Cemburu? 🔞

5.4K 37 6
                                    

Sudah 3 bulan sejak Zain dan Daniel bertemu. Hubungan mereka juga semakin rapat, dimana ada Zain, di situ juga la ada Daniel, dan juga sebaliknya, bak kata pelajar perempuan (Fujoshi), buy 1 free 1. Malah mereka pun selalu keluar bersama di luar waktu kerja, tak kira untuk pergi makan, berbelanja mahupun tengok wayang.

Sekarang mereka berada di dalam bilik guru, sedang menyiapkan kerja masing-masing. Selama 3 bulan ni, Zain asyik memikirkan perasaannya terhadap Daniel. Dia masih lagi in denial tentang perasaannya.

"Comelnya dia ni, haaahh!" Zain curi-curi pandang Daniel. "Aku jatuh cinta ke dekat dia ni, tapi... tapi aku straight.. tapi...... aku bahagia duduk dengan dia." Keluh Zain. Zain masih lagi berpegang kepada artikel sebelum ini, yang dia tak pernah cemburu dengan Daniel, jadi dia tak mungkin jatuh cinta dengannya.

Daniel juga sebenarnya merasakn perasaan yang sama, dan juga menolak perasaan tersebut, kerana dirinya sudah ada teman wanita, yang bekerja di negeri lain. Tetapi dia juga kadang-kadang membayangkan dirinya bahagia bersama Zain. "Kau dan ada girlfriend Daniel, kau bukan suka Harrith sebab cinta, tapi sebab atas dasar kawan baik, dia pun ustaz, takkan la dia suka kau!" Monolog Daniel dalam hati sambil memandang Zain dari sisi.

*kring! Kring!* bunyi telefon Daniel. Terpampang emoji 💞 di skrin telefonnya, dan zain terlihat perkara tersebut. Daniel pun segera mengangkatnya. "Ya sayang, kenapa?......."

"WHAT?! Sayang? Dia ada girlfriend ke?" Kata zain terkejut di dalam hati, timbul sedikit perasaan tak suka tentang perkara tersebut. Dirinya tanpa sedar memikirkan harapannya hancur. "Eh kejap! Kenapa aku fikir semua ni, aku bukan couple dengan dia pun... tapi.... Aku cemburu?" Mata Zain membulat mula menyedari dirinya cemburu apabila melihat Daniel mempunyai teman wanita. Dia pun memandang Daniel yang sibuk bercakap dengan teman wanitanya. Hatinya sedikit pedih menelan fakta Daniel dan berpunya.

Daniel meletak telefonnya, dan menghela nafas. Sebenarnya hubungan dengan teman wanitanya ada sedikit masalah dari beberapa minggu lepas. Teman wanitanya mengatakan bahawa Daniel berubah sejak mula bekerja, kurang memberi attention kepadanya dan acuh tak acuh bila berchatting atau video call. Daniel juga menyedari perkara tersebut dan hanya berdalih dengan sibuk dan penat bekerja.

Zain yang menyedari rakannya seperti dilanda masalah, cuba bertanya, "Kau okay tak? ada masalah ke? kalau kau okay, kau boleh cerita dekat aku, mana tahu aku dapat tolong" kata Zain sambil mengelus lengan Daniel.

"Sebenarnya... aku ada masalah dengan girlfriend aku. Dah beberapa minggu ni kitorang ada masalah. Dia asyik cakap aku tak ada masa untuk dia." Daniel mengeluh. "Aku cuba bagitahu dia yang aku sibuk dengan sekolah, dan aku pun penat sebab banyak kerja, haah!" kata Daniel sambil mengurut kepalanya.

Disisi lain, Zain sedikit gembira mendengar perkara tersebut. Walaubagaimanapun, Zain harus bersikap profesional. "ohh..hmmm... mungkin kau boleh bagi dia hadiah? Cuba bagi dia something yang dia suka, mungkin... emm bunga? coklat?" Kata Zain memberi cadangan sedangkan dirinya tak pernah bercinta.

"okay jugak idea kau, nanti aku cuba" balas Daniel. Ada sedikit perasaan sedih dengan reaksi Zain, dia seperti mengharapkan Zain untuk....menghalang hubungannya, mengharapkan Zain cemburu. Namun dia segera tepis fikiran tersebut.

Selesai sahaja mereka bercakap, mereka pun sibuk dengan urusan masing-masing, sibuk dengan fikiran sendiri.

*

*

*

Dirumah, Zain masih memikirkan perasaannya kepada Daniel. Dia pun cuba mengambil test online tentang perasaannya. Dan hasilnya.......(ANDA SEDANG DILAMUN CINTA, TAHNIAH!).

1 + ١ = ❤️ (bxb)Where stories live. Discover now