3 minggu sudah berlalu, sejak berita Zain dan Emma makan bersama. Hubungan Zain dan Emma juga boleh dikatakan rapat kerana mereka banyak habiskan masa bersama disekolah mahupun di luar sekolah. Walaupun begitu, mereka masih belum merasmikan hubungan mereka, kerana emma menunggu Zain untuk melamarnya, manakala Zain sendiri masih tidak mahu mempunyai hubungan rasmi bersamanya. Zain masih cintai Daniel, dia tidak mahu menyakitkan emma diakhirnya. Kerana Zain tahu, dia tak akan dapat mencintai Emma dengan jujur.Hubungan Zain dan Daniel pula berlawanan dengan hubungan Zain dan Emma. Jelas kelihatan hubungan mereka sedikit renggang. Mereka sudah jarang bersama kecuali dalam bilik guru, mereka juga kurang berinteraksi kecuali melibatkan hal pekerjaan. Daniel sangat sedih dengan perubahan Zain kepadanya.
Seperti sekarang, Daniel hanya mampu menahan perasaan sedihnya apabila mendengar perbualan manis antara Zain dan Emma disebelahnya. Daniel jijik melihatnya. Emma duduk diatas meja Zain sambil membusungkan dadanya. "Dah macam kena scoliosis minah ni" Kata Daniel dalam hatinya. Banyak lagi umpatan diberikan dalam hatinya kepada Emma.
"Okay la Ustaz, saya nak ke kelas pulak, nanti kita sembang lagi" Kata emma sambil menggosok lengan Zain.
"uwekk! Berani pegang lelaki lain, dah la ustaz. Kau bukannya bini dia. memang betul kata alice, perempuan ni memang sundal." Kata Daniel dalam hati.
Daniel melihat Zain yang fokus melakukan kerja. Dirinya sebenarnya sangat ingin bercakap dengan Zain, tapi risau kalau Zain palaukannya seperti sebelum ni. Dia risau kalau diteruskan, mungkin Zain akan memarahinya.
Daniel memilih untuk gamble kali ini. Dia perlu tegur Zain, setidaknya supaya tahu yang Zain masih bercakap dengannya.
"Harrith." Panngil Daniel tanpa menggunakan panggilan ustaz.
"Ye, kenapa?" Balas Zain tanpa melihat muka Daniel. Hati Daniel sangat perit melihat layanan Zain.
Daniel kekal tersenyum. "Aku nak mintak tolong kau cek aku punya paperwork ni, boleh tak?" Tanya Daniel berhati-hati. Sebenarnya paperwork tu dah lama siap, dan di baiki. Ini hanya alasan untuk bercakap dengan Zain.
"Boleh je" Balas Zain. Daniel gembira dengan jawapan Zain, lalu mendekat dengan Zain, sampai siku mereka bersentuhan. Daniel menyerahkan paperwork tersebut kepada Zain. Zain segera membacanya. Daniel hanya melihat Zain dari sisi, mengagumi side profile Zain yang begitu handsome. Zain sedar akan perkara tersebut, tapi dia cuba menghiraukan sahaja, walapun sebenarnya batangnya sedang mengeras, kerana mengingati mimpinya dulu.
"Dah siap!, semua okay je, kau dah boleh proceed dengan guru panitia." Kata Zain sambil menghempas kertas kerja tersebut ke atas meja Daniel. Daniel sudah tentu terkejut dengan aksi tersebut, dirinya sudah tak tahan, dia ingin bertanya kepada Zain, dia ada salah ke dengan Zain.
Tapi dia masih sedikit waras, sekarang masih lagi waktu bekerja, masih ramai guru dalam bilik sekarang. "Tak silap aku Zain bagitahu betina sundal tu dia balik lambat harini, nak siapkan paperwork projek SPM dan RPH." Fikir Daniel. Itulah waktu paling sesuai untuk dia berbicara dengan Zain, meluahkan segala pertanyaan tersimpan dalam hatinya.
Jam menunjukkan sudah pukul 3:41 PM, Hanya tinggal dirinya dan Zain dalam ruangan bilik guru. Daniel Melihat Zain yang mula mengemas barangnya segera bertanya. Daniel bangun lalu mendekat ke sisi Zain.
"Harrith, aku nak tanya. Aku ada buat salah ke dekat kau? Kenapa kau taknak cakap dengan aku lagi?" Tanya Daniel sambil menahan air matanya, entah mengapa hatinya terasa sebak.
Zain terpaku sebentar, memandang kedepan dengan mata tajam, malas menanggapi Daniel. Zain lalu meneruskan mengemas barang, memasukkan kertas ke dalam begnya. Zain bergerak menuju pintu, tapi dihalang oleh Daniel yang memegang pergelangan tangannya.
YOU ARE READING
1 + ١ = ❤️ (bxb)
RomanceKisah antara ustaz dan cikgu addmath idea untuk kisah ni based on pengalaman aku, aku pernah nampak cikgu addmath aku duduk atas peha ustaz saling mengadap dalam bilik guru. And tolong comment dekat mana ada typo. Thank you in advance 🫶🏻 WARNING �...