Habis sahaja mengajar, Zain balik ke bilik guru, dan tidak melihat kelibat Daniel. Timbul sedikit perasaan lega. Zain pun terus kemeja dan melakukan kerja. Zain memikirkan bagaimana untuk menghilangkan perasaannya kepada Daniel. Sedang sibuk berfikir, datang seorang guru perempuan muda dan cantik. Cikgu Emma, guru bahasa melayu yang cukup terkenal di sekolah kerana rupanya yang manis jelita."Hai Ustaz, kenapa termenung ni, berkerut dahi tu, haha!" Tegur cikgu emma dengan lembut. Zain melihat Cikgu Emma lalu terlintas satu idea. Sebenarnya cikgu Emma sangat meminati Zain, malah telah menjadi rahsia umum disekolah bahawa cikgu emma selalu kejar Zain, dan Zain sedar akan perkara tersebut, tetapi dirinya selalu menolak Cikgu Emma secara halus. Walaubagaimanapun, Emma tak pernah berputus asa dan terus mengejar Zain.
Zain berniat menggunakan cikgu Emma untuk menghilangkan perasaannya. Mulai saat ini, Zain akan cuba membalas perasaan cikgu emma, setidaknya mungkin hilang cintanya kepada Daniel, dan dia mungkin mendapat pasangan hidupnya.
"Oh cikgu Emma rupanya, tengah sibuk fikir nak makan apa nanti dekat kantin" balas Zain untuk memancing Emma.
"ohh ni la peluang aku" Fikir Emma dalam hatinya. "Kalau macam tu jom la makan sekali nanti, saya belanja" kata emma. Dalam masa yang sama, Daniel memasuki ruangan bilik guru dan mendengar perbualan antara Zain dan Emma. Zain melihat muka Daniel lalu segera menyetujui ajakan Emma.
"Boleh jugak, saya pun memang lapar ni!" Balas Zain sambil melihat Daniel. Zain kembali melihat Emma, " Nanti 15 minit lagi kita jumpa dekat kantin okay?" Tanya Zain.
Emma terkejut kerana akhirnya Zain terima ajakannya. "Ohhhh...B-Boleh! Okay saya balik bilik guru perempuan dulu!" Balas Emma dengan menahan teruja, segera keluar raungan guru lelaki.
Daniel yang mendengar perbualan tersebut sedikit sedih, hatinya terasa hancur. Sejujurnya, Daniel memang tidak beberapa suka apabila Cikgu Emma mendekati Zain, tapi dia buat tak endah, kerana Zain pasti akan menolaknya sebelum ini. Tapi kali ini hatinya entah kenapa begitu pedih, melihat Zain seperti tertarik dengan Cikgu Emma. Daniel bergegas ke mejanya dan segera melakukan kerja, tidak mengendahkan Zain. Zain juga berpura-pura tidak sedar akan kehadiran Daniel.
*
*
*
Berita tentang Ustaz Harrith dan Cikgu Emma sedang makan bersama di kantin dengan cepat menjadi bualan warga SMKK. Pelbagai reaksi diberikan, ada yang teruja dan gembira akhirnya Cikgu Emma berjaya meluluhkan hati Ustaz Harrith, ada yang berduka cita kerana tiada harapan untuk bersama dengan Cikgu Emma mahupun Ustaz Harrith dan mesti ada yang tak suka dengan kedekatan mereka berdua. Seperti sekarang, dua orang pelajar, Alice dan Syamil, melihat tak suka kepada Cikgu Emma yang sedang 'gedik' dengan Ustaz Harrith.
Alice dan Syamil, kawan baik dari From 1 Sampai la sekarang mereka di bangku Form 3. Mereka lebih suka Ustaz Harrith dengan Sir Daniel. Yup, mereka adalah fujoshi dan fudanshi. Mereka sangat suka Ship Ustaz Harrith dan Sir daniel sejak dari mula mereka bertemu. Bagi mereka, dua orang itu adalah pasangan yang sangat serasi. Mereka juga sampai create group peminat tersendiri malah membuat fanfiction di aplikasi novel atas talian.
"Kau tengok tu! Cikgu emma buat gedik depan Ustaz harrith. Eww geli doh aku!" Kata Alice dengan jijik.
"Sama doh! Kene report dalam group ni" Balas Syamil lalu mengambil gambar dan report dalam group.
Antara balasan yang mereka dapat:
"ewww gelinya","Betina sundal dah happy nampaknya", "Kapal aku dah karam ke, huhu", "Agaknya macam mana dengan Sir Dan sekarang", "Kesian sir Dan", "Kenapa la si harrith ni terima perempuan sundal tu", "nampak sangat dia masukkan tisu dalam bra dia, perempuan murah"
Sibuk mengumpat dalam group, Syamil terlihat Sir Daniel menghala ke kantin, lalu berhenti, seakan terpaku melihat kemesraan Zain dan emma. Syamil yang sedar mungkin sir Daniel tak mahu masuk ke dalam ruangan makan guru segera memanggilnya. Mereka juga rapat kerana Sir daniel mengajar Math dalam kelasnya.
"Sir Daniel! jom la makan sekali, meja kitorang kosong ni!" Panggil Syamil.
Suara Syamil bukan sahaja menarik perhatian Danial, malah perhatian Zain sekali. Zain tak sedar akan kehadiran Daniel. Hatinya terasa sedih apabila melihat Daniel menuju ke meja pelajar tersebut, kerana biasanya mereka akan makan bersama.
Daniel melihat siapa yang memanggilnya. "Oh kamu Syamil, boleh jugak." Balas Daniel dengan senyuman pura-pura gembira. Alice dan Syamil sedar akan perkara itu. Alice dengan segera memaklumkan apa yang berlaku dalam group.
Daniel pun duduk dengan mereka, tetapi lupa membeli makanan, dan dia malu untuk masuk kedalam ruangan makan guru. Syamil paham akan reaksi muka Sir Daniel segera menawarkan diri untuk membeli makanan di bahagian pelajar. Daniel sangat berterima kasih kepada Syamil kerana seakan memahami hatinya.
Siap sahaja Syamil membeli makanan untuk Daniel, mereka mula bersembang.
"Sir, nak tanya? sejak bila Ustaz Harrith baik dengan cikgu emma?"Tanya Alice kerana mulutnya sudah gatal ingin menanyakan perkara tersebut. Terdengar nadanya seperti tidak suka akan perkara tersebut. Syamil hanya mengangguk sahaja.
"Oh baru tadi......." Jawab Daniel sedikit sedih. Sedar akan kehadiran pelajarnya, dia pun cuba tersenyum. "Kenapa korang tanya?"
"Oh tak.. sebenarnya kami tak suka cikgu Emma tu rapat dengan Ustaz Harrith tu! geli tengok dia gedik dengan ustaz harrith ewwwww!" Balas Alice dengan jijik. Daniel hanya tersenyum, sedikit gembira mendengar ketidaksukaan mereka terhadap emma, bukan dirinya sahaja.
"Yeee! Benci tengok!.... Sir sendiri kenapa tak halang je" Tambah Syamil.
"Ish tak baik la korang. Biarkan aja, saya pun tak boleh buat apa, saya ni sekadar kawan sahaja, kawan sepatutnya support each other." Jawab Daniel. Daniel sedar akan perkataannya, yang dia hanya seorang kawan, tidak lebih. Kenapa dirinya perlu membenci sampai sanggup tidak bertegur sapa dengan Zain. Dia masih pelik kenapa perasaan itu timbul. Dia akhirnya memutuskan untuk membiarkan sahaja, kerana dia ingin hubungan persahabatannya kekal.
Mereka pun bersembang banyak perkara sampai tak sedar habisnya waktu rehat apabila mendengar bunyi loceng.
Daniel kembali ke ruangan guru, lalu melihat Zain yang sedang merenggang otot bahunya yang pegal lalu berniat untuk bersembang. Daniel mendekat lalu meletakkan tangannya di atas bahu Zain dan mengurutnya. "Penat sangat kau ni, kenapa tak suruh aku je haha"
Zain terkejut, lalu menepis tangan Daniel, "dah takpayah, aku okay je" kata Zain ketus lalu menyambung menyiapkan kerja. Daniel terkejut dengan reaksi Zain, kerana perkara ini dah biasa mereka lakukan sebelum ini, dan mereka okay sahaja. Kenapa tiba-tiba Zain berubah begini.
Daniel pun pergi kemejanya, dan termenung memikirkan apa salahnya kepada Zain.
YOU ARE READING
1 + ١ = ❤️ (bxb)
RomanceKisah antara ustaz dan cikgu addmath idea untuk kisah ni based on pengalaman aku, aku pernah nampak cikgu addmath aku duduk atas peha ustaz saling mengadap dalam bilik guru. And tolong comment dekat mana ada typo. Thank you in advance 🫶🏻 WARNING �...