Dato Dazrin masuk ke dalam bilik anaknya. Dilihatnya Dhiya kelihatan begitu cantik memakai sepersalinan baju kurung moden bewarna putih yang mempunyai lace yang tidak terlalu sarat tetapi nampak mewah. Wajah Dhiya kelihatan semakin manis apabila mengenakan shawl bewarna putih senada dengan bajunya. Di atasnya kepalanya terselit veil dan mahkota yang menaikkan lagi seri pengantin gadis itu.
Rasa nak gugur air mata Dhiya saat melihat kelibat papanya melalui pantulan cermin di hadapannya. Perlahan dia berdiri dan menoleh ke arah papanya. Kini Dato Dazrin memandang Dhiya sambil tersenyum nipis pada anaknya. Dia tak sangka hari ini dia akan melepaskan satu-satunya anak kandungnya pada lelaki lain. Dalam hatinya sudah merasa sebak. Dhiya melangkah dan berdiri betul-betul di depan papanya.
"Pa..papa. Dhiya tak nak kahwin papa. Dhiya tak sedia lagi." Kata Dhiya dengan nada sebak. Air matanya yang hampir gugur cepat-cepat dia lap perlahan menggunakan tisu agar makeup di wajahnya tidak rosak.
"Jangan nangis Dhiya. Nanti rosak makeup tu." Kata Dato Dazrin. Jujurnya dia merasa sebak ingin melepaskan Dhiya. Tapi dia buat semua ini demi kebaikan anaknya. Dhiya hanya anggukkan perlahan kepalanya.
"Papa..papa benci sangat ke dengan Dhiya?" Soal Dhiya dengan nada bergetar. "Dhiya tahu selama ni Dhiya bukan anak yang baik. Dhiya selalu malukan papa. Tapi ini ke cara papa nak halau Dhiya dari hidup papa?" Soal Dhiya lagi.
"Dhiya dengar sini. Mungkin itu tanggapan Dhiya tentang papa selama ni. Tapi percayalah Dhiya, papa buat semua ni demi kebaikan Dhiya. Mungkin sekarang Dhiya tak nampak hikmahnya. Tapi satu hari nanti Dhiya akan faham. Papa buat semua ni demi nak lindungi Dhiya. Papa nak lindungi maruah Dhiya dan juga akidah Dhiya." Tutur Dato Dazrin menahan sebak. Walaupun dia selalu marahkan Dhiya ini tidak bermakna dia tidak sayang pada anaknya. Bibir Dhiya sudah bergetar menahan sebak. Entah kenapa kalau berdepan dengan papanya hatinya selalu menjadi lemah.
"Dhiya.. Lepas ni Dhiya bukan lagi tanggungjawab papa. Lepas ni Faqih akan ambil alih tugas papa untuk jaga Dhiya. Dia akan tanggung juga segala dosa Dhiya. Faqih lelaki yang baik Dhiya. Papa harap lepas ni Dhiya berubah. Jadilah isteri yang solehah untuk Faqih. Bahagiakan hati Faqih. Ingat syurga seorang isteri ada pada redha suami. Dhiya faham kan maksud papa?" Sambung Dato Dazrin lagi. Dhiya terdiam dia hanya anggukkan kepalanya. Walaupun dia tak rela menikah dengan Faqih namun dia tetap lakukannya atas permintaan Dato Dazrin.
"Jom kita turun bawah. Semua orang dah tunggu Dhiya." Dato Dazrin tarik perlahan tangan anaknya dan dia letak di pergelangan tangannya. Kini dia dan Dhiya melangkah ke arah ruang tamu mewah itu. Memandangkan Dhiya dan Faqih tidak mahu majlis yang diadakan secara besar-besaran maka mereka hanya membuat majlis pernikahan di rumah Dato Dazrin.
Kini Dhiya mengambil tempat di atas pelamin. Matanya melirik ke arah Faqih yang tampan berbaju melayu putih senada dengan warna bajunya. Apabila lelaki itu memakai baju melayu, sampin dan songkok yang terletak elok di atas kepalanya Faqih memang kelihatan sangat kacak. Tapi malangnya hatinya tidak ada untuk lelaki itu. Malah hanya api amarahnya yang meluap-luap ketika memandang wajah Faqih. Bagi Dhiya Faqih lah punca dia terpaksa berkahwin, kerana lelaki itu tidak mahu menolak tawaran papanya.
Faqih yang kini duduk di depan Dato Dazrin sesekali matanya melirik ke arah Dhiya yang kelihatan cantik di atas pelamin. Dapat dia lihat wajah mencuka Dhiya saat bertentangan mata denngannya. Kini dia melepaskan keluhan kecil, dia berharap keputusannya ini adalah takdir terbaik yang Allah sudah tetapkan untuk dia dan Dhiya.
"Faqih Ruzain Bin Muhammad Fahrain." Kata Dato Dazrin yang kini sudah berjabat tangan dengan bakal menantunya.
"Saya." Sahut Faqih.
"Aku nikahkan engkau dengan anakku Dhiya Kamila Binti Dazrin dengan mas kahwinnya seratus ribu ringgit tunai." Sambung Dato Dazrin lagi. Faqih menarik nafasnya dia pandang wajah Dato Dazrin.
YOU ARE READING
Ustaz Faqih Ruzain
RomanceFaqih Ruzain x Dhiya Kamila Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini men...