Faqih yang sudah selesai membersihkan diri memandang ke arah Dhiya yang sedang duduk di atas katil sambil membaca buku. Faqih melangkah ke arah isterinya dan dia berdiri di tepi katil.
"Sayang, dah masuk waktu maghrib ni. Jom kita solat sekali." Ucap Faqih. Sengaja dia tidak pergi ke surau hari ini kerana dia mahu solat berjemaah bersama isterinya. Lagipun sejak sebelum subuh sehingga ke petang tadi dia berada di madrasah.
"Saya uzur lagilah." Kata Dhiya selamba. Kemudian dia ketap bibirnya, dadanya berdebar apabila Faqih mengajak dia untuk solat berjemaah. Sengaja dia menipu suaminya dengan mengatakan dia uzur.
"Abang rasa dah lebih seminggu dah ni. Dari hari pertama kita nikah Dhiya kata uzur. Takkanlah uzur lama sangat kot." Kata Faqih lagi. Dhiya tidak mempedulikan kata-kata suaminya. Dia buat-buat fokus membaca buku. Faqih merenung tajam isterinya lalu dia tarik buku yang dibaca oleh Dhiya.
"Apa ni Faqih? Saya tengah baca buku kan awak tak nampak ke?!" Bentak Dhiya.
"Dhiya Kamila. Buku ni bila-bila boleh baca. Waktu maghrib pendek je sayang oii. Sekarang ni abang nak sayang bersiap untuk solat sama-sama dengan abang." Arah Faqih.
"Saya uzurlah. Awak nak saya solat apanya? Gila ke apa orang uzur nak suruh solat. Awak kan ustaz takkan benda macam tu pun tak tahu." Dhiya menjeling suaminya. Tapi sedikit sebanyak hatinya rasa lain macam apabila Faqih tetap memanggilnya sayang dan bercakap lemah lembut dengannya walaupun dia kerap melawan kata-kata Faqih.
"Betul ke uzur lagi? Atau Dhiya sengaja nak tipu abang sebab Dhiya tak nak solat? Dah lebih seminggu kan. Takkanlah uzur lagi melainkan Dhiya sakit. Entah kenapa hati abang ni kuat mengatakan yang Dhiya tipu je kata Dhiya uzur." Bidas Faqih.
"Saya uzurlah. Buat apa saya nak tipu awak hah!" Tinggi suara Dhiya membentak.
"Oh, okey. Untuk kepastian Dhiya uzur atau tak mari sini abang check. Betul ke isteri kesayangan abang ni uzur lagi." Kali ini Faqih tersenyum sinis. Dia duduk di tepi katil dan ingin mendekati Dhiya. Dhiya yang gugup menelan air liurnya. Kini dia mengesot menjauhi Faqih.
"Ka..kau nak buat apa ni Faqih?! Jangan dekat!" Kata Dhiya yang takut melihat Faqih tersenyum nakal padanya.
"Abang nak check betul ke isteri abang ni uzur lagi. Untuk menghilangkan teka teki di hati abang ni. Abang kenalah check tengok betul ke Dhiya masih uzur." Kata Faqih sambil tersenyum. Sengaja dia nak menduga sejauh mana Dhiya hendak menipunya. Kerana dia yakin Dhiya tidak uzur dan hanya menipunya.
"Jangan dekat! Tak payah check!" Jerit Dhiya. Dia mengundurkan tubuhnya, kini belakang badannya sudah melekap di kepala katil. Tetapi Faqih tetap mendekatkan dirinya dengan Dhiya. Dia kepung tubuh Dhiya dengan kedua tangannya.
"Biarlah abang nak check. Tak berdosa pun. Lagi berdosa kalau abang biar sayang tak solat. Dhiya Kamila, sekali lagi abang nak tanya. Betul ke Dhiya uzur atau Dhiya cuma tipu abang mengatakan Dhiya Uzur? Kalau Dhiya masih nak menipu, abang check betul-betul sekarang ni. Jadi baik jujur dengan abang." Kata Faqih di tepi telinga Dhiya dengan nada berbisik. Kemudian sebelah tangannya dia tarik dagu isterinya agar menatap wajahnya.
Dhiya ketapkan bibirnya. Air matanya bergenang. Entah kenapa dia rasa takut bercampur sedih apabila Faqih tegas sebegini. Faqih yang melihat mata Dhiya berkaca merenung redup ke arah isterinya.
"Dhiya Kamila. Abang tanya ni. Betul ke Dhiya uzur?" Soal Faqih lagi. Bibir Dhiya bergetar, dia bagai kehilangan diksi untuk berbicara. Hanya kepalanya saja digelengkan perlahan. Faqih yang melihat reaksi isterinya melepaskan keluhan kecil.
"Kenapa sayang tipu abang?" Soal Faqih lembut.
"Sa.. Saya dah lama tak solat. Saya dah lupa macam mana nak solat. Awak solat la sendiri. Lagipun nanti kubur asing-asing. Jadi jangan nak sibuk tentang dosa saya." Kata Dhiya yang melarikan anak matanya ke arah lain apabila Faqih memaksanya untuk menatap wajah Faqih.
YOU ARE READING
Ustaz Faqih Ruzain
Roman d'amourFaqih Ruzain x Dhiya Kamila Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini men...