Sejak dari kes Zarif kene buang dari sekolah, ramai yang tidak percaya kerana Zarif seorang pelajar yang sangat baik. Tapi ada juga yang termakan propaganda dari cikgu Razi dan Cikgu Emma.
Syamil sangat membenci kedua orang itu setelah mengetahui kebenarannya. Dia sangat ingin melaporkan mereka kepada pihak atasan dan juga polis. Tapi dia risau kalau mereka nekat menyebarkan video 'itu', dan dia juga yakin ada dalang dipihak atasan.
Syamil juga sedar, dia tidak boleh melakukan semuanya seorang diri, dan dia juga tidak boleh melibatkan kawannya.
Selain dari Syamil, Zain juga merasa curiga dengan kes Zarif di buang sekolah dengan begitu sahaja, seolah sudah di rancang lama. Dia mengesyaki Cikgu Razi adalah dalangnya kerana hanya ada 4 orang sahaja yang berkuasa dalam kes itu, dan salah seorang adalah cikgu Razi. Tapi dia pun tidak boleh berbuat apa kalau tiada bukti yang kukuh.
*
*
*
Zain mendapati Cikgu Razi yang kerap mendekati kekasihnya semakin lama semakin benci terhadapnya. Kadang-kadang dia hampir membawa Daniel pergi dari lelaki miang tersebut, tapi selalu di halang dengan Emma yang 'tiba-tiba' memerlukan pertolongannya.
Seperti sekarang, Emma yang tiba-tiba datang sebaik sahaja Daniel pergi ke bilik stor sukan bersama Razi. Terbesit perasaan curiga kepada Emma, tapi dia urungkan sahaja, tidak mahu menimbulkan fitnah.
"Harrith, saya nak mintak tolong sikit ni, laptop saya tak boleh On" Ucap Emma dengan nada comel.
"Seriously?" Balas Zain singkat, dengan kerutan di dahinya. "Benda simple mudah macam ini pun cari aku. Aku sepak jugak dia ni nanti. Ingat comel?!" Ucap Zain menggerutu dalam hatinya.
Zain pun cuba menghidupkan laptop tersebut, dan skrin pun menyala. Mudah, dia 'lag' atau apa-apa yang rosak.
"Eh hidup pula kalau awak buka" kata Emma pura-pura terkejut.
"Dah setel. Aku nak sambung buat kerja." Ucap Zain, ringkas, padat. Langsung tidak melihat ke arah Emma.
Emma hanya mendengus geram, lalu membawa laptopnya keluar.
"Kau ingat Harrith, kau akan jadi milik aku satu hari nanti!"
*
*
*
Syamil juga sedar akan perkara tersebut. Dia mula curiga, risau dan mula berfikir yang bukan-bukan. Kerana dia yakin, mesti ada udang disebalik batu, tak akan saja-saja Cikgu Razi dekat dengan Sir Daniel, dan Cikgu Emma yang mula makin menggeletis dengan Ustaz Harrith.
Dia perlu luahkan fikirannya kepada seseorang. Tapi tiada siapa yang boleh dia luahkan tanpa ada risiko.
Sedang sibuk melamun, dia ternampak dari jauh, cikgu Emma dan cikgu Razi berjalan bersama menuju bangunan bilik kesihatan. Bilik tersebut jarang digunakan kerana terletak jauh dan sedikit menyeramkan, banyak kisah seram mengenai bilik tersebut.
"Patut ke aku ikut? Tapi kalau kantoi macam mana!" Fikir Syamil. Kata hatinya menyuruhnya mengikuti mereka tapi akalnya mengatakan jangan.
"Arhhhh! Ikut je la!" Dia memutuskan untuk mengikut kata hatinya. Dia segera berjalan perlahan membuntuti mereka, seperti seorang perisik.
Syamil berjongkok, berjalan perlahan di bawah tingkap, lalu mengintai setiap satu mencari keberadaan pasangan penjenayah tersebut. Dia tiba di belakang bangunan, dia mendengar desahan halus memalui tingkap yang berlubang.
"Aku tak salah dengar kan?" Dia akhirnya mengintip sedikit. Matanya membulat. Alangkah terkejutnya dia melihat Cikgu Emma dan Cikgu Razi separuh telanjang, sedang berasmara.
Dia pun kembali duduk. Masih belum mencerna apa yang dilihatnya. Tapi fikirannya di alihkan apabila mendengar percakapan antara kedua cikgu tersebut.
"Abang, dah simpan belum video haritu?" Ujar Cikgu Emma. "Video? Video Zarif ke?"
"Belum. Abang tak buat copy lagi. Masih lagi dalam phone tu." Jawab Emma.
"Abang ni, kenapa tak copy lagi dalam hard disk abang. Nanti kalau orang curi telefon tu macam mana? Dah letak dalam laci meja guru je."
"Ala jangan risau, laci tu abang kunci. Dah jangan fikir sangat, abang tak tahan dah ni"
Syamil kembali mendengar desahan dari mereka. Akhirnya berjalan perlahan dari kawasan itu, tapi dia tak sengaja terpicah kaca cermin yang besar. Bunyi pecahan tersebut sangat kuat. Jantungnya berdebar, fikirannya bercelaru memikirkan cara untuk bebaskan diri.
*TOK!TOK!TOK!*
Bunyi ketukan di pintu hadapan yang kuat. Syamil dapat dengar suara kekecohan dari dalam bilik kesihatan tersebut. Dia gunakan peluang ini untuk melarikan diri.
Di pintu hadapan, Zain terus-menerus mengetuk pintu, sehingga pintu itu terbuka, terpampang Cikgu Razi yang pakaiannya sedikit tidak kemas.
"Eh ustaz Harrith. Kenapa ketuk pintu tadi" tanya cikgu Razi pura-pura tersenyum.
"Saya cari student saya, saya suruh dia pergi tandas kat sini sebab dekat sikit dengan padang. Saya bagi kunci dekat dia, tapi terbagi sekali kunci laci meja. Tunggu dia lama sangat." Ujar Zain panjang lebar.
"Ohh, kalau macam tu saya tak nampak student ustaz. Saya dari tadi duduk dalam ni, rehat kejap"
"Kalau macam tu takpe la, maaf menganggu, saya pergi dulu ya" ucap Zain dengan senyuman manisnya dan berjalan menjauhi bangunan tersebut.
(Flashback)
"Korang practice dulu, saya nak ke bilik guru sekejap, nanti saya datang balik" ucap Zain memberitahu kepada pelajar tim bola sepak. Mereka sedang ada latihan di padang sekarang.
Dalam perjalanan dia tak sengaja melihat Emma dan Cikgu Razi sedang berjalan bersama.
Dia melihat tangan Cikgu Razi seperti meramas dada Emma. Dia gelengkan kepalanya, berfikir mungkin tersalah lihat. Dia meneruskan perjalanan ke bilik guru.
Setelah ambil beberapa kertas dan kunci, dia kembali ke padang, lalu berpapasan dengan Syamil. Syamil seperti cuba menyorok dari seseorang. Zain memandang sekeliling tapi tak dapat melihat sesiapa pun. Dia hanya mengendahkan sahaja dan kembali berjalan.
Setelah tiba di padang, dia kembali melatih pelajarnya. Dia tak sengaja melihat cikgu razi dengan kelibat wanita yang dia yakin adalah Emma memasuki ruangan bilik kesihatan, dan juga Syamil yang baru tiba.
Zain mula curiga, dan ada perasaan tidak sedap hati. Dia mengizinkan dirinya pergi ke tandas, walhal dia ingin ke bilik kesihatan, yang terletak jauh dan sedikit di atas bukit.
Sebaik sahaja Zain tiba di depan pintu, dia terdengar bunyi serpihan kaca pecah, lalu segera mengetuk pintu dengan kuat. Ambil masa lebih kurang 3 minit baru pintu di buka. Dia tak sengaja melihat bayangan Syamil berlari.
(End of Flashback)
Zain ingin mencari keberadaan Syamil untuk bertanya sesuatu. Tapi dia kehilangan jejaknya. Dia terpaksa kembali ke padang untuk meneruskan latihan.
YOU ARE READING
1 + ١ = ❤️ (bxb)
RomanceKisah antara ustaz dan cikgu addmath idea untuk kisah ni based on pengalaman aku, aku pernah nampak cikgu addmath aku duduk atas peha ustaz saling mengadap dalam bilik guru. And tolong comment dekat mana ada typo. Thank you in advance 🫶🏻 WARNING �...