1 + ١ = ❤️

2.4K 33 4
                                    

Dalam perjalanan balik dari bengkel motor, hanya terdengar alunan radio memecahkan kehengingan di dalam kereta Zain . Tak ada yang sanggup bersuara, mereka lebih memilih untuk membuat hal sendiri, Zain yang fokus memandu dan Daniel yang sibuk dengan telefonnya.

Sebenarnya hati mereka sedang berdegup kencang, kerana setelah sekian lama mereka tak berada dalam satu ruangan berdua. Hanya mereka yang tahu perasaan mereka, bagaimana gembira dan excited sekarang.

"ehemm.. erm... kau dah makan belum?" Tanya Zain cuba memecahkan suasana canggung di dalam keretanya.

"Ermm belum.. kita kan baru je balik sekolah" Balas Daniel.

"Ohh yelah, bodoh jugak kau ni Zain!" Kata Zain dalam hati. Daniel tersenyum melihat reaksi Zain yang sedar akan kebodohannya. "haha yelah, aku lupa.... ermmm kau nak makan apa-apa tak? alang-alang kita keluar. Sekarang pun dah lewat ni. aku tak rasa kita boleh sampai rumah kau sebelum pukul 7, sebab dah mula jem ni." Tawar Zain.

"hmmm boleh jugak! Saya pun lapar sebenarnya hehe" Balas Daniel dengan jujur, kerana dia belum sempat untuk makan hari ini, terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan.

"Okayy, jom" Balas Zain. Zain sebenarnya sangat gembira, kerana dapat keluar 'dating' makan bersama Daniel kerana peluang sebegini mungkin tidak akan datang lagi. Zain tak tahu yang Daniel pun fikir perkara yang sama.

Mereka tiba di sebuah restaurant yang agak terkenal di kawasan itu. Daniel terkejut Zain membawanya ke sini, kerana dia tahu harga makanan disini sangat mahal. "Ermm Ustaz nak makan dekat kedai ni ke? boleh kita ke kedai lain...saya tak mampu nak makan dekat sini." Kata Daniel risau kerana makanan di sini diluar kemampuannya."

"Saya tak minta awak bayarkan? Its okay, saya belanja, jangan risau." Balas Zain meyakinkan Daniel. Bagi Zain harga makanan di restoren ini tidaklah seberapa, kerana Dia dan keluarganya sudah biasa makan di restoren sebegini.

Mereka duduk di meja paling hujung, di tepi tingkap. Mata Daniel membulat melihat harga makanan di buku menu. "WHAT THE FISH! MAHAL GILA! A-A...aku tak mampu nak makan semua ni" Jerit Daniel dalam hati. Daniel menurunkan sedikit buku menunya, untuk mengintai Zain.

Zain yang dah siap order makanan lalu melihat Daniel. "Kau nak makan apa? Pesan je apa-apa, aku bayar."

"Saya nak ais kosong je la, rasa kenyang pulak, hehe" Balas Daniel. Dia memilih air yang paling murah dalam menu, itu pun berharga RM15. Zain sedar Daniel memilih minuman paling murah, risau akan menyusahkan dirinya lalu memesakan makanan untuk Daniel, menu sama sepertinya, hanya tukar air kepada Chocolate milkshake. Zain ingat yang Daniel tak suka minum kopi.

"Aku dah cakap, tak payah nak fikir-fikir, aku belanja." Kata Zain dengan nada sedikit marah.

"S--Sorry" Balas Daniel dengan kecut. Zain tersenyum melihat kecomelan Daniel sekarang ini.

"Dah-dah, tak payah buat muka macam tu, aku tak marah la. haishh!" Kata Zain menahan geram melihat kecomelan Daniel, nak je Zain cubit pipi Daniel. "Kau nanti nak balik terus ke? ke ada nak singgah mana-mana dulu?"

"ha ah, balik terus. Saya ada banyak kerja nak se-... ALAMAK! Kunci rumah ada dekat kunci motor" Kata Daniel, merasa bodoh kerana lupa asingkan kunci rumah dan biliknya. "Aduhh.....bodohnya aku. macam mana aku nak masuk bilik nanti, nombor housemate pun aku tak ada..." Fikir Daniel.

"ehh lepastu kau nak buat apa? takpelah, kau stay rumah aku dulu la sampai motor kau siap. jangan risau kau tak susahkan aku pun" tawar Zain.

"Yakin?... Ustaz tak risau? ustaz jugak yang cakap, orang ingat kita couple. Ustaz lupa?" Kata Daniel menunduk tanpa melihat muka Zain. Hati Zain hancur melihat Daniel sekarang, masih terpancar ketakutan akan dirinya. Zain memilih untuk diam, kerana risau akan mengeruhkan keadaan.

1 + ١ = ❤️ (bxb)Where stories live. Discover now