Bab 2

886 101 18
                                    

Dhiya melihat imej dirinya melalui pantulan cermin. Dia mengenakan skirt bewarna coklat muda separas lutut bersama sleeveless top berwarna hitam. Selepas bersiap pantas dia keluar dari biliknya. Baru dia nak melangkah pergi dia telah disapa oleh papanya.

"Dhiya Kamila. Nak ke mana?" Soal Dato Dazrin sambil melangkah ke arah Dhiya.

"Dhiya nak keluar la papa. Takkan la hari cuti nak duduk rumah je. Bosan la." Jawab Dhiya selamba.

"Harini tak payah keluar. Duduk rumah. Kejap lagi ada tetamu nak datang." Arah Dato Dazrin.

"Apasal papa tak bagi Dhiya keluar. Itu tetamu papa kan. Bukan tetamu Dhiya." Bidas Dhiya yang tidak berpuas hati.

"Dhiya tak boleh keluar sebab tetamu tu datang nak bincang tentang perkahwinan Dhiya."

"What! Papa bergurau kan?" Soal Dhiya tak percaya.

"Papa tak bergurau. Harini Pak Cik Fahrain kawan baik papa akan bawa anak dia Faqih Ruzain untuk berbincang tentang majlis pernikahan Dhiya. Papa dah buat keputusan nak kahwinkan Dhiya dengan Faqih. Faqih pun dah setuju nak kahwin dengan Dhiya." Kata Dato Dazrin dengan riak muka serius.

"Apa ni papa? Papa tak bincang dengan Dhiya dulu pun. Kenapa papa terus buat keputusan sendiri? Dhiya tak setuju!" Bentak Dhiya.

"Apapun keputusan Dhiya. Papa tetap nak Dhiya nikah dengan dengan anak kawan baik papa. Dhiya kenal Faqih kan? Dulu masa kecil Dhiya rapat dengan Faqih. Sekarang Dhiya dia dah jadi ustaz, papa yakin dia boleh bimbing Dhiya balik ke pangkal jalan." Dato Dazrin tetap bertegas.

"Hell no! Dhiya tak nak kahwin dengan dia dan Dhiya takkan kahwin dengan dia. Ini keputusan Dhiya." Bentak Dhiya yang tidak bersetuju.

"Dhiya nak ataupun tidak, keputusan papa muktamad. Kalau Dhiya berkeras tak nak kahwin dengan Faqih. Dhiya boleh berambus dari rumah ni dan Dhiya takkan dapat sesen pun duit papa. Ingat Dhiya, Dhiya hidup mewah selama ni pun semuanya sebab duit papa." Dato Dazrin sudah mengeluarkan ayat ugutannya.

Dhiya sudah rasa nak menangis mendengar kata-kata papanya. Mana mungkin dia nak keluar dari rumah itu. Kalau dia dihalau dia nak ke mana. Sudahlah dia berkerja dengan papanya. Kalau dia tak ikut arahan papanya bermakna dia akan hilang segalanya. Paling dia takut adalah dia terpaksa kehilangan papanya. Walaupun papanya benci padanya. Namun jauh di sudut hatinya dia masih sayangkan papanya.

"Papa tak boleh buat Dhiya macam ni. Papa tahu kan Dhiya bercinta dengan Xander." Bidas Dhiya.

"Dia tu bukan islam Dhiya. Macam mana Dhiya nak kahwin dengan dia!" Marah Dato Dazrin. Sakit hatinya apabila Dhiya sebut tenyang Xander.

"Dia sanggup masuk islam sebab Dhiya papa. Dia sanggup tukar agama dia demi Dhiya." Balas Dhiya sambil merenung tajam ke arah papanya.

"Sebab inilah papa takkan benarkan Dhiya berkahwin dengan Xander. Kalau seseorang tu masuk agama islam hanya disebabkan dia nak berkahwin dengan orang islam, niat dia tu bukan ikhlas kerana Allah Dhiya. Perkahwinan yang macam ni tak akan kekal. Tambah lagi dengan perangai Dhiya pun dah jauh tersasar dari cara hidup orang islam. Macam mana Dhiya nak bimbing dia hah? Silap-silap nanti Dhiya yang akan murtad!" Naik seoktaf sudah nada suara Dato Dazrin.

"Papa please... Dhiya tak nak kahwin lagi. Dhiya belum bersedia." Rayu Dhiya. Kali ini air matanya sudah mengalir. Nampak sangat papanya mahu dia pergi jauh dari sini. Kini kedua tangannya meraih tangan papanya. Dia goyang-goyangkan tangan papanya seperti meminta pengertian dari lelaki itu.

Jujurnya dia tidak cintakan Xander . Dia hanya gunakan lelaki itu untuk sakitkan hati papanya. Tak sangka pula kini dia pula yang terpaksa berkahwin awal disebabkan hal ini. Dia umpama termasuk dalam perangkapnya sendiri.

Ustaz Faqih RuzainWhere stories live. Discover now