Dhiya yang sedang duduk di ruangan jemaah wanita merenung ke arah Faqih yang sedang memberikan tazkirah selepas solat isyak. Hari ini Faqih mengajaknya solat berjemaah di masjid.
"Kita manusia seringkali bergembira dan berbangga jika takdir terjadi mengikut keinginan kita. Tapi kita akan mengeluh dan tidak bersabar jika takdir berlaku tidak mengikut kehendak kita, sedangkan Allah berfirman dalam (surah al-ankabut ayat 2) Patutkah manusia menyangka bahwa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata 'kami beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan. Soalan saya pada hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Kenapa kita sebagai manusia seringkali mengeluh dan berburuk sangka dengan takdir Allah? Soalan ini patut kita tanya kepada diri sendiri." Faqih menyoal semua jemaah yang berada di hadapannya. Kebanyakan jemaah senyap kerana ingin mendengarkan ulasan selanjutnya dari Ustaz Faqih.
Faqih diam seketika dia hanya tersenyum memandang ke arah para jemaah. Dhiya sejak dari tadi ralit memerhatikan suaminya memberikan tazkirah. Dia amati setiap bait kata-kata yang keluar dari mulut suaminya. Sungguh dia tidak sangka Faqih yang selalu mengusiknya dan membuat lawak loyar buruk di depannya mempunyai pesona yang sangat berlainan ketika mengajar. Di dalam masjid ini Faqih kelihatan tegas, tetapi wajahnya tampannya tetap tidak lekang dengan senyuman, apatah lagi dengan kepetahannya berbicara. Hal ini membuatkan semua orang suka melihat wajahnya termasuklah Dhiya. Apa selama ini Dhiya yang buta untuk melihat kelebihan suaminya sendiri? Dia tertanya sendiri.
"Manusia seringkali tidak redha dengan takdir Allah kerana mereka merasa tamak dan merasa memiliki. Hawa nafsu dalam diri belum berjaya ditundukkan. Kita ego dengan tuhan, kita fikir kita yang nak mengatur tuhan. Kita nak setiap doa dimakbulkan. Tapi kita sedar tak yang kita tengah memaksa tuhan. Kalau diikutkan sifat tamak dalam diri kita hadirin sekalian, kita ada segunung emas depan mata pun takkan terasa cukup dan kita masih mahu segunung emas yang lain. Keinginan dan hawa nafsu umpama pedang bermata dua. Kita boleh gunakan untuk kebaikan jika kita mampu mengawalnya. Tapi kalau kita tak mampu mengawalnya ianya akan melukakan orang lain dan diri kita sendiri. Contohnya, berapa ramai orang yang menyakiti orang lain hanya untuk mencapai matlamatnya dan berapa ramai juga orang yang tersungkur kerana melakukan hal yang tidak sepatutnya demi mencapai matlamatnya. Disebabkan Allah tahu kelemahan kita inilah, maka Allah beri cubaan untuk kita sedar dan cuba mengawal keinginan serta hawa nafsu kita. Bak kata Imam Ghazali hawa nafsu boleh membuat seseorang raja menjadi budak, sementara kesabaran boleh membuat seseorang budak menjadi raja." Terang Faqih dengan panjang lebar. Semua jemaah memberikan tumpuan semasa mendengar tazkirah dari Uztaz Faqih.
Selesai sesi ceramah Dhiya menunggu Faqih di luar kawasan masjid. Dia duduk di kerusi batu yang ada di luar masjid tersebut. Disebabkan ramai jemaah mahu bersalam dengan Faqih maka Dhiya sabar menanti Faqih. Tiba-tiba ada tiga orang gadis duduk di kerusi berhadapan dengannya.
"Ayah mesti tengah tunggu nak salam dengan ustaz handsome tu kan?" Soal gadis bernama Aina itu pada kakaknya.
"Nama ustaz tu Faqih Ruzain." Jawab kakaknya.
"Ya Allah sedapnya nama. Nama pun handsome macam tuan dia juga. Sekali tengok rasa macam jatuh cinta lah kak. Ustaz tu single lagi tak?" Soal Aina pada kakaknya. Suka dia tengok ceramah ustaz handsome itu tadi. Orang tak betul je akan kata Faqih itu tidak kacak. Bisik hatinya. Dhiya yang mendengar perempuan lain asyik memuji suaminya sudah merasa cemburu.
"Eiii, jangan merepek boleh tak. Akak dengar cerita ustaz tu dah kahwin yer." Jawab Alia, kakak kepada si Aina.
"La..dah kahwin ke. Ingatkan belum kahwin sebab nampak muda lagi. Melepaslah Aina macam ni. Ustaz tu kahwin dengan siapa ya? Orang kampung kita ni juga ke?" Soal Aina. Disebabkan dia lama belajar di luar negara. Jadi dia tidak tahu tentang perkembangan kampungnya.
YOU ARE READING
Ustaz Faqih Ruzain
RomanceFaqih Ruzain x Dhiya Kamila Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini men...