Bab 14

705 105 6
                                    

Dhiya  merenung imej dirinya di dalam pantulan cermin. Bibirnya melorekkan senyuman apabila dia mencuba baju kebarung songket yang labuh dan sedikit longgar itu. Faqih memang sudah menitipkan pesan pada owner butik tersebut supaya menjahit baju yang sedikit longgar agar tidak mengikut bentuk badan isterinya.

Dhiya  juga  mengenakan tudung bewarna kuning diraja. Kini dia dan Faqih berada di butik pengantin untuk mencuba dan mengambil baju majlis persandingan mereka yang akan diadakan pada esok hari. Oleh kerana Faqih terlalu sibuk maka hari ini baru mereka sempat mengambil baju itu di butik pengantin. Tengah Dhiya tersenyum tiba-tiba pintu fitting room diketuk dari luar.

"Sayang dah siap ke?" Kedengaran suara Faqih memanggilnya. Dhiya terus membuka pintu tersebut. Kini mereka merenung ke arah satu sama lain. Dhiya merenung Faqih yang tampan mengenakan busana baju melayu songket yang bewarna kuning diraja sepertinya. Faqih pula bagai terkaku seketika apabila melihat ke arah isterinya yang nampak begitu cantik mengenakan baju tersebut.

"Faqih, okey tak Dhiya pakai baju ni?" Soal Dhiya. Faqih masih diam dan merenung lama ke arah isterinya.

"Faqih! Dhiya tanya ni kenapa tak jawab?" Soal Dhiya lagi. Kali ini dia sudah menarik  wajah masam mencuka.

"Hah, apa sayang tanya tadi?" Soal Faqih.

"Awak ni mengelamun ingatkan siapa hah? Saya tanya tadi. Okey tak saya pakai baju ni?" Soal Dhiya dengan nada marah. Terus terjongket bibir Faqih dengan senyuman.

"Sayang abang ni nampak cantik sangat pakai baju ni. Dah macam bidadari turun dari langit je. Sampai mata abang ni rasa terpaku je tengok Dhiya tadi tau." Faqih tersenyum lalu dia cuit hidung isterinya.

"Mulut manis je ustaz ulat bulu ni kan." Kata Dhiya perlahan. Selepas itu dia ketapkan bibirnya menahan senyum. Sebenarnya hati terasa berbunga apabila suaminya memujinya sebegitu.

"Mulut abang manis kalau dengan Dhiya je. Sebab Dhiya bidadari kiriman Allah untuk abang. Kalau untuk Dhiya jadi ulat bulu pun takpe abang sanggup." Bidas Faqih dengan nada berseloroh sambil dia jongketkan keningnya.. Akhirnya meletus juga tawa kecil Dhiya.

Jujurnya tidak pernah terlintas dalam fikiran Dhiya dia akan mengenakan busana yang menutup aurat seperti ini di majlis persandingannya. Dulu dia bayangkan dia akan berkahwin dalam majlis yang megah, memakai gaun seksi yang cantik hingga memukau mata setiap tetamu. Kini entah mengapa walaupun dia pakai pakaian ala-ala tradisional dan majlisnya nanti tidaklah begitu megah tapi dia berasa gembira jika pasangannya adalah seorang yang bernama Faqih Ruzain.

*****

Dhiya dan Faqih yang baru selesai mengambil baju di butik pengantin tiba di halaman rumah Encik Fahrain. Kelihatan di luar halaman rumah itu ramai lelaki yang sedang memasang khemah dan bergotong-royong memotong daging kerbau serta membasuh ayam untuk masakan lauk kenduri esok hari.

"Dhiya masuk tolong di dalam dulu ya. Abang nak tolong diaorang di luar ni dulu." Kata Faqih pada isterinya. Dhiya hanya mengangguk dan tersenyum. Kini dia melihat Faqih berjalan ke arah sekelompok golongan lelaki yang sedang sibuk bergotong royong.

Dhiya menapak masuk ke bilik. Dia letakkan baju pengantinnya di dalam almari. Kemudian dia keluar dari bilik menuju ke dapur untuk membantu  golongan wanita bergotong royong. Jika golongan lelaki bergotong royong memotong daging diluar rumah. Golongan wanita pula sibuk mengupas bawang dan memotong sayur untuk menyediakan juadah bagi orang yang telah  datang  membantu aktiviti gotong royong hari ini.

Baru saja Dhiya melangkah hingga ke depan pintu dapur langkahnya terhenti apabila mendengar Mak Long dan Mak Su Faqih yang sibuk bergosip tentang dirinya.

Ustaz Faqih RuzainWhere stories live. Discover now