Kembali?

2.5K 28 0
                                    

POV Daniel.

Sudah 5 hari sejak kejadian aku dimaki oleh Harrith. Aku memilih untuk mengambil cuti untuk menenangkan jiwa sepanjang minggu ini, kerana aku masih belum lagi mampu untuk berjumpa dengannya. Aku juga telah memutuskan hubungan aku dengan Mey, perempuan sundal itu. Haaahh! Malang sungguh nasib aku, dibenci kawan aku sendiri dan kene curang dengan teman wanita aku, Ralat, BEKAS kawan dan BEKAS teman wanita.

Sekarang aku sedang baring di bilik hotel yang aku tempati sekarang. "harini hari selasa.. agak-agak Harrith buat apa? dia cari aku tak?......" Fikirku. "Haish! dia takkan cari kau dah, dia benci kau!" Monolog aku. Aku terus baring sambil meratapi nasib aku.

Aku hanya habiskan masa aku dalam bilik, tanpa ada niat untuk keluar. Aku malas nak tengok dunia luar buat masa ni. Aku hanya pesan makanan dekat grab sahaja.

Sejujurnya, aku masih was-was tentang perasaan aku tentang Harrith, adakah aku suka sebagai kawan atau...... lebih? Perasaan itu timbul bila aku mula dekat dengannya, perasaan itu memberikan kebahagiaan kepada aku. Aku gembira dan selesa bila aku bersama Harrith walau hanya duduk bersama melakukan kerja masing-masing, seperti semua beban aku hilang. Aku seperti tidak dapat menolaknya. Malah hati aku senang bila dia ajak kami keluar walau teman cari barang, rasa seperti....Dating?

Perasaan sakit hati bila dibenci Harrith, lebih sakit bila tahu Mey curang dengan aku. Seperti aku terhempap batu yang sangat besar. Aku tak dapat huraikan betapa besarnya rasa sakit hati aku.

"Mungkin aku cinta padanya....." kataku. Aku mula mengingati waktu kami bersama, mengingati perasaan itu, perasaan bahagia yang aku tak pernah rasa bila bersama Mey.

"Ya...Aku cinta Harrith..hiks....hikss" Aku akhirnya sedar perasaan aku padanya. Aku menangis, sedar bahawa perasaan aku tak akan terbalas olehnya. Aku terus menangis meratapi diriku yang malang ini.

"hiks.....hiks....."


*

*

*


Sudah cukup seminggu aku tenangkan diri aku. Dan aku kene kembali ke sekolah. Mulai hari ini, aku dan Harrith hanyalah kawan sekerja tidak lebih. Tiba masanya aku berubah, bersikap lebih matang.

Aku pun memasuki perkarangan sekolah lalu memarkir motor aku di belakang dewan utama. Timbul perasaan takut dan risau aku tak mampu harungi hari aku hari ini. "Nothing get worse. You can do it!" kata aku memberi semangat kepada diri sendiri.

Dalam perjalanan aku ke bilik guru, aku terserempak dengan Syamil, dan dia menegur aku.

"SIR DANIEL! sir pergi mana? lama tak nampak? cikgu sakit ke? kenapa cikgy tak datang sekolah minggu lepas?" Tanya Syamil kepada aku.

"hahahaha tak ada lah, ada hal sikit je, jangan risau saya tak hilang dah lepas ni okay." Kata ku tersenyum. Sekurang-kurangnya ada yang menantikan kedatangan aku disekolah. Aku mengosok kepalanya lalu memandang matanya. "Terima kasih" Ucapku halus, berterima kasih kepadanya kerana memahami isi hati aku. Kerana aku tahu, dia ada disitu semasa aku dan Harrtih bergaduh, aku sempat melihat mukanya ketika keluar bilik guru hari itu. Dia hanya tersenyum membalas ucapan aku, lalu berlalu pergi.

Aku pun terus berjalan ke arah bilik guru. Aku ternampak belakang Harrith sedang bersembang dengan Cikgu Emma. Mata aku dan Emma bertemu.

"Ehhh Sir Daniel!" Panggil Emma. Harrtih segera memalingkan badannya. Aku hanya melihat mukanya sebentar, lalu kembali melihat Emma.

1 + ١ = ❤️ (bxb)Where stories live. Discover now