

Dalam milisecond, dia turut menyedari dia bergembira kerana dihubungi suami orang.

Ya Allah!! Apa jenis perang yang aku tengah lalui ni!! Bodoh bongok!! Dia menggeliat keras lagi sampailah kepenatan. Malah hingga panggilan mati.

Nafas penat dihembus panjang melalui hidung. Selepas dirasakan hatinya reda sedikit, barulah nombor Umar dihubungi.

"Yes? Balai polis Bandar Melaka. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?"

Terdengar bunyi gelak Umar. "Saya nak buat aduan... keluarga saya tak contact saya walau sekali. Dah sebulan dah."

"Kata Mimi naik hantu."

"At least text la... aku rindu kut."

"Mimi punya marah sampai pakai senjata nak lepaskan marah dia, Mar.... I can't let our child go near that level of anger."

"Hmm... but I missed you guys..."

"Ololo ciannn..."

"Hahaha... I missed you too..."

"Haha.... you had to say that, you jerk..."

"Sebulan, Aqi.... Sebulan aku tak jumpa kau..." keluhnya, berat sekali. "I missed you so much..."

Aqi menelan liur, lalu menarik bantal untuk dipeluk, melepaskan rasa hati di situ. "Mimi dah terpujuk?" soalnya perlahan.

"Ya... she's okay, now... dah boleh keluar rumah jumpa orang. Aku test juga masa bawa dia lalu rumah kau. Dia cakap Emir mirip aku bila main basketball..."

"That's good... right? Macammana kau pujuk dia?"

Diam.

"Mar...?"

"Just sedikit... taktik laki bini..."

Hati terasa dilempang mendengar kata-kata itu. Cukup difahami apa yang cuba disampaikan si lelaki. Bibir bawah digigit bagi menahan cemburu yang membuak-buak. Muka dibenam ke dalam bantal sambil bertanya, "Sampai sebulan?"

"Hello? Sorry Aqi, suara kau jauh. Hello?"

"Kau pujuk dia... sampai sebulan?"

Diam lagi.

PELUANG KEDUA [REVAMP] - JOM KAHWIN SEMULAWhere stories live. Discover now