Selepas bersiap Faqih merenung Dhiya yang menjeling tajam ke arahnya. Entah apa salahnya, sejak balik dari ladang tadi Dhiya mogok tidak mahu bercakap dengannya. Faqih melangkah ke arah isterinya.
"Dhiya, abang nak pergi surau dulu ni. Tak nak salam abang ke?" Faqih hulurkan tangannya pada Dhiya. Dhiya menjeling suaminya namun dia cium juga kekura tangan Faqih. Dhiya ingin menarik tangannya yang digenggam oleh Faqih, namun Faqih terus menarik tangannya dengan kuat hingga tubuhnya terdorong ke dalam pelukan Faqih.
"Ishh, apa ni Faqih peluk-peluk? Nak pergi surau pun nak jadi ukat bulu ke?" Marah Dhiya yang cuba menolak tubuh suaminya.
"Kenapa muka isteri abang masam mencuka je ni? Dah macam jeruk kelubi abang tengok." Soal Faqih yang mengeratkan pelukannya. Dhiya ketap bibirnya. Sebenarnya dia marah dan cemburu bila tengok kemesraan Faqih dengan Rahayu petang tadi.
"Tak ada apa-apalah." Dhiya cuba menafikan.
"Betul ke tak ada apa-apa? Kalau tak ada apa-apa kenapa Dhiya macam marahkan abang je?" Soal Faqih lagi.
"Betul tak ada apa-apa." Balas Dhiya.
"Kalau tak ada apa-apa cuba senyum sikit. Abang tak sukalah bila abang nak keluar rumah Dhiya buat muka mencuka macam ni. Patutnya seorang isteri bila suami nak keluar rumah kenalah hantar dengan senyuman dan bila suami pulang ke rumah pun kena sambut suami dengan senyuman." Ujar Faqih dengan nada separa berbisik bagai ingin memujuk isterinya.
"Saya tak apa-apalah. Awak pergilah surau tu cepat. Nanti lambat pula." Kata Dhiya dengan nada dingin.
"Senyum pada abang dulu baru abang pergi, buat bekal abang nak keluar rumah ni. Nanti kalau tidak abang rindu." Faqih tersenyum nakal.
"Eee..jangan mengada boleh tak. Saya tak nak senyum. Lantak awaklah lambat pun. Awak punya hal bukan saya." Dhiya menjeling Faqih.
"Keras kepala betul Dhiya ni kan. Dhiya tau abang tak boleh lama-lama sebab tu Dhiya tak nak bagi bekal abang kan. Takpelah, kalau Dhiya tak nak bagi bekal. Biar abang ambil sendiri bekal abang. Sekarang abang bagi Dhiya pilih, nak senyum pada abang atau nak abang cium Dhiya. Senyuman gantikan dengan ciuman macam bagus juga kan?" Faqih tersengih nakal. Merona merah wajah Dhiya mendengar kata-kata suaminya.
"Awak jangan merepek boleh tak ulat bulu! Lepaskan sayalah." Dhiya cuba merungkai pelukan suaminya. Namun Faqih kuatkan rangkulannya. Tawa sudah meletus di bibir Faqih.
"Cepat Dhiya Kamila. Nak senyum atau nak abang cium! Hah, abang cium yer. Alolo... mari sini pipi dan bibir comel tu." Makin ligat Faqih mengusik isterinya. Dia dekatkan wajahnya dekat dengan wajah Dhiya. Makin malu Dhiya apabila diusik sebegitu, tapi entah kenapa hatinya merasa gembira apabila Faqih memujuknya begitu.
"Awak ni kan! Janganlah main-main." Kata Dhiya yang akhirnya tersenyum.
"Hah, senyum pun. Comelnya isteri abang ni senyum. Kalau ketawa lagi comelkan. Cuba ketawa sikit abang nak dengar." Kali ini Faqih geletek pinggang Dhiya.
"Faqih apa awak buat ni! Gelilah!" Jerit Dhiya namun tawanya meletus apabila digeletek oleh Faqih.
"Abang bagi Dhiya exercise muka dengan ketawa dan tersenyum biar awet muda muka tu." Balas Faqih yang masih menggeletek pinggang isterinya.
"Faqih, stop! Stop! Gelilah...cukuplah." Kata Dhiya sambil dia cuba tahan suaminya. Faqih sudah ketawa geli hati melihat muka merah Dhiya. Akhirnya dia pun berhenti.
"Hah, kalau lain kali Dhiya monyok jer. Abang geletek Dhiya lagi tau." Ugut Faqih. Kini sekali lagi dia peluk isterinya lalu dicium pipi Dhiya. Dhiya terkedu apabila Faqih mencium pipinya.
YOU ARE READING
Ustaz Faqih Ruzain
RomanceFaqih Ruzain x Dhiya Kamila Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini men...